Konbanwa
Baru semalam, yutaka dikejutkan dengan teguran ikhlas seorang teman sepejabat. Ianya lebih berkisar kepada komunikasi sosial yutaka bersama dengan seorang rakan wanita yutaka rakan sepejabat lama. Yutaka menjadi simbol gosip di sebuah jabatan yang mengatakan yutaka mempunyai hubungan istimewa dengan beliau. Wah.. yutaka sudah menjadi milik masyarakat rupanya. Terkenal betul. hehe.
Jika diikutkan yutaka mesra dengan semua teman-teman sepejabat. Tidak kira lelaki atau wanita. Tetapi mengapa yutaka dijadikan simbol gosip berita terkini di sebuah jabatan itu? Adakah kerana status yutaka seorang bujang membuatkan yutaka dilempiaskan dengan gosip-gosip liar ini? Atau mungkin kerana yutaka tidak sensitif terhadap batasan sosial?
Apabila diselidiki, rupanya mereka ternampak yutaka bertepuk tampar setelah keluar daripada kereta kawan wanita itu. Ish.. setakat ternampak situasi sebegitu sahaja membuatkan mereka beranggapan yutaka mempunyai hubungan istimewa. Bila diingat kembali, rupanya yutaka pernah menumpang kereta rakan itu untuk makan sarapan pagi.
Jadinya, bagi mengelakkan gosip ini semakin berleluasa, yutaka disarankan untuk berkahwin secepat mungkin. Setelah difikirkan kembali, yutaka akan lebih sensitif apabila berhubungan dengan seorang teman berlainan jantina. Takut disangka mempunyai hubungan istimewa. Takut nanti, imej yutaka menjadi rosak gara-gara gosip ini. Habislah market yutaka ini. hehe.
No comments:
Post a Comment