Wednesday, March 6, 2013

Tahajjud Arwah Abah




As Salam

Mood sedih melingkari jiwa. Yutaka cuba menahan air mata daripada menitis namun yutaka gagal berbuat demikian. Begitulah emosinya di saat yutaka sangat merindukan belaian seorang ayah yang tidak akan yutaka perolehi lagi. Yutaka sangat merindukan arwah ayah yutaka di saat blog ini ditulis.

Apabila mengenangkan kembali saat bersama arwah, pastinya secara automatiknya, air mata ini akan menerpa pipi yutaka. habis lencun tisu dikesat tanda sedih. Selalu yutaka berpesan dengan rakan yutaka, hargailah ibu bapa mereka selagi punya kesempatan. Pastinya yutaka cemburu apabila melihatkan rakan lain boleh bergelak ria dengan ayah mereka.

 Dugaan ini lebih hebat daripada dugaan ditinggalkan kekasih atau gagal dalam peperiksaan. Setakat ditinggalkan oleh kekasih hati atau dikecewakan cinta, rasanya yutaka boleh hadapinya dengan manisnya senyuman. Atau mungkin gagal dalam peperiksaan percubaan Matematik Tambahan SPM, bisa diatur sahaja emosinya.



Walaupun sesingkat ini belaian sang ayah kepada yutaka, yutaka tetap bersyukur. Bersyukur kerana berjaya mendapat segulung ijazah dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Yang penting yutaka akan cuba mengamalkan segala nasihat dan amal yang pernah dilakukan oleh arwah ayah sepanjang hidupnya dahulu. Paling ditekankan adalah mengamalkan solat tahajjud. Kerana dahulunya yutaka sanggup bersengkang mata untuk menonton bola sepak di ASTRO.

Perbuatan bersengkang mata untuk menonton bola sepak sudah tidak dilakukan lagi kerana esok pasti yutaka mengantuk "tak hingat" (sangat²). Tetapi amalan berjaga pagi untuk bersolat tahajjud belum mampu dilakukan setakat ini. Banyak kelebihan bersolat tahajjud ni. Antaranya adalah doa dimakbulkan oleh Allah, mencegah dosa dan menghindari penyakit dan memperolehi hati yang tenang.

Moga pengamalan solat sunat tahajjud yutaka ini dapat membantu arwah ayah di sana. Terima kasih atas pengajaran ilmu yang bermanfaat ini. Yutaka akan cuba mengamalkan solat sunat tahajjud di usia muda hingga ke akhir hayat. Kepada pembaca², bolehlah mencuba amalan solat tahajjud ini. Kerana banyak ganjaran berbentuk material dan non material bakal dikurniakan oleh Allah untuk hambaNya. Insya Allah.

No comments: