As Salam
Tempat bercuti mana yang paling menarik? Eiffel Tower, Paris? Taj Mahal, Agra India? The Coliseum, Rome Italy? The Great Wall of China, Badaling area, China? Ramai orang yang berduit lebih suka bercuti seperti di atas. Atas alasan cantik pemandangan nya. Memang cantik ciptaan manusia di sana. Bagaimana dengan Mekkah? Adakah Mekkah masuk dalam senarai percutian?
Apabila bercerita mengenai Mekkah, ramai yang berkira-kira untuk menziarahi dan beramal di sana. Mungkin pada pandangan mereka, bercuti untuk bersenang lenang, bukan untuk bersusah-susah. Ziarah ke Mekkah diiringi dengan ibadah umrah. Melakukan perkara rukun dan wajib umrah bukan perkara mudah tetapi tidaklah menyusahkan.
Jika ada kelapangan rezeki, pergilah umrah di Mekkah. Di sana kamu akan beroleh satu ketenangan jiwa yang terbaik berbanding kamu melancong di tempat lain. Jika ada suara-suara yang cuba menakutkan kamu, tutuplah telinga dan hati kamu untuk mendengarnya. Kerana sesungguhnya itu bisikan syaitan yang mahukan kamu terus bersuka-suka dengan nikmat dunia tanpa memikirkan alam akhirat.
Kebanyakkan responden yang yutaka temui, mereka akan berkata mereka rindu akan Kaabah. Kenapa banyak-banyak tempat yang pernah di lawati, Kaabah adalah tempat yang paling dirindui untuk dilawati berulang kali? Jawapannya hanya ada pada mereka yang pernah mengerjakan umrah di Mekkah. Pada pendapat yutaka, mungkin di sana hati mereka tenang.
Tetapi perlu diingatkan di sini, jika kalian ingin pergi mengerjakan umrah di Mekkah, kalian hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Jangan pergi dengan dada yang kosong dan pemikiran yang jumud. Jangan bergantung harap dan mengikut orang semata-mata. Kerana manusia itu lemah, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dengan ilmu, kita akan merasa senang untuk beribadat.
Jika kalian perhatikan di antara gambar Eiffel Tower dan Kaabah, mana satu gambar yang tenang apabila dilihat? Semestinya adalah Kaabah. Mengikut pembacaan yutaka, kita mendapat pahala dengan melihat Kaabah. Tidakkah kalian berfikir, bahawa Kaabah itu begitu istimewa untuk diziarahi? Sesungguhnya gambar Kaabah di atas merupakan gambar wallpaper komputer yutaka. Melihatnya mendapat pahala, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment