Konbanwa
Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai dugaan untuk menjadi yang lebih baik. Perubahan yang hendak dilakukan adalah perubahan ke arah cara hidup Islam yang mutlak. Yutaka kecilkan skop perbincangan kita, iaitu mengenai kewajipan wanita menutup aurat.
Cuba kita fikirkan sejenak mengenai mengapa perlu kita untuk menutup aurat ini? menutup aurat adalah perlu bagi mengelakkan godaan syaitan yang menghasut pandangan mata kita untuk melakukan maksiat. perlu diakui wanita mempunyai daya tarikannya. sebab itu Allah memerintahkan kita untuk mengikat ikatan pernikahan yang sah mengikut syarak.
Hendak berubah menjadi seorang muslim yang sejati memang banyak dugaan nya. sebagai contoh untuk bertudung secara Islamiah, tidak semua orang sekeliling gembira dengan perubahan itu. Ada yang mengata, ada yang mencaci, ada yang berprasangka dan sebagainya. Apabila ada rakan atau adik beradik kita hendak berubah menjadi yang lebih baik, kita hendaklah sentiasa menyokong. Jika kita hendak ikut sama, alangkah baiknya.
Dugaan lain adalah mengenai kekangan terhadap kerjaya. Kita ambil contoh sikap segelintir artis Mula-mula bertudung, selepas itu buka kembali hijab itu. Atas alasan tidak ada watak untuk wanita bertudung. Jika tidak buka kembali, maka tidak terisi lah perut itu. Tapi tanggapan itu silap, kerana Allah yang memberikan rezeki kepada kita, bukan manusia yang tidak gemar kita untuk bertudung.
Dugaan lain adalah tidak berubah kerana Allah. Hanya ikut-ikutan atau trend. Ini lebih kepada fesyen urban yang konon-konon Islamik padahal tidak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan syarak. Islam tidak melarang kita berfesyen, tetapi biarlah fesyen itu tidak menyebabkan fitnah dan membangkitkan ghairah mata yang melihatnya.
Allah pasti murka apabila kita semakin jauh daripada ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad. Tetapi pastinya syaitan lagi suka apabila kita semakin lalai daripada mengingati Allah. Ini kerana sejak dari dahulu lagi, syaitan berjanji untuk menyesatkan umat manusia daripada jalan ke syurga. Jika kita hendak berubah, kuatkan tekad kita dan sentiasa berdoa dan bertawakal. Insya Allah, niat kita untuk berubah akan lebih diberkati oleh Allah.
No comments:
Post a Comment