Wednesday, February 22, 2012

SEMPATKAH YUTAKA TUA?



Konbanwa

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai keinsafan yutaka setelah melalui suatu peristiwa. Yutaka baru-baru ini ada menemani ibu yutaka ke kursus Haji di masjid yang berdekatan. Di dalam masjid yutaka perhatikan ramai peserta kursus terdiri daripada golongan emas. Kelihatan tenang wajah-wajah mereka seoalah segala permasalahan hidup tidak ada

Sungguh tenang hati yutaka melihatkan wajah-wajah bersih dan tenang mereka. Terdetik seketika, adakah yutaka bisa panjang umur seperti mereka? Panjang umur menjalani hidup rumahtangga, mempunyai isteri solehah dan dikurniakan anak-anak soleh, dan mempunyai kerja yang menjamin kehidupan. Jika dipanjangkan umur, yutaka harap yutaka waras dan beriman kepadaNya.

Tidak semua manusia mempunyai umur yang panjang. Nasib manusia itu berlainan dan manusia tidak boleh menjangka jangka hayat hidup mereka. Jika semasa hayat kita, kita sempat beramal maka senanglah kita semasa di akhirat nanti. Jika dipanjangkan umur, maka bolehlah kita beramal selagi terdaya. Kerana kita sebagai manusia mempunyai nafsu keduniaan yang membara. 

Yutaka berdoa agar Allah akan memanjangkan umur yutaka untuk beribadat kepadaNya. Selain beribadat kepadaNya, yutaka harap yutaka dapat berbakti kepada ibu yutaka dan membahagiakan beliau. Selain itu, yutaka ingin berbuat baik kepada rakan-rakan yutaka dan orang lain. Mungkin dengan berbuat baik itu, yutaka akan dapat pahala berpanjangan. amin3x 


KALI KETIGA .. TIDAK MUNGKIN



Bila dirinya di sisi kamu,
sering kali buta mata mu,
bila dirinya jauh dari kalbu
terasa kehilangan jejaknya beribu

kamu datang kembali merayu
lafaz maaf tak lekang di bibir manismu
mohon agar dimaafkan kesalahan lalu
diterimanya kembali kamu disisi seperti dahulu

apabila percaya insafmu buat selamanya
diberikan kamu peluang kedua
tetapi bila diberikan seluruh percaya 
kamu khianati dirinya dengan dusta kedua

tak mungkin kali ketiga atau ke sejuta
kamu tidak bisa jejaki kemaafan dirinya
cukuplah dua kali sakitnya dipinggirkan si jiwa
kerana kamu pengkhianat percaya


Thursday, February 16, 2012

BILA STRESS .. SAPA YANG JADI MANGSA?


Konbanwa

Stress atau tekanan adalah suatu yang boleh menyebabkan manusia hilang kawalan. Stress akan menyebabkan hormon-hormon kita menjadi tidak stabil. Di dalam keadaan stress kita akan lebih cenderung untuk memarahi orang lain dan juga menangis seorang diri. Tetapi adakah stress ini tidak bagus untuk kehidupan kita? Tidak semua stress itu boleh mengakibatkan negatif kerana ada juga positif yang diperolehi melalui stress ini.


Kita tidak lepas daripada menghadapi stress di dalam hidup. Stress untuk belajar, stress apabila cinta dulu tidak kesampaian, stress sebab kerja dan stress untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Apabila seseorang menginjak dewasa, stress yang selalu singgah dalam hidup adalah stress kerja dan stress dengan sikap rakan sekerja yang menjengkelkan.




Stress kerja ini lebih kepada perlakuan bos memarahi kita atas sebab kerja. Ditekannya kita sehingga menyebabkan hilang mood kita. Bagaimana sekiranya kita tidak bisa mengawal kemarahan akibat tertekan? Adakah kita akan melempiaskan amarah kita kepada orang sekeliling @ anak² @ isteri @ adik beradik? Tidakkah kita berasa sangat tidak adil sekiranya kita melempiaskan amarah kita pada orang yang kita sayang?


Walaupun sedih kerana dimarahi tetapi kita boleh mengambil satu langkah positif iaitu cuba tersenyum selebarnya bagi mengurangkan kesedihan dimarahi. Lagi satu teknik adalah dengan mengingati orang yang kita sayang. Insya Allah, ianya berkesan. Dekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya. Doa moga diberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita.





Wednesday, February 15, 2012

AWI RAFAEL - BILA AKU JATUH CINTA



BILA AKU JATUH CINTA

Bisakah ku tanpamu
Bilakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu

Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah
Hanya untukmu

Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu...

Bila aku jatuh cinta...
Kan ku sebut namamu akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah...

Bila aku jatuh cinta...
Kan ku doakan kamu menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah...


Tuesday, February 14, 2012

APABILA ORANG LAMA SAKIT HATI



Konbanwa

As salam semua. Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai situasi apabila orang lama sakit hati. Baru-baru ini, sektor kerajaan telah diberikan opsyen SBPA. salah satu opsyen nya adalah mengenai umur persaraan yang dipanjangkan sehingga berumur 60 tahun. orang yang baru bekerja tidak mengambil masa yang panjang untuk menandatangani persetujuan dengan umur persaraan yang baru. Tetapi tidak pula bagi orang yang sudah lama bekerja

Apabila ditanya mengenai sebab orang lama tidak menyambung umur persaraan, alasan nya adalah sudah penat. Bukan penat kerja.. tetapi penat melayan karenah orang muda yang begitu menjengkelkan. Orang muda seakan tidak hormat akan orang lama di mana bagi mereka orang lama tidak boleh buat kerja seperti mereka. Yang paling sedih adalah apabila orang muda sanggup sabotaj orang lama semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Sebagai orang baru, seharusnyalah menghormati orang lama. Anggaplah mereka seperti orang tua kita. Kita pun tidak mahu sekiranya perkara yang sama berlaku kepada orang tua kita. Jika ada kesalahan kerja yang perlu ditegur, tegurlah secara baik. Tidak perlulah menengking². memarahi di depan orang ramai, dan memalukan mereka. Mereka ada hati dan perasaan yang perlu dijagai.

Berbuatlah baik kepada orang lama². kerana suatu hari kita pon akan melalui proses penuaan juga. Hormatilah mereka kerana mereka berhak untuk dihormati. Jangan salahkan takdir sekiranya di hari tua nanti, kita tidak diumpamakan di kalangan orang muda. Dunia ini berputar, hari ini kamu di atas esok hari kamu di bawah. ikhlaskan hati kamu, insya Allah hidup kamu diberkati. amin3x



Monday, February 13, 2012

BERTUNANG BANYAK DUGAAN NYA



Konbanwa

Bertunang sebelum berkahwin adalah senario biasa. tetapi tidak bertunang dan terus berkahwin jarang-jarang kita mendengar di kebiasaan norma kehidupan masyarakat Malaysia. Tetapi seronok kah bertunang? Tidakkah kita takut sekiranya terputus tali pertunanga itu? Sebab itu orang selalu berkata " jangan tunang lama-lama ". Mungkin ini lah sebabnya, iaitu terputus di tengah jalan.

Rakan yutaka ada mengatakan bahawa bertunang dulu baru berkahwin. Soal dugaan itu, tolak tepi. Kerana dugaan itu adalah satu cabaran yang seronok dihadapi. Kalau ianya berakhir dengan perkahwinan, memanglah seronok, tetapi jika berakhir dengan perpisahan. Tidakkah ianya sungguh menyakitkan hati. Rakan yutaka ramai yang putus sekerat jalan. Bila melihatkan itu, yutaka seakan fobia sekali


Penat sungguh hendak memulakan kembali sebuah hubungan cinta yang baru sekiranya tali pertunangan sudah terputus. Hendak mencari keserasian jiwa, dan mencari keberkatan daripada ibu bapa dan keluarga. Kerana jika kita berkahwin dengan seseorang itu, kita hendaklah "berkahwin" sekali dengan keluarga pasangan kita itu. Barulah aman rumahtangga yang akan dibina.

Tidak semua yang berjaya mengharungi gelora pertunangan ini. Yang paling biasa adalah apabila pasangan buat perangai. Ada yang diduga dengan pihak ketiga, dan ada yang diduga dengan perasaan sendiri seperti bosan dan muak terhadap pasangan yang bakal dinikahinya. Sebab² sampingan seperti campurtangan pelbagai pihak yang bisa juga meruntuhkan sebuah impian berumahtangga itu.

Bukan senang kan hendak bertunang dan menghadapi gelora alam pertunangan. Jika tidak yakin, nikah sahaja. cepat dapat pahala kerana

Saat akad nikah~dapat PAHALA !
Suami peluk isteri~dapat PAHALA !
Cium isteri~dapat PAHALA !
Renung isteri~dapat PAHALA !
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA !
Suami bernafsu tengok isteri~PAHALA !
Suami pegang isteri ~PAHALA !
Suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA !
Suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH
kali kuasa dua PAHALA ! (nak Khabar bnyaknya pahala)
Suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA !
Suami setubuh isteri~PAHALA !
Main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA !
Mandi bersama-sama dengan isteri~PAHALA !



BLOG INI SEMAKIN MATANG


Konbanwa

As salam. Hari ini segaja yutaka membawakan tajuk  yang seakan memuji diri sendiri. Tetapi bukan puji kosong ya.. itulah kata-kata seorang wanita yang sangat comel. Dikomentar nya mengenai blog yutaka sejak entri dari dulu sampailah entri yang terkini. Terharu rasanya atas segala komentar positif beliau

Teringat dahulu, waktu mula-mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog. yutaka mulakan dengan entri Hye semakin permulaan perkenalan. kemudian diikuti dengan penulisan-penulisan berbentuk puisi. Banyak penggunaan kaler yang seakan begitu pening dibaca. dan penggunaan gambar yang tidak begitu menarik untuk setiap entri.


Belajar dari kesilapan, yutaka melangkah dengan gaya penulisan yang lebih matang sedikit dan diikuti dengan penggunaan kaler dan gambar yang lebih sesuai. Mulanya, blog yutaka ini didasari dengan luahan hati yang bila dibaca kembali agak kelakar bunyinya. kemudian nya, yutaka beralih kepada perkongsian pendapat yang bisa kita pelajari bersama-sama.

yutaka masih mengekalkan konsep tidak terlalu mahu menonjolkan diri, kerana yutaka rasa jalan cerita yang hendak disampaikan lebih penting daripada penonjolan diri. Lagipula, blog mengenai diri sendiri ini terlalu banyak di laman sawang internet. Blog perkongsian cerita tidak banyak, mungkin kerana pembaca blog di luar sana lebih gemarkan sesuatu hiburan berbanding dengan fakta dan pandangan.


Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kepada yang telah komen, yutaka hargainya. Sejahtera atas pembaca sekalian. Terima Kasih atas kesudian kalian untuk singgah dan membaca blog ini. 

MULA HINGGA AKHIR




dimulakan dengan cinta SEPENUH HATI,  dipanjatkan kesyukuran atas KURNIA Illahi. bila berjauhan OMBAK RINDU terasa, langkahinya dengan ucapan KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH sahaja. cintaku ikhlas kerana kamulah PENGHUJUNG CINTAKU selamanya.


Saturday, February 11, 2012

KAU SINAR HIDUPKU



Konbanwa

As salam semua. Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai lupakan yang lama, bina kehidupan yang baru bersama orang yang lebih menyintai kita. Sebenarnya tanpa kita sedari, ada di antara kita yang selalu terikat dengan kenangan cinta silam mereka. Seolah tidak bisa menerima yang cinta lama mereka sudah mempunyai kehidupan yang lain.

Selalunya orang akan berkata, boleh kah kita melupakan kenangan cinta silam? Seolah ada punat "HAPUS" di dalam hati kita yang bisa kita tekan bila-bila masa. Namun, malangnya tidak ada punat itu di dalam hati kita. Tetapi Allah itu Maha Adil, diciptakan ubat lain untuk merawat kesedihan cinta tidak kesampaian.Ubat itu adalah  menemukan kita dengan cinta yang tulus supaya kita tidak lagi terikat akan masa lampau


Di dalam tema filem Azura " Kau Sinar Hidupku " dapat digambarkan mengenai betapa magisnya kuasa cinta yang ikhlas bisa merawat luka lama. Cinta lama yang diklasifikasikan sebagai cinta tidak kesampaian itu akan terhapus dengan sendirinya apabila ada insan yang bisa menyintai kita sepenuh hati. Jadi kepada yang masih bersedih apabila terputusnya cinta, marilah kita bersama-sama berdoa agar kita bisa menemui magis cinta itu.

Yutaka sangat bersyukur kerana yutaka telah dikurniakan dengan wanita penyinar hidup yutaka. Dirinya insan comel dan beliau wanita luar biasa. Bagi yutaka insan yang sempurna adalah insan yang boleh memberikan cinta sejati kepada insan yang menyayangi dirinya. Jadilah insan yang bisa menghargai cinta dan menjadi sederhana dalam segala hal. kesederhanaan itu bisa menyempurnakan hidup pasangan masing-masing.


ku rindu dia ku cinta dia sepenuh hati

Tuesday, February 7, 2012

CURANG CURANG CURANG


Konbanwa

As salam semua. Kali ini yutaka sengaja membawakan tajuk yang berat sekali. Hurm.. curang seringkali dikaitkan dengan sesuatu jantina. Ada yang mengatakan lelaki suka curang tetapi ada yang mengatakan perempuan pun tidak kurang hebatnya. Soal jantina adalah terlalu subjektif untuk menentukan kesilapan siapa. Yang perlu disalahkan adalah dua pihak yang memberi respon dan melayan respon


3 PUNCA CURANG

a) Cuba-cuba. Inilah punca utama yang telah dikenalpasti mengapa curang berlaku. Bermula dengan si lelaki menjual minyak atau si wanita mencuba menggoda membuatkan ramai yang terperangkap. Ada sikap ingin mencuba-cuba di mana ingin melihat samada dirinya masih laku di pasaran membuatkan dirinya terperangkap di dunia cinta sementara yang diciptanya sendiri. Mula-mula ingin mencuba, lama kelamaan terjatuh cinta dan tidak bisa menafikan perasaan cinta yang tak sengaja hadir.

b) Simpati berlebihan. Simpati ini lebih kepada seseorang yang simpati terhadap nasib yang menimpa kaum berlainan jenis. Ada yang simpati terhadap masalah rumahtangga, ada yang simpati terhadap masalah kewangan dan sebagainya. Mulanya ingin berkongsi masalah hidup masing-masing, tetapi lama kelamaan terus ingin berkongsi apa yang tidak sepatutnya dikongsi. Perasaan kasihan berlebihan membuatkan si dia sanggup berkorban apa sahaja untuk menunjukkan keperihatinan terhadap masalah yang timbul. Kasihan akan bertukar menjadi kasih dan bila ianya timbul maka ditakuti sesuatu yang mungkar akan berlaku.

c) Membalas dendam. Membalas dendam untuk curang ini lebih kepada membalas kecurangan pasangan dengan kecurangan juga. "dia boleh buat, kenapa aku tidak boleh" itulah kebiasaan nya yang terluah apabila pasangan mereka curang. Jika ini terjadi, maka kita seolah menyokong perbuatan curang pasangan kita itu. Kecurangan itu memang pahit, tetapi membalas kecurangan dengan kecurangan tidak bisa membantu di dalam menyelamatkan sesuatu perhubungan.

Curang itu satu perbuatan yang mesti dielakkan. dari perasaan cuba-cuba boleh menjerat diri sendiri. simpatilah seadanya, tidak perlu berlebihan kerana berlebihan itu akan mengundang satu perasaan kasihan berkasih iaitu kasihan dan berkasih. Membalas dendam dengan cara curang itu tidak perlu dilakukan. Jika kamu sayangkan sesuatu perhubungan, maka pertahankan ia dengan cinta ikhlas dan doa kepadaNya.