Sunday, January 8, 2012

BUSY BODY kawan AMBIL BERAT


Konbanwa

Sudah lapan hari tahun baru berlalu. Lama sungguh tidak mencoretkan sesuatu di laman kesayangan patik ini.. hehe.. tiba-tiba berbahasa istana kan.. Tahun baru sering dikaitkan dengan canggih, dan moden. Bermakna tinggalkan yang tradisi, peluklah yang moden. Tetapi betulkah yang tradisi masih tidak relevan dengan dunia yang semakin maju ini?

Tradisi menegur telah diamalkan oleh nenk moyang kita sejak dari dulu lagi. Tujuan nya adalah satu iaitu mahu membetulkan yang batil (perihal tidak benar) dan mengembalikan yang haq (kebenaran). Ada yang menganggap budaya tegur menegur ini lebih kepada menjaga tepi kain orang atau dalam bahasa penjajah BUSY BODY. adakah budaya menegur ini sesuatu yang salah kerana menganggu ketenteraman hidup seseorang manusia?



Ada seorang teman yutaka yang berkata budaya tegur menegur nenek moyang kita ini lebih kepada cemburunya manusia terhadap kelebihan orang lain. Terfikir seketika yutaka dengan kata-kata itu. Salahkah kita sebagai umat Islam menegur umat Islam yang semakin jauh dari ajaranNya. Ya .. memang kubur masing-masing. Tetapi bukankah kita perlu menyeru kepada kebaikan dan melarang segala perbuatan keji dan mungkar.

Janganlah kita terlalu mengikut gaya hidup barat walaupun kita semakin moden. Moden tidak menghalalkan sesuatu yang haram. Haram dan halal tetap nyata sehingga hari kiamat. Tetapi Islam tetap relevan dahulu, kini dan selamanya. Setiap tegahan itu ada kebaikan dan bukan untuk menyekat hidup manusia. Islam itu indah kerana hanya Allah layak disembah.


No comments: