Tuesday, November 22, 2011

KENAPA YUTAKA SENYUM?


Konbanwa

Di awal pagi sabtu, tetiba sahaja mahu mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan patik ini. Kali ini yutaka akan menerangkan kenapa yutaka selalu tersenyum apabila bersua dengan orang lain. Sudah semestinya kerana yutaka mahu lebih muda daripada biasa. atau lebih senang dikatakan awet muda. banyak rahsia di sebalik senyuman ini. mari kita menyusuri rahsia senyuman ini 


RAHSIA PERTAMA - STRESS

Percaya atau tidak, apabila kita merasa tertekan, ubat paling mujarab adalah dengan melemparkan senyuman. Tetapi amat susah hendak berbuat demikian kerana apabila kita berada dalam keadaan stress, wajah berkerut seribu sering sahaja diberikan secara tidak sengaja. Jikalau terlalu berkerut seribu, takut nanti wajah kita akan lebih cepat penuaannya di bahagian kulit wajah.

RAHSIA KEDUA - SISTEM IMUNISASI

Manusia ada sistem imunisasi nya yang tersendiri. Makanya menurut sumber-sumber kajian, senyuman boleh mengurangkan batuk dan selsema. Perkara ini belum dapat dibuktikan oleh yutaka. Tapi, bila difikirkan kembali, mungkin ada benarnya kerana setakat ini batuk dan selsema jarang sekali yutaka hidapi. betul lah orang kata, jangan terlalu bersedih sangat kerana dengan kesedihan akan membuatkan kita jatuh sakit. senyuman adalah simbol keriangan, maka nya ianya akan membuatkan kamu lebih sihat. 


RAHSIA KETIGA - TERTARIK

Senyuman manis dapat mencairkan hati yang melihatnya. Sesungguhnya manusia dikurniakan urat senyum untuk disedekahkan dengan cara melemparkan senyuman. Tidak kira cantik atau sebaliknya, senyuman manusia memang sangat manis. Itulah kuasa Allah kepada setiap hambaNya. Senyuman manis dapat membuatkan orang lain tertarik dengan kita. Tetapi yutaka lebih suka melemparkan senyuman paling manis kepada gadis-gadis.. haha. jangan cemburu ya.. 

RAHSIA KEEMPAT - AWET MUDA

Rahsia ini memang yutaka tahu. Betulkah awet muda? Tidak percaya? Apabila kita tersenyum kita akan menggerakkan otot-otot muka kita. Jadi, bila otot muka sudah gerak, kulit diluar pasti akan menegang dan akan proses penuaan akan dapat dilambatkan secara semulajadi. Ini adalah alternatif lain selain daripada memakai maskara-maskara di wajah. Biar muda secara semulajadi kerana ianya lahir daripada hati yang gembira dan ikhlas.

Sudah nampak kenapa yutaka kelihatan lebih muda daripada biasa? haha.. mood : perasan kerana memuji diri sendiri. sebab : sapa lagi nk puji, kalau bukan diri sendiri. ekekeke. senyumlah selagi boleh. senyuman yang manis kalau disimpan memang merugikan. senyuman itu ubat segala penyakit.




No comments: