As Salam
1. Wah wah .. sehari satu post dia tulis. Bila idea datang mencurah-curah, macam tu la gayanya. Semalam merupakan hari penentuan bagi pelajar SPM. Ke mana arah tuju mereka selepas keluar keputusan ini? Sambung belajar atau terus bekerja mencari rezeki? Bila sambung belajar, kena fikir hendak belajar di mana dan ambil jurusan apa.
2. Sekarang ini ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang. Jarang yutaka mendengar pelajar mendapat keputusan cukup cukup makan. Adakah pelajar sekarang sudah semakin pandai? Atau adakah soalan peperiksaan sekarang makin mudah berbanding dahulu? Yutaka merasakan memang sekarang ini, ramai pelajar yang cemerlang dari segi pelajaran. Tahniah !!!.
3. Bercerita mengenai kemampuan minda anak-anak, tidak semua yang dikurniakan akal yang sememangnya bijak pandai. Sememangnya manusia ini tergolong kepada bijak dan kurang bijak. Manusia tidak bodoh kerana manusia mempunyai akal untuk belajar. Tetapi sebijak mana pun manusia itu, kalau tidak berusaha memang tidak ke mana.
4. Bagaimana nasib bagi anak-anak yang kurang bijak di dalam pelajaran? Adakah mereka akan terus hanyut tanpa masa depan? Anak-anak sememangnya cepat mengalah sekiranya dia tahu dia tidak
mempunyai akal yang bijak atau mungkin mengambil masa yang lama untuk
cuba menangkap ilmu yang diajar oleh guru. Ibu bapa seharusnya perlu memberi galakkan kepada anak-anaknya di dalam menuntut ilmu.
5. Mengambil contoh kehidupan yutaka semasa zaman sekolah dahulu. Yutaka sememangnya tidak begitu cerdik di dalam soal ilmu kira-kira. Yutaka pernah disindir oleh pengetua sekolah di hadapan pelajar kelas yutaka. Begini lah sindiran nya
" Kenapa orang lain dapat A dalam Matematik, tapi awak tidak dapat A?,"
walaupun kedengaran seperti biasa, tetapi apabila di cakap di khalayak ramai, sedikit sebanyak jatuh air muka yutaka ini. Malu sebenarnya apabila dikata seperti itu. Semenjak daripada itu, yutaka tekad di dalam hati yang SPM nanti akan menjanjikan A+ di dalam subjek Matematik. Syukur kepadaNya, yutaka dapat A+ di dalam Matematik.
6. Di sini yutaka ingin simpulkan bahawa tidak cerdik tidak semestinya tidak boleh berjaya. Walaupun yutaka tidak berjaya di dalam PMR, namun yutaka pergiatkan usaha untuk berjaya juga. Yang penting, ada iltizam, usaha, berdoa dan bertawakal. Jangan biarkan kekurangan itu membuatkan kita tidak ada masa depan, namun berusahalah mencapainya selagi termampu.

No comments:
Post a Comment