Friday, December 16, 2011

SUDAH MENJADI SUPERSTAR..


Konbanwa

Baru semalam, yutaka dikejutkan dengan teguran ikhlas seorang teman sepejabat. Ianya lebih berkisar kepada komunikasi sosial yutaka bersama dengan seorang rakan wanita yutaka rakan sepejabat lama. Yutaka menjadi simbol gosip di sebuah jabatan yang mengatakan yutaka mempunyai hubungan istimewa dengan beliau. Wah.. yutaka sudah menjadi milik masyarakat rupanya. Terkenal betul. hehe.

Jika diikutkan yutaka mesra dengan semua teman-teman sepejabat. Tidak kira lelaki atau wanita. Tetapi mengapa yutaka dijadikan simbol gosip berita terkini di sebuah jabatan itu? Adakah kerana status yutaka seorang bujang membuatkan yutaka dilempiaskan dengan gosip-gosip liar ini? Atau mungkin kerana yutaka tidak sensitif terhadap batasan sosial?


Apabila diselidiki, rupanya mereka ternampak yutaka bertepuk tampar setelah keluar daripada kereta kawan wanita itu. Ish.. setakat ternampak situasi sebegitu sahaja membuatkan mereka beranggapan yutaka mempunyai hubungan istimewa. Bila diingat kembali, rupanya yutaka pernah menumpang kereta rakan itu untuk makan sarapan pagi. 

Jadinya, bagi mengelakkan gosip ini semakin berleluasa, yutaka disarankan untuk berkahwin secepat mungkin. Setelah difikirkan kembali, yutaka akan lebih sensitif apabila berhubungan dengan seorang teman berlainan jantina. Takut disangka mempunyai hubungan istimewa. Takut nanti, imej yutaka menjadi rosak gara-gara gosip ini. Habislah market yutaka ini. hehe. 


Monday, December 12, 2011

KENAPA RAMAI TIDAK SUKA DIA?


Konbanwa

Hari ini yutaka sengaja membawa satu situasi. Bukan hendak membuka keaiban seorang rakan tetapi tertanya mengapakah beliau tidak begitu digemari oleh individu lain. Jika diikutkan rakan yutaka ini begitu baik dengan yutaka. Tetapi sering kali yutaka menerima aduan mengenai ketaksukaan individu lain terhadapnya. Walaupun aduan itu begitu berdesing di telinga yutaka, namun yutaka tetap mahu mendengar rungutan itu

Jangan kata yutaka suka bergosip ye. Yutaka sengaja mendengar rungutan itu bagi mendengar permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah yutaka boleh menilainya secara sepenuhnya. Dari komen-komen yang diterima, yutaka dapat kesimpulan bahawa rakan yutaka ni terlalu tidak bertolak ansur dan menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar apabila berurusan.


Yutaka terasa ingin menceritakan hal ini kepada rakan yutaka itu, tetapi mungkin ambil masa sedikit. Sebab yutaka kena memikirkan kesan-kesan nya terhadap rakan yutaka itu. Daripada kisah ini, sebenarnya yutaka dapat mengambil sedikit pengajaran iaitu di dalam setiap urusan, kita mestilah perlu bertolak ansur, tidak perlu terlalu poyo kerana kononnya mengikut peraturan. Jika ada satu dua perkara yang remeh temeh, tidak perlulah melenting memarahi. Ringan-ringankan tangan untuk membantu orang lain.

Penggunaan bahasa yang baik perlu juga dipraktikkan. Tidak perlu menggunakan kuasa veto untuk tiket memarahi individu lain yang melakukan kesilapan. Jika ada kesilapan, tegurlah secara baik. Orang dewasa paham jika kita menegurnya secara baik. Kalau marah-marah, kelak orang akan membenci dan mendoakan keburukan untuk kita. Bukankah doa rakan-rakan itu makbul? Rezeki boleh tersekat dan bala makin mendekat. 





ADIRA - LARA LAGI



LARA LAGI

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...


Tuesday, December 6, 2011

10 MUHARRAM ADALAH HARI ASYURA


Konbanwa

Salam sejahtera. hari ini adalah 10 Muharram di mana hari ini adalah hari Asyura. Di sunatkan berpuasa dan digalakkan bersedekah pada hari ini. Insya Allah besar ganjaran yang menanti. Bercerita mengenai Hari Asyura, yutaka sebenarnya kurang arif mengenai hal di sebalik pada Hari Asyura ini. Tetapi setelah mencari di internet, barulah yutaka tahu serba sedikit mengenainya.


mari kita lihat, banyak kisah yang berlaku pada 10 Muharram :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat

3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampuninya pada 10 Muharam.


6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah mengganti Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mukjizat tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Mengikut pembacaan yutaka, yutaka akan ingin berkongsi mengenai begitu besarnya keberkatan bersedekah. Pada 10 Muharram, ada seorang kafir telah bersedekah dengan hati yang ikhlas. Allah telah memberikan syurga sebagai tempat orang kafir tersebut di alam sana. Di sini, dapat dilihat betapa besarnya ganjaran pada mereka yang bersedekah pada hari Asyura. Insya Allah.


credit to wyna95

Thursday, December 1, 2011

BILA ENGGANG MENCARI SI PIPIT



Konbanwa

Apa khabar semua? Tiba-tiba hendak mencoretkan sesuatu mengenai cerita burung² ini. Tetapi jangan kecilkan skop itu ye. Kali ini yutaka hendak menceritakan mengenai burung enggang tidak boleh seiring berterbangan dengan si pipit. Bunyi cam biasa je tajuknya, tetapi yutaka mengubah jalan ceritanya ya. Cerita ini yutaka dapatkan daripada seorang rakan yang boleh dikongsi bersama.

Apabila si LELAKI terpikat akan si WANITA itu, maka berdetiklah hatinya ingin menjadikan si WANITA itu sebagai kekasihnya. Lebih parah lagi sekiranya, si LELAKI ingin melamar si WANITA lantaran cintanya semakin menebal. si LELAKI mengambil langkah permulaan iaitu cuba menghulurkan salam perkenalan. Menggunakan orang tengah dinyatakan hasrat di hati.



si LELAKI begitu sabar menanti untuk berkawan dengan si WANITA yang digilai. Orang kata apa, kenal hati budi. Tanpa sebarang ihsan, lamaran untuk berkawan tidak diendahkan. Begitu angkuhnya si WANITA itu untuk tidak sudi berkawan dengan si LELAKI itu. Sombongnya menjadi wanita yang punya paras rupa. Untuk info, si WANITA berkenaan masih lagi solo ketika itu. Jadi tidak salah sekiranya si LELAKI itu cuba untuk menghulurkan salam perkenalan yang ikhlas.

orang tengah tidak mampu berbuat apa walaupun merasakan si LELAKI itu calon yang sesuai untuk mengubati luka ditinggalkan kekasih. si LELAKI membawa hati yang lara, Tetapi dengan kuasa ALLAH, si WANITA yang sombong itu datang ke pejabat si LELAKI itu untuk membuat sesuatu urusan. terpinga-pinga untuk mencari seseorang untuk membantunya. hanya ada si LELAKI yang dulunya pernah dihancurkan hatinya. si LELAKI tinggalkan si WANITA itu terus terpinga-pinga. 

Daripada kisah benar di atas,  usah menjadi si ENGGANG yang begitu sombong dengan si PIPIT. takut nanti bila tersungkur ke bumi, terhegeh² mencari si PIPIT yang pernah di "hina" nya dahulu. tapi percayalah apabila si ENGGANG tersungkur, si PIPIT tak kan bersimpati untuk membantunya. hidup di dunia tidak perlu sombong kerana sombong itu tidak boleh bawa ke mana-mana.  






Sunday, November 27, 2011

WANITA BEKERJAYA LEBIH SELEKTIF


Konbanwa

Hari ini yutaka terfikir mengenai mengapakah wanita bekerja lebih selektif di dalam memilih jodoh. Kebanyakkan wanita bekerjaya ini mempunyai keyakinan diri, berani, anggun dan EGO. Wanita bekerjaya memang sangat selektif di dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin sebab itu ramai wanita yang bekerjaya di luar sana masih lagi bujang dan hidup sendirian.

Mengapa mereka selektif di dalam soal ini? Yang paling utama adalah kerana mereka mahukan seorang suami yang sama taraf ekonominya atau lebih tinggi. Faktor ini sering menjerat mereka sehingga mereka membujang sampai ke tua. Bagi mereka, duit mereka milik mereka. tidak boleh dikongsi². Sekiranya mereka memilih suami yang biasa² sahaja, takut hidup nya melarat. Persoalan yang sering bermain di minda " bolehkah aku hidup dengan lelaki yang biasa² sahaja? "



Yutaka pernah berkawan dengan beberapa wanita bekerjaya di mana semuanya menemui jalan penamat. Mengapakah semuanya berakhir? Kerana yutaka hanya lah lelaki biasa. Faktor pekerjaan sering menjadi pra syarat untuk ke peringkat seterusnya. Orang tidak sudi, jadi pandai² la bawak diri. Tetapi yutaka tidak salahkan mereka, kerana mereka berhak untuk mendapat ciri idaman mereka.

Lelaki akan memilih ciri wanita biasa sebagai isterinya berbanding wanita. Wanita lebih suka memilih lelaki luar biasa untuk dijadikan suaminya. Jikalau tidak jumpa, wanita lebih suka membujang sampai bila-bila. Mungkin bagi mereka, duit boleh membeli segalanya. Apa yang pasti, apabila mereka terlalu selektif, takut di usia tua mereka, mereka akan sunyi tanpa peneman dan anak-anak di sisi. 




Tuesday, November 22, 2011

KENAPA YUTAKA SENYUM?


Konbanwa

Di awal pagi sabtu, tetiba sahaja mahu mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan patik ini. Kali ini yutaka akan menerangkan kenapa yutaka selalu tersenyum apabila bersua dengan orang lain. Sudah semestinya kerana yutaka mahu lebih muda daripada biasa. atau lebih senang dikatakan awet muda. banyak rahsia di sebalik senyuman ini. mari kita menyusuri rahsia senyuman ini 


RAHSIA PERTAMA - STRESS

Percaya atau tidak, apabila kita merasa tertekan, ubat paling mujarab adalah dengan melemparkan senyuman. Tetapi amat susah hendak berbuat demikian kerana apabila kita berada dalam keadaan stress, wajah berkerut seribu sering sahaja diberikan secara tidak sengaja. Jikalau terlalu berkerut seribu, takut nanti wajah kita akan lebih cepat penuaannya di bahagian kulit wajah.

RAHSIA KEDUA - SISTEM IMUNISASI

Manusia ada sistem imunisasi nya yang tersendiri. Makanya menurut sumber-sumber kajian, senyuman boleh mengurangkan batuk dan selsema. Perkara ini belum dapat dibuktikan oleh yutaka. Tapi, bila difikirkan kembali, mungkin ada benarnya kerana setakat ini batuk dan selsema jarang sekali yutaka hidapi. betul lah orang kata, jangan terlalu bersedih sangat kerana dengan kesedihan akan membuatkan kita jatuh sakit. senyuman adalah simbol keriangan, maka nya ianya akan membuatkan kamu lebih sihat. 


RAHSIA KETIGA - TERTARIK

Senyuman manis dapat mencairkan hati yang melihatnya. Sesungguhnya manusia dikurniakan urat senyum untuk disedekahkan dengan cara melemparkan senyuman. Tidak kira cantik atau sebaliknya, senyuman manusia memang sangat manis. Itulah kuasa Allah kepada setiap hambaNya. Senyuman manis dapat membuatkan orang lain tertarik dengan kita. Tetapi yutaka lebih suka melemparkan senyuman paling manis kepada gadis-gadis.. haha. jangan cemburu ya.. 

RAHSIA KEEMPAT - AWET MUDA

Rahsia ini memang yutaka tahu. Betulkah awet muda? Tidak percaya? Apabila kita tersenyum kita akan menggerakkan otot-otot muka kita. Jadi, bila otot muka sudah gerak, kulit diluar pasti akan menegang dan akan proses penuaan akan dapat dilambatkan secara semulajadi. Ini adalah alternatif lain selain daripada memakai maskara-maskara di wajah. Biar muda secara semulajadi kerana ianya lahir daripada hati yang gembira dan ikhlas.

Sudah nampak kenapa yutaka kelihatan lebih muda daripada biasa? haha.. mood : perasan kerana memuji diri sendiri. sebab : sapa lagi nk puji, kalau bukan diri sendiri. ekekeke. senyumlah selagi boleh. senyuman yang manis kalau disimpan memang merugikan. senyuman itu ubat segala penyakit.




Tuesday, November 8, 2011

USIA MATANG TETAPI TIDAK KAHWIN



Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan situasi apabila mencapai usia matang tetapi belum berkahwin atau dikenali sebagai bujang terlajak atau anak dara tua. Usia matang merupakan usia di dalam lingkungan 33 tahun ke atas. Usia ini adalah usia di mana seseorang itu memiliki pemikiran yang matang, emosi yang stabil, dan keperluan hariannya yang lengkap.tetapi bagaimana sekiranya usia matang tetapi belum berkahwin?

Usia matang tidak kira lelaki atau wanita akan menjadikan mereka lebih selektif di dalam memilih jodoh mereka. Mereka mahukan seorang peneman hidup yang sangat sempurna tanpa cacat cela. Sekiranya mereka mendapati calon yang ada tidak memenuhi setiap krtiteria yang telah digariskan, makanya calon itu akan ditolak tanpa belas kasihan. Tidakkah mereka sedar, manusia itu tidak sempurna. Yang menjadikan mereka sempurna adalah pasangan masing-masing.


Usia matang juga akan menjadikan seseorang itu lebih kemering @ kerek @ cepat naik angin @ tidak sensitif terhadap situasi dan perasaan rakan sekerja nya. Mungkin tidak semua akan bersikap demikian tetapi begitulah situasinya apabila dalam usia matang itu mereka tidak merasa alam rumahtangga. Setiap yang pernah berumahtangga pastinya tahu erti bertolak ansur dan bertimbang rasa. Contohnya, bertolak ansur dengan sikap pasangan dan anak². Bagi mereka yang tidak pernah merasa alam rumahtangga, mereka seakan sukar hendak berbuat demikian apabila berhadapan dengan situasi tegang.

Kematangan tanpa rumahtangga juga akan menjadikan mereka lebih berkira tentang wang mereka. Mungkin kerana mereka takut hendak "menderma" tanpa sebarang alasan. lagi-lagi apabila ada orang yang meminta duit raya. Mungkin bagi mereka dengan "menderma" akan mengakibatkan mereka fakir tidak berharta. Takut harta yang penat dikumpul terkikis dan terhakis tanpa disedari. Yelah kan, takut nanti dah tua, siapa hendak memberi bantuan sekiranya duit habis atau tinggal sedikit.

Begitulah situasi apabila seseorang yang masih tak berkesempatan mendirikan rumahtangga sehingga melepasi usia kematangan. Harapnya mereka tidak belum menemui jodohnya dipercepatkan jodohnya kerana setiap insan pastinya berpasangan. Angin orang yang belum berkahwin lagi tsunami daripada yang sudah berkahwin. baik jangan dekat..siapkan kaki untuk lari ye.. hehe







Saturday, October 29, 2011

OH MY GOD (OMG)


Konbanwa

Apa khabar semua? Hari ini yutaka sahaja hendak mencoretkan mengenai OMG yang mana selalu didengari di masa kini. OMG merupakan singkatan kepada Ooh My God yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu berbunyi Oh Tuhan Saya. Apabila ada sesuatu yang berlaku kita dengan pantasnya menyebut OMG.

Pandangan yutaka kemungkinan besar, orang yang menyebut OMG ini merupakan orang yang selalu mengingati Tuhan nya walau apa yang berlaku dan di mana sahaja berada. Tentang itu yutaka sangat memujinya. Tapi adakah sebagai umat Islam di Malaysia, penggunaan OMG ini perlu dilafazkan dengan acapkali? Rasanya perlu ditukarkan ke dalam bahasa Arab seperti Allah Akbar.



Bukan ianya dijadikan larangan tetapi alangkah eloknya kita menggunakan bahasa akhirat di dalam mengingati Allah Pencipta kita. Insya Allah dapat pahala dengan menyebut Allah Akbar berbanding dengan singkatan OMG. lagipula bahasa akhirat itu lebih indah bunyinya berbanding dengan bahasa lain. 

jangan dibiasakan dengan penggunaan OMG dibibir kerana ianya akan menjadi suatu kelaziman kepada anak-anak kita di dalam mengingati Allah. Lagipun yutaka rasa cam "gediks" apabila orang menyebut OMG di dalam setiap pertuturan. manakala "sejuk" hati mendengarkan kalimah Allah begitu lancar terpacul di bibir di dalam setiap bicara.


Thursday, October 20, 2011

VIP - LAGU SEDIH



 LAGU SEDIH 

Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun taklah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Katakan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta
Untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukan ku lagu sedih
Tujukanku lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau ku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

Ku bukakan stereo
Internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara
Hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar



Wednesday, October 19, 2011

BOLEHKAH KAMU MEMAAFKAN BEKAS KEKASIH?


Konbanwa

Kedengaran tajuk itu macam menarik je kan? Menarik ke? bekas kekasih atau ex - lover merupakan orang yang pernah disayang di masa lalu. bermakna orang yang pernah hadir di dalam jiwa kasih. Orang kata dulu sayang sayang , bila da putus dibuang terus jangan. tetapi boleh kah?

bagaimana perasaan nya apabila hubungan cinta yang dijalin putus di tengah atau di tepi jalan? pedih perit sakit semua bercampur baur. lebih sakit daripada memicit jerawat di wajah. atau mungkin lebih sakit daripada sakit berkhatan. kerana apa? kerana ianya melibatkan jiwa dan sanubari yang ikhlas. tetapi bolehkah kita memaafkan apa yang telah dilakukan oleh bekas kekasih kita?


Sebagai manusia biasa yang khilaf pastinya sukar untuk memaafkan bekas kekasihnya. lagi-lagi ditinggalkan kerana curang. atau mungkin ditinggalkan kerana tidak sekufu dari segi pekerjaan dan harta. tetapi boleh kah kita memaafkan bekas kekasih kita yang secara terang-terangan bukan jodoh kita? orang pernah berkata yang sudah biarkan lah berlalu. senang kan bicaranya.

pastinya manusia punya sifat pemaaf di hati kerana suatu saat kesilapan lalu akan dimaafkan. mungkin mengambil masa yang lama dan mungkin sekejap. bergantung kepada tahap sakitnya hati dilukai. Masa akan menjadi ubat untuk setiap kesedihan itu. kepada yang pernah menyakiti kekasihnya dahulu, adalah disarankan supaya menjauhkan diri. ini kerana kehadiran anda akan menyebabkan luka lama kembali bernanah.


dimaafkan tetapi melakukan hal yang sama?
kemaafan tak berhak diberikan kepadanya

Sunday, October 2, 2011

LELAKI BUDIMAN ADALAH SAYA


Konbanwa

Jangan terperanjat ye wahai teman-teman. Yutaka saja tulis tajuk seperti itu. tetapi tajuk itu ada kena mengena dengan apa yang akan yutaka ingin ceritakan di sini. berkenaan dengan lelaki budiman. Lelaki budiman adalah lelaki yang meletakkan wanita pada haknya dan menghormati mereka dengan kasih sayang. nampak seperti sangat kompleks kan, tetapi pada hakikatnya tidaklah sebegitu.


Kita ambil pendekatan mudah la ye. Lelaki mestilah ada di sisi seorang wanita yang di dalam kesedihan dan kegembiraan. Di kala sedih, seorang wanita terkadang terbawa dengan emosi yang memungkinkan mereka melakukan sesuatu yang diluar batasan. Wanita cuma mahukan seorang pendengar yang baik kepada setiap yang berlaku di dalam hidup mereka.




wanita juga inginkan belaian bukan sepak terajang. tidak kira apa yang berlaku, seorang lelaki budiman tidak akan menggunakan kekerasan ke atas wanita. jika hendak mengajar wanita hendaklah menggunakan diplomasi. Sekeras hati wanita bisa dicairkan dengan kasih sayang seorang lelaki. bukankah lelaki punya akal 9 yang dikurniakan oleh Illahi? gunakan ia dengan sebaiknya bagi membentuk wanita yang "degil" .. ekeke.


bagaimana seorang lelaki memberikan kasih sayang sebelum berkahwin? adakah dengan cara memegang tangan ketika berjalan? atau dengan ciuman french atau seangkatan dengannya sebelum berkahwin? lelaki budiman adalah meletakkan wanita di tempat yang mulia. Jika benar mereka sayangkan wanita itu, maka jumpalah kedua orang tua wanita itu untuk melamarnya sebagai permaisuri di hati.


Makanya, saya akan cuba untuk menjadi seorang lelaki budiman seperti di atas. apabila ianya sudah dipraktikkan, maka tajuk itu bolehlah saya kata pada isteri saya nanti. " awak beruntung kerana mendapat lelaki budiman seperti saya " hehe.. terberangan jauh pula.. ekekeke





TAKUT HENDAK KAHWIN ?


Konbanwa

Baru-baru ini isu kahwin begitu hangat diperdebatkan di kalangan rakan sepejabat. Nak tak nak, tempias perdebatan itu terkena kepada yutaka. kerana sampai sekarang, yutaka masih belum lagi berumahtangga.  Yutaka hanya mendengar sahaja perdebatan kahwin lewat ini kerana takut nanti dijadikan bahan perdebatan pula. tu namanya permainan selamat.. hehe

dalam perbincangan itu ada seorang rakan yang masih belum berkahwin mengatakan yang beliau takut berkahwin. Sebabnya takut menyesal dan takut tersalah pilih. Ketakutan ini adalah didasari dengan takutnya dia untuk menjadi pemimpin keluarga yang mampu membawa bakal isterinya ke jalan yang diredhai. Bila mendengar pernyataan itu, terasa begitu seriusnya beliau memikirkan hal rumahtangga.



rakan yutaka tu juga takut sekiranya  beliau akan menyesal kerana salah memilih calon. Menyesal kerana tidak ada keserasian, persefahaman dan komunikasi tidak sampai. Bukankah sesuatu perhubungan itu perlu ada komunikasi 2 hala iaitu memberi dan menerima komunikasi? Adakah itu alasan atau sebab munasababnya, tidak yutaka pastikan kebenarannya.


Adakah betul begitu susahnya untuk berkahwin? Banyak kena fikir, kan? Material dan non-material kena difikirkan. Rumah, kereta dan kedudukan kewangan yang kukuh. Bagaimana sekiranya seseorang itu belum kukuh ekonominya? Adakah hendak tunggu duit dalam bank penuh? Dari segi kesediaan mental pula jangan dilupakan. Adakah setiap pasangan itu berani untuk berdikari bersama menjalani kehidupan rumahtangga?


Pernah arwah ayah yutaka berpesan. Jika hendak kahwin, kahwinlah. Rezeki ada di mana-mana. Percayalah kepada janji Allah, pintu rezeki akan terbuka selepas kahwin. Memang ada benarnya pesanan arwah itu. Tetapi masalah yutaka sekarang ini adalah calon utama untuk dijadikan isteri belum lagi pasti. Ada orang kata di Jabbar Rahmah, Mekah adalah tempat untuk berdoa untuk memohon dipertemukan jodoh. Mungkin yutaka boleh mengirimkan doa kepada rakan-rakan yang hendak ke sana.



Sunday, September 25, 2011

KENAPA ROSSA COMEL?


Konbanwa

Terpaku yutaka apabila menonton Konsert Rossa di kaca TV. Comelnya penyanyi genit bernama Rossa ini, Suara dia memang bisa membuaikan perasaan yutaka, tidak kira siang atau malam. Wah.. obses ni.. Tidaklah obses mana pun, cuma rasa kagum sudah melingkari jiwa yutaka sekian lama nya. cewahhh..

Untuk pengetahuan semua, lagu tema blog yutaka adalah lagu nyanyian Rossa. Jika albumnya keluar, pastinya yutaka tidak ketinggalan untuk mendapatkan nya. Setakat ini penghasilan albumnya tidak menghampakan kerana ianya sangat sedap untuk didengar. Paling yutaka suka adalah lagu Ayat-Ayat Cinta, Pudar dan Hati Yang Kau Sakiti. Syahdu je bila mendengarnya..


comelkan Rossa ?

Wednesday, September 21, 2011

PERKARA MENARIK SEPANJANG 21 SEPTEMBER





Konbanwa

Hari ini adalah hari yang paling ceria dalam hidup yutaka. Mana tak ceria, birthday boy katakan. Boy ke? boleh la dikategorikan boy juga.. ekekekee. Jangan cemburu ye. Sepanjang hari ini, yutaka rasa sungguh bahagia kerana melalui beberapa perkara menarik bagi yutaka.

SATU

Hari ini yutaka menerima mesej daripada ibu yutaka melalui telefon bimbit. Mesej itu berbunyi " Selamat arijadi yutaka moga dipanjangkan umur ditambahkan rezeki dan dapat jawatan pegawai. amin3x " moga impian ibu yutaka untuk melihat yutaka menjadi pegawai tercapai. amin3x

KEDUA

Orang pertama yang memberikan ucapan hari lahir adalah adik yutaka di dalam Muka Buku. ucapan itu berbunyi seperti ini  " happy birthday to my hansome and shy to woman brother, yutaka.. hihi.. semoga birthday kali ini membawa 1001 rahmat plus segala impian dan matlamat tercapai. thanks for being such a prtotective, caring and not lawak brother. hehe.. i hope when i got home, u da married and your wife already mengandung.. hihi "

KETIGA

Abang yutaka merupakan insan pertama yang memberikan ucapan tepat pukul 12 tengah malam. beliau juga insan pertama yang memberikan 2 ucapan iaitu ucapan melalui sms dan melalui Muka Buku. Siap kata² yang menyentuh perasaan lagi. touching touching..


KEEMPAT

Semua adik beradik yutaka memberikan ucapan kepada yutaka. Syukur semuanya masih mengingati yutaka di sini. Walaupun tidak ada hadiah, ucapan itu lebih bermakna dan memberikan kepuasan dalaman. hehe

KELIMA

Kawan yang pertama yang menelefon yutaka dan menjadi satu-satunya insan yang menelefon yutaka adalah Puan Siti Zailah Md Yassin. Sangat terharu ucapan nya itu. Moga beliau sentiasa bahagia dan cantik di masa hadapan .. hehe

KEENAM

 Cikgu pertama yang menghantar pesanan birthday adalah cikgu ZZ. cikgu  sekolah displin menengah yutaka ketika tingkatan 4 dan 5. Garang cikgu ini ketika itu. tetapi sekarang yutaka tidak takut lagi, cuma hormat kepadanya. hehe.

KETUJUH

yutaka gembira kerana menerima banyak ucapan melalui Muka Buku daripada kawan², kazen² dan cikgu². Moga semuanya sejahtera dan sihat selalu. amin3x


Itulah perkara yang berlaku pada hari ini. Rasanya, yutaka ingin merasai hari bahagia ini pada hari yang mendatang. Hari-hari begini akan membolehkan yutaka bertambah muda dan comel. Hehe.. 





Tuesday, September 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME



Konbanwa

21hb September adalah hari ulangtahun kelahiran yutaka dalam tahun  tahun masihi. Umur yutaka tahun ini adalah dalam lingkungan 20-30. Tapi masih belum berumahtangga lagi. Bukan promote diri sendiri. Tetapi sahaja hendak menulis yang saya ini masih bujang dan masih lagi kacak.. hehe ..

Hari Lahir pada tahun ini memang tak berapa seronok kerana ini adalah tahun pertama yutaka menyambut hari lahir tanpa seorang ayah di sisi. Hurm.. sedihnya di hati tidak siapa yang tahu. tetapi yutaka masih bersyukur kerana tahun ini yutaka dapat menyambutnya bersama ibu tercinta di samping adik beradik yang lain. Ops.. lupa pula, kawan2 tidak dilupa.

jika ditanya mengenai impian yutaka.. yutaka cuma inginkan ibu yutaka sihat akal dan sihat badan selalu, dan gembira di samping anak-anak dan cucu-cucunya. Yutaka sangat berharap agar ibu yutaka dapat menghadiri majlis konvokesyen 3 anak yutaka nanti. Yutaka sering berdoa, agar yutaka dapat menjadi anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada ibunya sehingga ke akhir hayat yutaka.


Impian lain adalah mahu cepat berkahwin dan memberikan ibu yutaka seorang menantu solehah dan cucu yang comel serta beriman. tetapi soal jodoh, biarlah yutaka minta petunjuk dariNya. Kerana yutaka sangat kabur dalam soal ini sekarang ini. tidak nampak bayangan nih. Adik bongsu yutaka memberikan masa selama 4 tahun untuk yutaka berkahwin. Akan yutaka usahakan impian adik yutaka itu. ekekeke


Selain itu, impian yutaka adalah ingin menjadi seorang pegawai tadbir atau setaraf dengannya. impian itu adalah impian arwah ayah yutaka juga. jika impian ini tercapai, yutaka bercadang untuk memakai pen mahal pemberian arwah ayah yutaka. di mana semasa hayatnya pernah berkata

" kalau kamu menjadi pegawai, pakailah pen ini. baru nampak style "

moga impian arwah ayah yutaka itu akan menjadi kenyataan. amin3x

buat masa ini, itu sahaja yang mampu yutaka kongsikan serba sedikit impian yutaka sempena hari ulangtahun yutaka yang akan jatuh pada 21 September 2011 ini. Sekian.



Thursday, September 15, 2011

STACY - KISAH DONGENG



KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Friday, September 2, 2011

MESEJ RAYA MANA LAGI BEST? part TWO



Sambungan Bahagian Pertama ..

noni
Ampun dan maaf andainya.. terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yg tak kena, tertanya tak tentu hala, tersasul yg tak sengaja, terpukul kat mana2, terpekik di telinga, terhantuk di kepala, terpinjam harta benda, ter moddy tak semena2, terumpat bila2, termacam2 lagi yg kena mengena .. semoga dimaafkan Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

murni n jamal
Selamat Hari raya Aidilfitri jugak, mohon maaf zahir dan batin

FIO n Fawzy
biar kulit segelap almond london, asalkan ati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jgn senipis  rempeyek, biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik beskut dahlia,senyumlah semanis wajik, agar lebaran lebih bermakna Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

syarifah dan reduan sekeluarga
Ketulusan kesucian hari ini mengucapkan salam lebaran, Salam Aidilfitri, mohon ampun kekhilafan, terlebih terkurang harap dihalalkan, semoga terjalin silaturahim yang sempurna di antara kita semua insya Allah, Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

abdillah Ganu
walau jauh bukan halangansms dihantar tanda perhubungan, ku mohon maaf selama berkawan, salam aidilfitri tanda ingatan. Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 

yusmazanariah BSN
dalam bermesra mungkin terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yg belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yg menyinggung rasa, kemaafan jua lah yg dipinta, Selamat syawal, maaf zahir dan batin 

Adah Pinky
bahasa diucap adakala berbisa, janji dilafaz tidak semua dikota, dalam pergaulan ada terguris jiwa, dalam bersenda loka ada yg buruk sangka, dalam kenangan ada yg dilupa, demikianlah insan dinamakan manusia. mohon diampun segala yg terlaku dan terkata agar silaturrahim dan persahabatan berpanjangan jua. Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

untuk itu, yutaka akan beri kredit kepada Adah Pinky atas mesej raya nya kepada yutaka. kerana yutaka rasa mesejnya sangat unik. untuk bakal puan Adah Pinky ini, ini hadiah berbentuk kad maya untuk anda


Yang lain jangan berkecil hati kerana bagi yutaka semuanya sangat menyentuh hati yutaka. untuk itu yutaka dedikasikan satu SMS raya ciptaan yutaka sendiri kepada anda semua

Ramadan pergi kita tangisi, syawal hadir kita hargai, bermaafan kita dengan setulus hati, moga kita dirahmati Illahi. Salam Lebaran 1432


MESEJ RAYA MANA LAGI BEST? part ONE

Konbanwa

Hari ini yutaka hendak mencoretkan beberapa khidmat pesanan ringkas aka SMS raya yang diberikan kepada yutaka pada tahun ini. Ini bagi menghargai segala SMS yang diterima dan untuk itu, yutaka akan simpan semua mesej ini dalam blog yutaka ini.


sanuri capoeira
Selamat Hari Raya Aidilfitri semoga hidup sentiasa selamat dilimpahi berkat Allah 

che dila, izam n anak2
Godok Kupat  nen ngisor ondo, godong nipah digawe atep, salah silapku jaluk ngapuro, ketemu meneh  neng tun ngarep, selamet hari royo, maaf zahir batin 

missfarhana
Adat jauh beri berita, adat dekat saling menasihati, andai berbicara tersilap kata maaf dipinta sepenuh hati. Berharap padi dalam lesung , yg ada cuma rumpun jerami, harapan ingin bertemu langsung , yg terlayang hanya sms ini. Selamat menyambut hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin 

Manje Adila
Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, Selamat Hari Raya 

iejard dan yana
Salam, 1 Syawal disambut bersama, ketupat rendang jd hidangan, andai aku melakukan dosa, ku hulur tangan mohon keampunan, selamat hari raya aidilfitri 

sarpan dan famili
Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, Smoga diberkati dan dirahmati Allah

vios yusri
Hali laya sula mali, baju laya satu almali, satu tawun satu kali, wa mikin silap wa vely soli. B4 aidilfitri datang, b4 Ramadan pergi, b4 operator bz,b4 msg asyik pending, b4 kredit abes, wa mo ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 

hairol sue qissha
Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf segala salah silap 


akan bersambung ...


Thursday, September 1, 2011

3 PERKARA PENTING DALAM SATU HARI


Konbanwa

Hari semalam 31/08/2011 merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup yutaka sekeluarga. Jika diikutkan di dalam kalendar Malaysia, tarikh berkenaan adalah tarikh hari Merdeka. Semua rakyat di Malaysia menyambutnya, tidak kira agama, bangsa, dan fahaman politik. Untuk tahun ini, kebetulan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh yang sama. Meriah sangat.

Di dalam kehidupan yutaka, terdapat satu lagi perkara penting iaitu Hari Kelahiran ibu yutaka yang ke ... Oppss.. itu rahsia la ye.. Sudah berjanji pada sang ibu untuk merahsiakannya. hehe. Hari ini yutaka dan keluarga meraikan hari bersejarah itu dengan mengadakan sedikit makan-makan di Kenny Rogers Roaster. Yang bahagianya semuanya ada (terkecuali arwah ayah yutaka). Hurm.. Al-Fatihah untuk arwah.


Yutaka bersyukur kerana yutaka dan adik beradik yang lain masih berkesempatan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran ibu tercinta. Bukan senang hendak makan bersama di hari bahagia itu memandangkan semua adik beradik yang lain masih belaja dan bekerja di luar destinasi. Ingatkan hendak bagi hadiah besar dan mahal tetapi sang ibu kata jangan membazir. Mungkin padanya, saat meraikan bersama itu adalah hadiah paling berharga daripada hadiah kebendaan.

Kepada ibu yutaka, yutaka ingin ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN

yutaka berdoa agar ibu yutaka :

a) Dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
b) Ditambahkan rezeki dengan rezeki halal dan berkat
c) Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
d) Dikurniakan menantu dan cucu yang baik dan cantik
e) Bertamabah comel dari hari ke hari.

Sunday, August 21, 2011

MALAS HENDAK LAYAN


Konbanwa

Tiba-tiba je kan tulis tajuk seperti itu. Tapi tu adalah ekspresi apabila yutaka teringatkan satu situasi ini. Di dalam berkawan perlu ada give n take. Di mana orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Kena tak eh? Kalau tak kena, buat-buatlah kena dengan tema give n take. hehe

Di dalam akaun facebook yutaka, yutaka ada beberapa rakan yang sangat sombong tahap gaban. Situasi di mana mereka sombong untuk membalas komen yutaka. Walaupun nampak remeh, tapi itu menandakan orang itu sangat sombong. Sekiranya lain-lain komen tidak dibalas, yutaka boleh la terima. Ini komen yutaka tak pernah di balasnya. BESAR SANGAT KE DARJAT orang itu? 

yutaka sangat senang dengan sikap Iesya Iesyatirradiah Sanny Toh, host RTM. semua komen dibalas walaupun orang itu hanya wat smiley sahaja.

Ada juga yang sombong bile yutaka tulis kat wall untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam bidang akedemik. Tak di balas pun walaupun hanya tulis 10Q. Dengan beranggapan dia sibuk, yutaka PM di dalam fb. tapi tetap sama, bolayan. Sedihnya diperlakukan sebegitu. Mungkin kerana DARJAT tak sama kot. Maklumlah yutaka ni tidak sukses seperti dia dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Apa pun yutaka gembira kerana mendapat pengalaman "DIHINA" seperti itu. Terima kasih Ya Allah.

Apabila diceritakan kepada adik yutaka yang terakhir, beliau berkata bahawa yutaka ni terlalu baik sampai dipijak-pijak berulangkali. Betulkah sebegitu? Bila fikir-fikir balik, bab dipijak berulangkali tu memang betul. Tapi psl terlalu baik tu, yutaka xmau komen. sebab ianya sangat subjektif. Pendekatan yang boleh yutaka ambil sekarang ini sangat mudah. MERAK YANG SOMBONG USAH DIPUJI DAN DIDEKATI. malas hendak layan walaupun ada tanda merak menjilat muntah sendiri (hendak mesra kembali).