Konbanwa
Apa khabar semua? Tiba-tiba hendak mencoretkan sesuatu mengenai cerita burung² ini. Tetapi jangan kecilkan skop itu ye. Kali ini yutaka hendak menceritakan mengenai burung enggang tidak boleh seiring berterbangan dengan si pipit. Bunyi cam biasa je tajuknya, tetapi yutaka mengubah jalan ceritanya ya. Cerita ini yutaka dapatkan daripada seorang rakan yang boleh dikongsi bersama.
Apabila si LELAKI terpikat akan si WANITA itu, maka berdetiklah hatinya ingin menjadikan si WANITA itu sebagai kekasihnya. Lebih parah lagi sekiranya, si LELAKI ingin melamar si WANITA lantaran cintanya semakin menebal. si LELAKI mengambil langkah permulaan iaitu cuba menghulurkan salam perkenalan. Menggunakan orang tengah dinyatakan hasrat di hati.
si LELAKI begitu sabar menanti untuk berkawan dengan si WANITA yang digilai. Orang kata apa, kenal hati budi. Tanpa sebarang ihsan, lamaran untuk berkawan tidak diendahkan. Begitu angkuhnya si WANITA itu untuk tidak sudi berkawan dengan si LELAKI itu. Sombongnya menjadi wanita yang punya paras rupa. Untuk info, si WANITA berkenaan masih lagi solo ketika itu. Jadi tidak salah sekiranya si LELAKI itu cuba untuk menghulurkan salam perkenalan yang ikhlas.
orang tengah tidak mampu berbuat apa walaupun merasakan si LELAKI itu calon yang sesuai untuk mengubati luka ditinggalkan kekasih. si LELAKI membawa hati yang lara, Tetapi dengan kuasa ALLAH, si WANITA yang sombong itu datang ke pejabat si LELAKI itu untuk membuat sesuatu urusan. terpinga-pinga untuk mencari seseorang untuk membantunya. hanya ada si LELAKI yang dulunya pernah dihancurkan hatinya. si LELAKI tinggalkan si WANITA itu terus terpinga-pinga.
Daripada kisah benar di atas, usah menjadi si ENGGANG yang begitu sombong dengan si PIPIT. takut nanti bila tersungkur ke bumi, terhegeh² mencari si PIPIT yang pernah di "hina" nya dahulu. tapi percayalah apabila si ENGGANG tersungkur, si PIPIT tak kan bersimpati untuk membantunya. hidup di dunia tidak perlu sombong kerana sombong itu tidak boleh bawa ke mana-mana.
No comments:
Post a Comment