As Salam
Hari ini yutaka ada membaca mengenai kekurangan cikgu lelaki di sekolah sekolah. Artikel surat khabar itu dibaca dengan penuh khusyuk. Menurut salah seorang ilmuan yang memberikan kata di dalam artikel tersebut, beliau gusar akan kekurangan pendidik lelaki. Adakah guru lelaki semakin pupus di sekolah sekolah? Atau mungkinkah golongan wanita lebih sesuai menjadi guru berbanding dengan lelaki?
Rakan yutaka (berjantina lelaki) mempunyai minat untuk menjadikan profesion guru sebagai profesion tetap. Dek kerana tidak memiliki kelayakkan dalam bidang perguruan, rakan yutaka ada mengambil peperiksaan KPLI dan mendaftar DPLI. Rakan yutaka sudah mengambil peperiksaan KPLI sebanyak 3 kali, namun ketiga-tiga peperiksaan adalah KANDAS. DPLI pula tidak mendapat khabar berita. Daftar 2 kali, tapi peperiksaan pun tidak layak diduduki. ( sampai sekarang tidak dapat jawapan, mengapa rakan yutaka tidak layak menduduki peperiksaan DPLI )
Menurut rakan yutaka, memang tidak ramai kaum lelaki yang mengambil peperiksaan KPLI. Kalau mengikut purata secara kasar, ada dalam 20 % lelaki yang mengambilnya. (statistik sendiri). Kalau mengikut berita, golongan lelaki memang kurang. tetapi mengapa rakan yutaka masih tidak berjaya memasuki KPLI? Adakah memang pemarkahan terlalu ketat? Atau adakah memang semua jawapan rakan yutaka tidak betul?
Jika benarlah markah rakan yutaka tidak setinggi mana, adakah tidak ada pertimbangan untuk mengurangkan syarat kelulusan untuk memasuki KPLI bagi kaum lelaki? Kalau sistem permarkahan menjadi syarat penting untuk memasuki KPLI, nampak gaya nya guru wanita akan lebih memonopoli. Nampaknya minat yang mendalam menjadi guru semakin berkubur di hati nya. Hendak kata belajar tidak pandai, segulung ijazah sudah digenggam.
Memang tidak dinafikan guru perlulah mempunyai IQ yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana insan yang mempunyai minat yang mendalam tetapi mempunyai IQ yang sederhana tinggi? Adakah sistem pemarkahan dijadikan tanda aras bagi mengukur kejayaan?
No comments:
Post a Comment