Konbanwa
Hari ini yutaka sangat gembira kerana yutaka sudah lulus ujian untuk membolehkan yutaka naik pangkat. Syukur sangat².. tidak sangka percubaan kali ketiga membuahkan hasil apabila semua ujian berjaya dilepasi. Terima Kasih Allah.
Selepas lulus ujian ini, yutaka boleh memohon jawatan yang lebih baik daripada sekarang. Jawatan sekarang bukan tidak bagus, tetapi yutaka mahu mempertingkatkan kerjaya yutaka sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun mempunyai sedikit kelayakan akademik seperti orang lain, yutaka belum punya rezeki untuk mendapat jawatan berdasarkan kelayakan yutaka sekarang ini.
Tetapi tidak mengapa, rezeki orang lain situasinya. Walaupun terpaksa bermula daripada bawah, yutaka tetap akan terus mempertingkatkan kerjaya yutaka. Usaha tangga kejayaan. Ada baiknya jika kita bermula daripada bawah sebelum menuju ke puncak kerjaya. Paling utamanya adalah kita akan lebih berpijak di bumi yang nyata di mana kita tidak akan sombong apabila menjadi bos di kemudian hari.
Insya Allah, rezeki ini tidak akan membuatkan yutaka menjadi sombong seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah orang. Yutaka akan cuba mengingatkan diri supaya tidak berjalan seperti merak yang terlalu bongkak dengan kemegahan bulunya yang berwarna warni. Apa guna sombong dengan kurniaan Allah yang sedikit, bukan? Biarlah yutaka mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Ya Allah, ini adalah rezekimu untuk ku. Moga aku boleh memanfaatkan rezeki mu ini untuk kesejahteraan diriku dan orang lain. Hindarkan aku dari sifat sombong, kerana aku hanya meminjam rezekimu ini buat seketika
No comments:
Post a Comment