Wednesday, February 27, 2013

ZINA ? Syaitan Like Like Like


As Salam

Zina atau Persetubuhan Luar Nikah merupakan perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah. Apabila menulis mengenai ZINA ini yutaka merasa sangat takut. Takut akan situasi zaman sekarang di mana banyak kes seperti ini berlaku. Adakah ini tanda kecil kiamat sudah semakin dekat? Mungkin juga.


Firman Allah dalam surah Al-Israa' Ayat 32 yang bermaksud :
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) "

Mengapa Allah sangat melarang zina? Cuba kita berfikir sejenak tentang pengharaman zina ini. Sudah tentulah mengenai nasab keturunan. Islam mengajar kita untuk menjaga nasab keturunan kita. Cuba kita bayangkan sekiranya pihak lelaki itu lari meninggalkan pihak wanita yang telah dirosakkan itu, bagaimana nasib pihak wanita dan anak yang dikandungnya itu? Pastinya nasib mereka tidak terbela.

Apabila wanita yang ditiduri itu ditinggalkan, pihak kaum kerabatnya pasti akan berdendam dengan si lelaki itu. Apabila sudah berdendam, ditakuti si lelaki durjana itu akan diserang dan dibunuh (minta dijauhkan). Masalah ini semakin berpanjangan, tidak ada kesudahan nya. Perasaan sakit hati pasti berbekas di hati kaum keluarga si wanita itu.

Menurut hukuman di dunia, mereka boleh dibicarakan di dalam mahkamah syariah di mana di kategorikan di dalam kes jenayah. Walaupun hukuman dunia tidak setimpal hukuman di akhirat, namun diharapkan hukuman di dunia ini dapat menyedarkan mereka untuk kembali kepada Islam yang sebenarnya. Ada juga kes di mana seorang bapa tidak berpuas hati kerana anaknya (lelaki) disabitkan atas kesalahan Persetubuhan Luar Nikah.

Syaitan akan terus menghasut kaum Adam dan Hawa untuk terus menyimpang dari jalan kebenaran. Jadi bagi mereka yang sudah mempunyai kekasih, segeralah mendirikan rumahtangga. Banyak faedahnya jika berumahtangga. Binalah institusi kekeluargaan yang harmoni. Hati senang, hidup diberkati. Insya Allah. Rezeki untuk orang yang hendak berkahwin tetap dibuka oleh Allah. Jadi si bujang dan si dara, berkahwinlah kerana Allah.




Monday, February 25, 2013

Oh Cikgu Lelaki !!!


As Salam

Hari ini yutaka ada membaca mengenai kekurangan cikgu lelaki di sekolah sekolah. Artikel surat khabar itu dibaca dengan penuh khusyuk. Menurut salah seorang ilmuan yang memberikan kata di dalam artikel tersebut, beliau gusar akan kekurangan pendidik lelaki. Adakah guru lelaki semakin pupus di sekolah sekolah? Atau mungkinkah golongan wanita lebih sesuai menjadi guru berbanding dengan lelaki?

Rakan yutaka (berjantina lelaki) mempunyai minat untuk menjadikan profesion guru sebagai profesion tetap. Dek kerana tidak memiliki kelayakkan dalam bidang perguruan, rakan yutaka ada mengambil peperiksaan KPLI dan mendaftar DPLI. Rakan yutaka sudah mengambil peperiksaan KPLI sebanyak 3 kali, namun ketiga-tiga peperiksaan adalah KANDAS. DPLI pula tidak mendapat khabar berita. Daftar 2 kali, tapi peperiksaan pun tidak layak diduduki. ( sampai sekarang tidak dapat jawapan, mengapa rakan yutaka tidak layak menduduki peperiksaan DPLI )

Menurut rakan yutaka, memang tidak ramai kaum lelaki yang mengambil peperiksaan KPLI. Kalau mengikut purata secara kasar, ada dalam 20 % lelaki yang mengambilnya. (statistik sendiri). Kalau mengikut berita, golongan lelaki memang kurang. tetapi mengapa rakan yutaka masih tidak berjaya memasuki KPLI? Adakah memang pemarkahan terlalu ketat? Atau adakah memang semua jawapan rakan yutaka tidak betul?

 Jika benarlah markah rakan yutaka tidak setinggi mana, adakah tidak ada pertimbangan untuk mengurangkan syarat kelulusan untuk memasuki KPLI bagi kaum lelaki? Kalau sistem permarkahan menjadi syarat penting untuk memasuki KPLI, nampak gaya nya guru wanita akan lebih memonopoli. Nampaknya minat yang mendalam menjadi guru semakin berkubur di hati nya. Hendak kata belajar tidak pandai, segulung ijazah sudah digenggam.

Memang tidak dinafikan guru perlulah mempunyai IQ yang sangat tinggi. Tetapi bagaimana insan yang mempunyai minat yang mendalam tetapi mempunyai IQ yang sederhana tinggi? Adakah sistem pemarkahan dijadikan tanda aras bagi mengukur kejayaan?




Thursday, February 21, 2013

TIKAM BELAKANG KU .. dush dush




As Salam

TIKAM BELAKANG aka SABOTAJ memang perbuatan yang sangat tidak murni. Bukan keropok moni tau (tiba-tiba jadi lapar bila sebut keropok .. hehe) Berbalik kepada tikam belakang ianya satu perbuatan yang sangat pedih berbanding dengan perbuatan tikam nombor. Tikam nombor dosanya dengan ALLAH, tetapi tikam belakang dosanya dengan manusia.

Dosa dengan manusia ini akan terhapus apabila sudah mendapat kemaafan. Yutaka sedang mengalami situasi TIKAM BELAKANG ini. Walaupun lukanya tidak sedalam mana, tetapi ianya memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan seharian yutaka. Kesan nya adalah kehidupan yutaka menjadi tidak seriang dulu apabila pergi ke tempat kerja, perasaan meluat melihat si tukang tikam, bimbang setiap tingkah dijadikan modal untuk dipropaganda kan dan sebagainya.

Ada perasaan tidak berpuas hati di hati si tukang tikam ( bukan nama sebenar .. hehe ) untuk terus menjadikan yutaka sebagai mangsa propaganda nya. Mula nya geram juga di hati. Tetapi setelah berkongsi rasa dengan isteri tersayang, kesabaran yutaka semakin menebal. LOVE YOU baby .. Dulu semasa muda remaja, memang cepat marah dan stress. Tetapi sekarang, sudah kurang emosi amarahnya.

Teringat cerita rakan arwah ayah dahulu, di mana arwah ayah yutaka seorang yang paling penyabar walaupun disabotaj beberapa kali. Al- Fatihah untuk arwah ayah yutaka. ( bertafakur seminit ... ) Jadinya yutaka akan cuba bertahan walaupun mendapat cubaan ini. Tetapi setiap manusia adalah batas kesabaran nya. Hanya doa kepada Allah dapat yutaka lakukan untuk menghadapi si tukang tikam.




Tuesday, February 19, 2013

APABILA SUAMI TUKAR LAMPIN



As Salam

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai suami tukar lampin bayi nya. Kedengaran agak kelakar kerana kebiasaan nya hal-hal bayi diuruskan oleh isteri. Boleh kah lelaki membuat kerja-kerja ke "bayi" an ini? Adakah jatuh ego apabila encik suami berbuat demikian? Bagaimana pula puan isteri? Adakah mereka boleh berehat sambil melihat cd drama korea sementara encik suami menguruskan bayi mereka?

Jika diikutkan ego seorang lelaki, urusan rumahtangga semestinya diuruskan oleh pihak isteri. Lagi-lagi urusan bayi bayi ini, memang lelaki kebiasaan nya "lepas tangan". Itu lah kebiasaan nya. Tetapi tidak berlaku pada zaman sekarang kerana rata-rata suami lebih ringan tangan di dalam membantu isterinya menguruskan hal-hal bayi mereka. (menulis dengan begitu yakin sekali) Hehe..


Sekarang bukan masanya si suami menjadi RAJA yang tahu memerintah sahaja. Tetapi menjadi RAJA yang disenangi PERMAISURI nya dan disayangi ANAK nya. Bantuan yang dihulurkan oleh pihak suami sekurang-kurang nya dapat meringankan beban pihak isteri. Boleh bangun pagi membancuh susu, bangun pagi untuk memujuk bayi yang merengek dan menukar lampin adalah antara perkara yang boleh membuatkan si isteri tersenyum gembira. Gembira apabila suami nya sangat macho kerana membantunya.

 Tetapi perlu diingatkan di sini, pihak isteri janganlah mengambil kesempatan tidak menjenguk bayi nya. Tengok-tengoklah si suami menguruskan bayi nya, kerana takut si suami tersalah langkah. Pengurusan bayi ini lebih elok dilakukan bersama kerana dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri dan si bayi itu dapat merasai kasih sayang kedua ibu bapanya. 

Ala tomei tomei ..






Monday, February 18, 2013

ANAK BERJALAN SENGET


As Salam

Apabila bercerita mengenai anak, yutaka bukanlah seorang yang pakar. Ini kerana yutaka tidak mempunyai pengalaman menjadi seorang ayah. Tetapi yutaka ingin berkongsi sesuatu melalui pemerhatian yutaka. Menjadi seorang ayah memanglah berat tanggungjawabnya terutama sekali di dalam mendidik anak-anak dan isteri. Yang paling penting adalah memberikan tunjuk teladan yang baik untuk diteladani.



Yutaka bukanlah seorang khalifah yang tinggi iman nya. Tetapi yutaka ada memerhatikan sikap sesetengah ibu ayah yang mengambil mudah di dalam soal agama. Terutama sekali di dalam ibadah solat dan puasa. Solat itu tiang agama. Jika soal solat diambil mudah, bagaimana Allah mahu memberkati sesebuah institusi rumahtangga itu?

Soal puasa pula seringkali diambil enteng. Ada ibu ayah yang suka ponteng puasa atas sebab tidak dapat tahan berlapar seharian. Berlagak seakan kanak-kanak kecil yang tidak tahan berpuasa menjadi alasan untuk mengisi perut ketika bulan Ramadhan. Ada juga menggunakan alasan gastrik. Gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa kerana doktor ada menyediakan kaedah tertentu untuk pesakit gastrik yang ingin berpuasa di bulan Ramadhan.

 Dari segi pertuturan, rasanya bahasa anak-anak banyak dipengaruhi bahasa ibu ayahnya. Jika orang tuanya berbahasa kasar, maka anak akan bertutur seperti " gangster " dan begitu juga sebaliknya. Tetapi sekiranya anak-anak berbahasa "gangster " sedangkan ibu bapanya berbahasa baik maka faktor persekitaran menjadi puncanya. Di sini lah peranan ibu bapa untuk membetulkan "jalan anaknya yang senget" itu.

Pendek kata jika ingin menjadikan anak seorang yang terbaik, ibu bapa hendaklah menjadi yang terbaik untuk anaknya. Teladanilah mereka dengan yang baik-baik. Jadilah role model yang terbaik untuk anak-anak kerana anak-anak memerlukan sokongan untuk mereka berjalan tegak.




Monday, February 11, 2013

ORANG KATA ..


As Salam

Apa khabar semua? Hari ini yutaka hendak menceritakan mengenai orang kata.. Orang kata " SEKIRANYA KITA MELEPASKAN ORANG YANG SESUAI UNTUK KAMU, KAMU AKAN MENYESAL TAK SUDAH " yutaka bukan hendak menuding jari kepada pembaca sekalian. cuma yutaka ternampak sesuatu di sebalik kata-kata ini.

Adakah kita tahu sekiranya orang itu sesuai atau tidak dari segi jodohnya? Pastinya tidak. Tetapi tidak mustahil untuk kita ketahui perkara itu. Semuanya bergantung kepada kuasa Allah yang memberikan petunjuk kepada kita. Lagipula kita hanyalah insan yang lemah selemah-lemahnya. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Tetapi jika difikir kembali.. Kenapakah kita menolak jodoh yang baik pada pandangan mata kita dan orang lain? Mari kita lihat kemungkinan yang ada  :

a) Adakah kerana hati tertutup dek KERANA PUTUS CINTA?
b) Adakah kerana yang menyintai kita itu BERGAJI KECIL? 
c) Adakah kerana dia TIDAK TAMPAN @ CANTIK? 
d) Adakah kerana KURANG BERHARTA?


KERANA PUTUS CINTA?

Keadaan ini sungguh bahaya jika dibiarkan di mana keadaan ini boleh menjadikan kamu bujang untuk selama-lamanya. Orang selalu serik untuk bercinta apabila terjadi putus cinta. Janganlah begitu wahai hati, pujuklah hati untuk terus bercinta. Kerana cinta akan membawa kamu ke jinjang pelamin. Insya Allah. Cinta akan datang tepat pada masanya. Itulah rahsia Allah. Percayalah pada Allah.

GAJI KECIL aka SE COET

Se coet ini adalah sedikit sangat. Memang orang kata, boleh kah hidup dengan pasangan bergaji kecil? Insya Allah, jika kamu yakin dengan kuasa Allah pastinya ada rezeki selepas nikah nanti. Tetapi terpulang lah kepada persepsi masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan duit itu penting. Duit bukan segala-galanya tetapi duit boleh berbuat segala-galanya.

DIA TIDAK COMEL ?

Yang ini yutaka tidak dapat mengulas panjang. Bagi yutaka rupa paras memainkan peranan juga. Tidak lah perlu terlalu cantik tetapi memadai lah cantik di mata kita. Kalau terlalu cantik, ramai anasir luar yang sibuk hendak merapati pasangan kita itu. Arwah ayah pernah berkata " wanita cantik memang selalu syaitan suka kacau ".

 KURANG BERHARTA ?

Perkara ini memang terjadi di masa ini. Ada sesetengah insan yang lebih mengutamakan harta berbanding yang lain. Biarlah sikap kurang molek, tetapi harta lebih dikejar.  Harta yang bagus adalah hati yang baik. Hati yang baik akan membawa kamu ke kehidupan yang bahagia. Insya Allah.




SEMBUNYIKAN KEJUJURAN


As Salam

Hari ini yutaka teringat kata-kata adik yutaka mengenai kejujuran. Kejujuran di dalam sesuatu perhubungan itu yang yutaka ingin bawakan pada post kali ini. Setiap perhubungan sangat memerlukan kejujuran. Tanpa kejujuran sesuatu perhubungan itu akan hancur sekelip mata. Tidak kira betapa lama sesuatu perhubungan itu berlangsung, tetapi jika tiada kejujuran perhubungan itu tidak mungkin kekal lama.

Menyembunyikan kejujuran adalah satu sikap menyembunyikan sesuatu tanpa pengetahuan pasangan. Ketidakjujuran ini merupakan satu virus. Makin lama disembunyikan, virus ini akan menjadi barah yang tiada ubatnya. Apabila rahsia ini terbongkar kepada pasangan, barah ini sukar disembuhkan. Jika tidak bernasib baik, sesuatu hubungan cinta yang suci akan musnah begitu sahaja.



Ada yang berkata, menyembunyikan untuk kebaikan. Atas alasan tidak mahu pasangan terluka. Tetapi adakah kita terfikir, luka di kemudian hari itu bagus? Luka di kemudian hari itu lagi pedih diterima. Luka sekarang lebih senang diubati berbanding dengan luka apabila rahsia terbocor. Jadi mana satu pilihan kita? Mahu jujur sentiasa atau mahu berahsia dengan pasangan kita.

 Kita hendaklah jujur terhadap cinta kita. Mana-mana yang bersangkut paut dengan anasir luar yang boleh menganggu gugat hubungan cinta hendaklah diberitahu kepada pasangan kita. Anasir luar ini adalah seperti ada insan yang lain cuba berkawan rapat dengan kita secara tiba-tiba. Lagi-lagi insan itu adalah insan yang lain jantina dengan kita. 



Selain itu juga, kita tidak perlu melayan mana-mana insan yang dok usha kita. Jujurlah dan setialah kepada cinta yang telah dibina. Mana-mana usaha melayan akan menyebabkan cinta kita dengan perlahan-lajhan menuju jalan penamat. Itulah yang cuba yutaka amalkan di dalam menjaga hubungan cinta yang suci. Biarlah datang berjuta insan yang cuba menawan hati, namun yutaka ambil pendekatan malas melayan. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

Kesimpulannya, jujurlah walaupun pahit. Ini kerana jujur dapat merukun kan sesuatu hubungan. Tanpa jujur dalam hubungan, hubungan itu akan hancur. Kepada insan yang sedang bercinta, elakkan berhubungan dengan bekas-bekas kekasih anda. Kerana tindakan itu merupakan jarum yang boleh merosakkan sesebuah perhubungan. 




Saturday, February 9, 2013

HIKMAH BICARA 1




SETIAP LELAKI AKAN SENTIASA BERKELIP MATANYA APABILA MELIHAT WANITA COMEL YANG SENTIASA MENUTUP AURAT. MARILAH KITA MENUTUP AURAT DAN URAT KITA. ANDA COMEL APABILA MENUTUP AURAT

PERKAHWINAN, SERI WAJAH DAN KERLING MATA

 As Salam

Apa khabar kalian? Hari ini yutaka ingin membawakan mengenai kisah rumah tangga. Mana datangnya perkataan rumahtangga ini? Menurut pemahaman rambang yutaka, rumahtangga bermakna setiap pasangan suami isteri ini diumpamakan sebuah rumah dan tangga itu bermakna setiap pasangan akan melalui suka duka bersama. Menaiki tangga kebahagiaan bersama setelah melalui liku-liku rumahtangga. 

 Mengikut pengalaman yutaka yang usia perkahwinan sekecil butir nasi ini, perkahwinan ini lain macam situasinya. Dulunya kita hidup seorang diri, merencana hidup sesuka hati dan tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Tetapi setelah menjadi ketua keluarga ini, yutaka perlu membuat segala keputusan dengan dibantu oleh nasihat puan isterinya. Keputusan yang dibuat perlulah mengambil kira hati puan isteri, famili dan famili sebelah isteri. 


Seri wajah orang yang berkahwin ini lain macam. Jika bujang dulu tidak ada siapa yang sudi pandang. Sekarang ini ramai orang cuba mengerling status yutaka. Nasib baik jari ini masih tersisa lagi inainya. Boleh menjadi saksi yang yutaka ini MARRIED AND NOT AVAILABLE. Bagaimana kalau sudah hilang kesan inainya? Itu tidak perlu gusar sangat kerana yutaka lebih suka mengambil pendekatan pandang sekali imbas dan tidak jatuh ke hati. Insya Allah. 

Jadinya yutaka sering mengingatkan isteri yutaka supaya memakai cincin perkahwinan kami berdua. Bukan apa, nanti tidak timbul fitnah. Rasanya setiap isteri WAJIB memakai cincin bagi menandakan mereka sudah bersuami. Jika tidak pakai, nanti si lelaki di luar sana menggatal untuk mengorat isteri orang lain. kenalan yutaka pernah mengalami situasi terngorat isteri orang (minta dijauhkan berlaku kepada kita semua) 

Sebenarnya hidup berumahtangga ini menjadikan kita lebih matang dan lebih berdikari. Jangan takut untuk hidup berumahtangga kerana pintu rezeki semakin terbuka apabila kita bernikah dan berkahwin. Harus diingat, rumahtangga tidak perlu dicemari dengan perhubungan gelap bekas kekasih dahulu. Biarlah kita menjalani kenangan manis dan pahit bersama pasangan yang halal. Abaikan bekas kekasih yang suka mengambil berat.(Bukan mengambil berat tetapi MENYIBUK). 


Friday, February 8, 2013

SETIA HUJUNG NYAWA



As Salam

Setia Hujung Nyawa merupakan kisah novel yang dibawa ke layar television. Begitu hebatnya penangan drama ini sehingga kan ramai yang kemaskini status berkenaan dengan drama ini di fb. Yutaka pada awalnya tidak mengikuti drama ini. Mungkin kerana masa tersebut yutaka sibuk dengan urusan peribadi.

Yutaka tabik spring kepada pelakon-pelakon nya yang berjaya menjiwai watak yang diamanahkan. Ada karakter yang sangat menyakitkan hati yang begitu terkesan di hati penonton. TAHNIAH kepada penulis novel nya FATIN NABILA. Maka nya, yutaka ingin membawakan kisah pengajaran di sebalik drama ini

PERLU BERTAUBAT

Apabila suami mengetahui isteri hamil anak luar nikah sebelum bernikah, pastinya hati suami akan remuk redam. Siapa pun lelai tidak mahu isterinya ditebuk tupai sebelum bernikah. Gejala "berkahwin" sebelum bernikah atau berzina di kalangan umat Islam amat membimbangkan. Mungkin kerana terikut hawa nafsu dan syaitan (pastinya memang kerjanya menyesatkan umat Islam)menyebabkan umat Islam semakin jauh dari agama Islam. Banyak implikasinya bagi yang berzina. Kepada yang sudah terjebak, segeralah bertaubat nasuha. Lepaskanlah nafsu itu kepada yang halal (berkahwin). Banyak pahalanya. Insya Allah.


JANGAN HUBUNGI BEKAS KEKASIH ANDA

Apabila sudah berkahwin, pastinya setiap pasangan suami isteri inginkan kebahagiaan. Salah satu nya adalah jangan hubungi bekas kekasih anda untuk mengemaskini keadaan rumahtangga anda. Apabila tindakan ini dibuat, pastinya syaitan akan terus menyucuk jarum kehancuran ke atas rumahtangga anda. Kenapa? Sebab apabila ada masalah, segala masalah akan dikongsi dengan bekas kekasih. Ditakuti hanya kerana masalah kecil, masalah akan bertambah besar dek kerana saranan jahat bekas kekasihnya.



MASALAH RUMAHTANGGA JANGAN DIHEBAHKAN

Setiap rumahtangga memang ada pasang surutnya. Ada yang bahagia ada yang terkecil hati dan ada yang merajuk. Memang tidak dapat dinafikan akan hakikat itu kerana rumahtangga dibina atas penyatuan dua insan. Masalah rumahtangga jika boleh diselesaikan, maka selesaikanlah secara bersemuka. Jika tidak tahan, berjumpa lah dengan orang yang betul-betul boleh menyelesaikan masalah itu. Tetapi jika boleh jangan lah dengan rakan sekerja kerana ditakuti akan tersebar seantero dunia. bahaya bukan? Lagi satu jangan berkongsi masalah dengan rakan berlainan jantina.


JANGAN JADI "SYAITAN"

Apabila kita mendengar masalah rumahtangga rakan. janganlah kita cuba memainkan peranan syaitan iaitu menghasut. Cuba bagi cadangan membina bagi menyelamatkan rumahtangga rakan itu. Hasutan boleh menyebabkan masalah semakin rumit dan akan menjadikan rumahtangga semakin bergoyang. Jika kita tidak ada idea, mintalah mereka pergi merujuk kepada pakar kaunseling.


Sekian untuk pengajaran. Di setiap yang berlaku adalah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar. Jangan hanya melihat dengan mata kosong.. lihatlah dengan mata hati. Insya Allah, moga kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat sana.

pada pendapat saya cerita ini : terbaik gred A