Konbanwa
Baru-baru ini yutaka telah menghadiri majlis tadarus Al-Quran di sebuah rumah orang kenamaan. Yutaka tidak tahu apakah konsep tadarus itu. Makanya di sana yutaka telah sesat kumpulan tadarus. Kira masuk kumpulan yang lain. Yutaka seolah rusa masuk kampung, terpingga di dalam kumpulan tadarus itu. Tiba-tiba yutaka disuruh untuk membaca sepotong ayat Al-Quran.
Yutaka pun membacanya dengan terkedek-kedeknya. Semua telinga ahli kumpulan diam mendengarnya. Alahai.. kantoi la camni. Selepas yutaka membaca, giliran teman sebelah pula membacanya, tetapi dia tidak membacanya. Dia hanya berkata " takpelah, awak teruskan membaca " kepada rakan bersebelahan nya. Ini mesti kes buta jawi. Begitulah telahan yutaka.
Jadinya di sini yutaka bukan hendak komen mengenai butanya ilmu bacaan Al-Quran teman sebelah yutaka itu. Tetapi lebih kepada inisiatif kita untuk membuka, membaca dan memahami maksud wahyu Allah itu. Walaupun sesibuk mana sekalipun, kita tidak boleh membiarkan diri terlalu jauh dengan Al-Quran. Jika kita terlalu angkuh dengan wahyu Allah itu, maka susahlah kita di alam kematian nanti.
Jika tidak pandai membaca, carilah tok guru yang arif. Jangan terlalu mengejar hal duniawi sedangkan Al-Quran hanya diletakkan di dalam rak dalam keadaan berhabuk. Jika pandai membaca, carilah ruang untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran. Jangan biarkan diri terlalu jauh dengan Al-Quran.
No comments:
Post a Comment