Konbanwa
21hb September adalah hari ulangtahun kelahiran yutaka dalam tahun tahun masihi. Umur yutaka tahun ini adalah dalam lingkungan 20-30. Tapi masih belum berumahtangga lagi. Bukan promote diri sendiri. Tetapi sahaja hendak menulis yang saya ini masih bujang dan masih lagi kacak.. hehe ..
Hari Lahir pada tahun ini memang tak berapa seronok kerana ini adalah tahun pertama yutaka menyambut hari lahir tanpa seorang ayah di sisi. Hurm.. sedihnya di hati tidak siapa yang tahu. tetapi yutaka masih bersyukur kerana tahun ini yutaka dapat menyambutnya bersama ibu tercinta di samping adik beradik yang lain. Ops.. lupa pula, kawan2 tidak dilupa.
jika ditanya mengenai impian yutaka.. yutaka cuma inginkan ibu yutaka sihat akal dan sihat badan selalu, dan gembira di samping anak-anak dan cucu-cucunya. Yutaka sangat berharap agar ibu yutaka dapat menghadiri majlis konvokesyen 3 anak yutaka nanti. Yutaka sering berdoa, agar yutaka dapat menjadi anak yang soleh yang sentiasa berbakti kepada ibunya sehingga ke akhir hayat yutaka.
Impian lain adalah mahu cepat berkahwin dan memberikan ibu yutaka seorang menantu solehah dan cucu yang comel serta beriman. tetapi soal jodoh, biarlah yutaka minta petunjuk dariNya. Kerana yutaka sangat kabur dalam soal ini sekarang ini. tidak nampak bayangan nih. Adik bongsu yutaka memberikan masa selama 4 tahun untuk yutaka berkahwin. Akan yutaka usahakan impian adik yutaka itu. ekekeke
Selain itu, impian yutaka adalah ingin menjadi seorang pegawai tadbir atau setaraf dengannya. impian itu adalah impian arwah ayah yutaka juga. jika impian ini tercapai, yutaka bercadang untuk memakai pen mahal pemberian arwah ayah yutaka. di mana semasa hayatnya pernah berkata
" kalau kamu menjadi pegawai, pakailah pen ini. baru nampak style "
moga impian arwah ayah yutaka itu akan menjadi kenyataan. amin3x
buat masa ini, itu sahaja yang mampu yutaka kongsikan serba sedikit impian yutaka sempena hari ulangtahun yutaka yang akan jatuh pada 21 September 2011 ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment