Sunday, August 21, 2011

MALAS HENDAK LAYAN


Konbanwa

Tiba-tiba je kan tulis tajuk seperti itu. Tapi tu adalah ekspresi apabila yutaka teringatkan satu situasi ini. Di dalam berkawan perlu ada give n take. Di mana orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Kena tak eh? Kalau tak kena, buat-buatlah kena dengan tema give n take. hehe

Di dalam akaun facebook yutaka, yutaka ada beberapa rakan yang sangat sombong tahap gaban. Situasi di mana mereka sombong untuk membalas komen yutaka. Walaupun nampak remeh, tapi itu menandakan orang itu sangat sombong. Sekiranya lain-lain komen tidak dibalas, yutaka boleh la terima. Ini komen yutaka tak pernah di balasnya. BESAR SANGAT KE DARJAT orang itu? 

yutaka sangat senang dengan sikap Iesya Iesyatirradiah Sanny Toh, host RTM. semua komen dibalas walaupun orang itu hanya wat smiley sahaja.

Ada juga yang sombong bile yutaka tulis kat wall untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam bidang akedemik. Tak di balas pun walaupun hanya tulis 10Q. Dengan beranggapan dia sibuk, yutaka PM di dalam fb. tapi tetap sama, bolayan. Sedihnya diperlakukan sebegitu. Mungkin kerana DARJAT tak sama kot. Maklumlah yutaka ni tidak sukses seperti dia dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Apa pun yutaka gembira kerana mendapat pengalaman "DIHINA" seperti itu. Terima kasih Ya Allah.

Apabila diceritakan kepada adik yutaka yang terakhir, beliau berkata bahawa yutaka ni terlalu baik sampai dipijak-pijak berulangkali. Betulkah sebegitu? Bila fikir-fikir balik, bab dipijak berulangkali tu memang betul. Tapi psl terlalu baik tu, yutaka xmau komen. sebab ianya sangat subjektif. Pendekatan yang boleh yutaka ambil sekarang ini sangat mudah. MERAK YANG SOMBONG USAH DIPUJI DAN DIDEKATI. malas hendak layan walaupun ada tanda merak menjilat muntah sendiri (hendak mesra kembali).


ANAK YATIM ITU BERHAK


Konbanwa

Apa khabar semua? Hari ini hari ahad. Jika diikutkan perancangan, hari ahad adalah hari malas yutaka. hehe. Tapi biasanya hari Ahad adalah hari yang lebih sibuk daripada hari bekerja. huhu.. tak ada masa untuk rest.. Semalam ibu yutaka ada bertanya kepada yutaka mengenai derma di rumah berkat anak yatim. 

yutaka bertanya kembali kepada ibu yutaka mengenai lokasi rumah anak yatim. Ibu yutaka hanya memberikan nama jalan sahaja. Alamaks.. macam mana hendak pergi, kalau lokasi sebenar tidak diketahui. tidak semena-mena rasa bersalah menyelubungi diri ini. kerana apa? Kerana terasa diri ini terlalu leka dengan duniawi sehingga lupa akan kanak² yang lebih memerlukan. Kalau tanya mengenai pusat membeli belah, lokasinya sudah di BOOKMARK dalam minda ini. Tapi bila ditanya mengenai lokasi anak yatim.. minda ini tiba-tiba HANG. memang tak patut kan?


Untuk pengetahuan semua, sekiranya punya rezeki yang lebih, yutaka akan menyumbangkan sedikit sumbangan kepada anak yatim. Sumbangan ini bukan zakat tau. yutaka sudah bayarnya di awal Ramadhan. Cuma sumbangan derma ini adalah pengzahiran rasa syukur atas nikmat Allah yang telah diberikan kepada yutaka. Biarlah anak yatim merasai juga nikmat itu. Pada pendapat yutaka, mereka berhak untuk bergembira di hari raya. Bukankah SHARING IS CARING? hehe

Berbalik kepada tak tahu jalan itu, yutaka sangat berasa insaf. Sepatutnya kita sebagai manusia yang diberikan kemampuan hendaklah mengingati lokasi atau tempat di mana kanak-kanak yatim itu berada. Sekurang-kurangnya kita boleh menginsafi bahawa sesusah mana pun kita, masih ada lagi insan yang lebih susah daripada kita . Peace No War.


Thursday, August 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADIK



Konbanwa

hari ini adalah hari kelahiran adik perempuan yutaka. beliau adalah satu-satunya adik perempuan yang disayangi oleh yutaka dan keluarga. Walaupun beliau sangat jauh di mata, namun yutaka sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau itu.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Doa yutaka :

a) agar beliau dirahmati oleh Allah selamanya
b) agar menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan ibu sentiasa
c) agar mendapat suami yang soleh dan bertanggungjawab
d) agar tidak sombong dengan segala rezeki Allah di masa hadapan
e) agar beliau tidak memandang rendah kepada setiap umat manusia 
f) agar beliau dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlak.


Saturday, August 13, 2011

KESEMPURNAAN ITU BUKAN KU KEJARKAN


Konbanwa

Sementara menunggu masa untuk membantu ibu di ruangan dapur, sempat juga menulis blog ini. Hehe.. untuk membawakan satu penceritaan yang boleh dikongsi bersama bersama rakan blogger sekalian. Hari ini yutaka mahu bercerita mengenai kesempurnaan di dalam memilih jodoh.

Memang tidak ada semua manusia itu sempurna. Masing-masing ada kekurangan dan kelemahan yang telah diciptakan untuk kita. Sebab apa? Sebab takut manusia akan bongkak apabila merasai dirinya sempurna. Manusia kan memang cepat lupa. So itulah hikmah yang yutaka dapat mengenai ketaksempurnaan manusia.


Di dalam memilih jodoh, ramai yang mengatakan kepada yutaka mengenai sikap memilih yutaka di dalam memilih jodoh. Yutaka memang memilih. Memilih yutaka bukan kerana mengejar kesempurnaan tetapi mencari seorang insan bergelar isteri yang boleh menyempurnakan hidup yutaka. Yutaka tidak kejar kesempurnaan kerana wanita yang hampir sempurna biasanya terlalu ego untuk ditegur.

Cukuplah sekadar sederhana dari segi rupa paras (sedap mata memandang), dan tinggi budi pekertinya, Perkara lain biarlah yutaka cuba untuk melengkapkannya. Bukankah hidup sebagai suami isteri adalah lengkap melengkapi. tetapi jika mendapat lebih daripada itu, yutaka hanya bisa mengungkap syukur kepadaNya. Rezeki Allah biasanya sukar diduga.



Friday, August 12, 2011

AL-QURAN DAN KITA




Konbanwa

Baru-baru ini yutaka telah menghadiri majlis tadarus Al-Quran di sebuah rumah orang kenamaan. Yutaka tidak tahu apakah konsep tadarus itu. Makanya di sana yutaka telah sesat kumpulan tadarus. Kira masuk kumpulan yang lain. Yutaka seolah rusa masuk kampung, terpingga di dalam kumpulan tadarus itu. Tiba-tiba yutaka disuruh untuk membaca sepotong ayat Al-Quran. 

Yutaka pun membacanya dengan terkedek-kedeknya. Semua telinga ahli kumpulan diam mendengarnya. Alahai.. kantoi la camni. Selepas yutaka membaca, giliran teman sebelah pula membacanya, tetapi dia tidak membacanya. Dia hanya berkata " takpelah, awak teruskan membaca " kepada rakan bersebelahan nya. Ini mesti kes buta jawi. Begitulah telahan yutaka.

Jadinya di sini yutaka bukan hendak komen mengenai butanya ilmu bacaan Al-Quran teman sebelah yutaka itu.  Tetapi lebih kepada inisiatif kita untuk membuka, membaca dan memahami maksud wahyu Allah itu. Walaupun sesibuk mana sekalipun, kita tidak boleh membiarkan diri terlalu jauh dengan Al-Quran. Jika kita terlalu angkuh dengan wahyu Allah itu, maka susahlah kita di alam kematian nanti.

Jika tidak pandai membaca, carilah tok guru yang arif. Jangan terlalu mengejar hal duniawi sedangkan Al-Quran hanya diletakkan di dalam rak dalam keadaan berhabuk. Jika pandai membaca, carilah ruang untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran. Jangan biarkan diri terlalu jauh dengan Al-Quran. 



Tuesday, August 9, 2011

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA


Konbanwa..

Sebenarnya yutaka baru sahaja berborak dengan seorang guru. Terharu rasanya apabila mendengarkan katanya. bila melihatkan gaya hidupnya, yutaka rasanya sungguh cemburu. Untuk pengetahuan pembaca, yutaka pernah memohon menjadi seorang guru melalui KPLI, tetapi belum ada rezeki lagi. Tidak mengapalah, yang penting cuba mengambil peperiksaan walaupun kandas sebanyak 3 kali. 

Di sini yutaka mencoretkan apa yang diperkatakan oleh guru itu kepada yutaka ye.. walaupun tidak sama, tetapi hampir serupa. Salah silap mohon diampun ye..


Sebenarnya saya sangat seronok menjadi seorang guru. Bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya melangkah masuk ke dunia Institut Perguruan. Walaupun hati berbelah bagi untuk meneruskan pengajian di matrikulasi, namun profesion guru tetap di hati

Semua orang pening kepala hendak mencari sumber kewangan untuk menampung pengajian, tetapi saya beruntung kerana mendapat elaun setiap bulan. Free aja, tak perlu bayar balik. Untung bukan. Terima kasih kepada kerajaan yang memerintah. Pusat pengajian pula bagus, lengkap infrastruktur nya. Jadi kerja saya adalah belajar untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Itulah balasan saya di atas kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.

 Setelah tamat pengajian, terus dapat kerja sebagai seorang guru. Senangnya hidup saya. Siap boleh pilih lokasi untuk mengajar lagi. Memang sangat-sangat bersyukur atas kemudahan yang diberikan oleh kerajaan untuk bakal-bakal guru seperti saya. Sudah dapat kerja, gaji pula lebih besar daripada pegawai tadbir gred N41. tersenyum lebar saya melihatkan slip gaji pertama.

Gaji dah besar, lokasi pula kebetulan dekat dengan kampung halaman. So apa yang boleh saya berikan untuk kerajaan di atas segala kemudahan yang diberikan kepada saya? Semestinya saya akan mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh. Saya tidak ada apa yang perlu disoalkan mengenai apa yang kerajaan boleh berikan kepada saya.

Baru-baru ini, kerajaan bagi lagi bonus setengah bulan gaji tuk persiapan raya. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Perdana Menteri dan kerajaan yang memerintah. satu hal yang pasti, kerja saya adalah mendidik. soal politik, tidak masuk dalam minda ini. Saya bukan seorang ahli politik untuk berdebat, saya hanyalah seorang pendidik untuk anak bangsa Malaysia. 


Monday, August 8, 2011

LULUS PEPERIKSAAN NAIK PANGKAT..


Konbanwa

Hari ini yutaka sangat gembira kerana yutaka sudah lulus ujian untuk membolehkan yutaka naik pangkat. Syukur sangat².. tidak sangka percubaan kali ketiga membuahkan hasil apabila semua ujian berjaya dilepasi. Terima Kasih Allah.

Selepas lulus ujian ini, yutaka boleh memohon jawatan yang lebih baik daripada sekarang. Jawatan sekarang bukan tidak  bagus, tetapi yutaka mahu mempertingkatkan kerjaya yutaka sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun mempunyai sedikit kelayakan akademik seperti orang lain, yutaka belum punya rezeki untuk mendapat jawatan berdasarkan kelayakan yutaka sekarang ini.


Tetapi tidak mengapa, rezeki orang lain situasinya. Walaupun terpaksa bermula daripada bawah, yutaka tetap akan terus mempertingkatkan kerjaya yutaka. Usaha tangga kejayaan. Ada baiknya jika kita bermula daripada bawah sebelum menuju ke puncak kerjaya. Paling utamanya adalah kita akan lebih berpijak di bumi yang nyata di mana kita tidak akan sombong apabila menjadi bos di kemudian hari.

Insya Allah, rezeki ini tidak akan membuatkan yutaka menjadi sombong seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah orang. Yutaka akan cuba mengingatkan diri supaya tidak berjalan seperti merak yang terlalu bongkak dengan kemegahan bulunya yang berwarna warni. Apa guna sombong dengan kurniaan Allah yang sedikit, bukan? Biarlah yutaka mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Ya Allah, ini adalah rezekimu untuk ku. Moga aku boleh memanfaatkan rezeki mu ini untuk kesejahteraan diriku dan orang lain. Hindarkan aku dari sifat sombong, kerana aku hanya meminjam rezekimu ini buat seketika


Saturday, August 6, 2011

MENANG MEMBELI MENANG MEMAKAINYA


Konbanwa

Lama tidak kemaskini blog kan. Hehe.. Sekarang sudah masuk bulan berpuasa bagi sesiapa yang beragama Islam dan Muslim. Muslim bermakna seorang yang beragama Islam yang mengamalkan segala ajaran Islam. Apabila sampai bulan Syawal, ramai yang "gila" membeli belah. Semua hendak dibelinya menjelang bulan Syawal.

Apabila ada yang bertanya kepada yutaka mengenai baju raya, yutaka hanya tersenyum sahaja. Menjawab ringkas di mana yutaka tidak membeli belah. Pakai apa adanya. Baju yang sedia ada masih boleh digunakan lagi, makanya tidak perlu membazir membeli yang baru. Jika diikutkan kata nafsu, maunya yutaka hendak membeli segudang butik, tapi kesederhaan itu cuba diamalkan.


Bercerita mengenai membeli belah, yutaka cerewet orangnya di dalam membeli sesuatu barangan. konsep menang membeli dan menang memakainya diamalkan setiap kali yutaka berbelanja untuk diri ini. Jika yutaka masuk ke dalam butik yang ada jenama, yutaka perhatikan dahulu t shirtnya dahulu. kebanyakkan corak t shirt semuanya tidak cantik, tapi harganya mahal.

Buang duit je membeli corak yang tidak menarik tetapi mahal. biar nampak murah tapi bile memakainya nampak mahal. baru orang akan berkata " mesti mahal ni ". lagi satu, konsep unik, menarik dan murah menjadi pilihan yutaka. Tapi yutaka kena hati² sebab kadangkala unik ni membuatkan orang akan mencaci apabila melihatnya. biasalah manusia, lebih suka mencaci daripada menghayati, kan?  

Tapi itu diri yutaka. Terpulanglah kepada anda semua. Anda berhak untuk menentukan ke mana arah duitnya hendak dikeluarkan. yang penting jangan membazir di dalam berbelanja. Membazir amalan syaitan. Syaitan kena gari semasa bulan puasa, tapi nafsu tidak. Renung-renungkan lah ye..