Monday, March 18, 2013

Beli Dan Di Tipu



As Salam

Minggu lepas, yutaka ada membaca keluhan seorang pengguna yang mendakwa dirinya ditipu semasa membeli belah di salah sebuah hypermarket. Ceritanya bermula apabila dia membeli minuman yang ada diskaun. Harga diskaun di dalam RM 10.00 untuk dua botol. Tetapi apabila memeriksa resit harganya di dalam RM 6.00 ++ untuk sebotol.

Kekeliruan berkenaan harga di antara harga promosi dengan harga mesin kaunter kadangkala terjadi. Ada dua kemungkinan yang berlaku iaitu pembeli tertipu dengan harga promosi yang sebenarnya tidak ada promosi ataupun harga barangan tidak dikemaskini di mesin pembayaran. Adakah senang pembeli tertipu dengan harga promosi?

Sebenarnya kita sebagai pengguna malas untuk :

a) scan harga sebenar sesuatu barangan 
b) memeriksa harga yang di scan oleh teller di kaunter
c) memeriksa resit pembayaran selepas membayar di kaunter
d) membandingkan harga barangan di dua tiga tempat yang berlainan


Apabila kita membeli barangan, kadangkala kita tidak tahu harga sebenar sesuatu barangan. Ini kerana pihak hypermarket gagal menunjukkan harga sebenar sesuatu barangan. Sesungguhnya kegagalan menunjukkan harga barangan boleh diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Kita juga sebagai pengguna sering tertipu dengan kata-kata harga. Sebagai contoh :

2 span diletakkan sekali. Tetapi ditulis RM 3.00 each. 

Perkataan RM 3.00 dibesarkan tetapi perkataan each ditulis kecil. Nampak tidak permainan "kotor" peniaga di situ. Jika kita tidak perasan, kita mungkin mengganggap harga nya RM 3.00. Sebenarnya harga nya adalah RM 6.00. Begitu senang kan kita ditipu oleh peniaga, bukan? Peniaga semakin beruntung kerana ketidak awasan kita terhadap taktik kotor mereka.


Lain hal nya kita tidak awas mengenai taktik scan banyak kali untuk setiap barangan. Sebagai contoh scan dua kali untuk satu barangan. Mungkin kita kurang perasan taktik teller ini disebabkan mereka melakukan scan barangan dengan lajunya. Selepas itu kita pun membayar tanpa memeriksa kembali resit pembayaran tersebut. Scan dua kali ini mungkin disengajakan atau tidak disengajakan.

Perbandingan harga barangan di beberapa tempat berlainan memakan masa dan membazir. Ini terpulang kepada individu. Ada yang kata duit minyak ke sana ke mari lebih banyak daripada perbezaan harga RM 1.00 atau RM 2.00. Ini kerana setiap pasaraya mempunyai harga yang murah dan mahal. Terpulang kepada kita untuk membelinya.

Jadi sebagai pengguna, adakah kita mahu ditipu hidup-hidup oleh peniaga? Jangan jadi pengguna yang sering ditindas oleh peniaga. Seeloknya kita jadilah pengguna yang bijak. Awasilah taktik kotor peniaga yang sering memerangkap kita. Sebagai pengguna, kita ada hak untuk memilih dan menentukan ke mana hala tuju perbelanjaan kita.


No comments: