As Salam
Hari ini yutaka ingin sedang bergiat di dalam penulisan karya novel. Setakat ini sudah memasuki empat bab. Begitu gigih kan menulis. Sebenarnya menulis ini sesambil sahaja. Setakat ini yutaka sudah menghasilkan novel remaja ketika di dalam tingkatan empat. Novel berkisar kepada kehidupan seorang remaja bersekolah. Ini semua hasil motivasi daripada abang sulung yutaka yang turut menghasilkan novelnya tersendiri.
Sebenarnya yutaka bukanlah penggemar novel. Memang tidak pernah menghabiskan masa untuk membaca satu satu buku novel. Walaupun yutaka bukan pembaca novel tetapi yutaka gemar menulis. Disebabkan tidak ada asas menulis dan tidak gigih membaca novel, konsep penulisan novel agak lari jauh. Itulah kan, tiada ilmu tetapi mahu terus menerjah bidang penulisan novel. Tetapi apabila membaca http://penulisan2u.net/ baru yutaka sedar konsep penulisan yutaka selama ini terlalu jauh larinya.
Setelah memasuki bab keempat, yutaka bercita-cita hendak menghantar manuskrip ke mana-mana publisher. Yutaka sudah melihat http://www.nbkara.com.my/web/ mengenai panduan menghantar manuskrip. Jadi, yutaka tahulah mengenai syarat-syarat menjadi penulis novel dan syarat-syarat menghantar karya. Apabila sudah membacanya, yutaka jadi bersemangat sekali. Ingin juga mencuba nasib menghantar manuskrip dan menjadi penulis novel.
Setakat ini novel yutaka belum dibaca dan dinilai oleh sesiapa pun. Ini kerana yutaka ingin menghasilkan karya sendiri tanpa dikacau oleh orang lain. Bermakna idea itu datangnya daripada yutaka, bukan orang lain. Apabila idea itu datang sendiri, yutaka dapat ber eksperimen dengan imaginasi yutaka sendiri. Kalau dibaca nanti, takut nanti konsep cerita telah bertukar. Idea sudah bertukar. Hurmm.. takmo takmo idea orang lain. Idea orang lain adalah hasil pemikiran orang lain.
Yutaka ingin menceritakan sesuatu yang lain daripada cerita yang ada. Cerita orang kaya dipaksa kahwin, cerita orang kaya berebut harta, cerita orang miskin yang selalu dibuli orang kaya. Bosan ok. Yutaka ingin menceritakan cerita sebenar kehidupan masyarakat. Cerita orang-orang kaya ni sudah muak. Tiba-tiba yutaka hendak muntah .. cerita sebegini sudah bosan dilihat kerana kita akan tahu apa kesudahannya. Bila sudah dapat agak jalan ceritanya, tiada uniknya karya berkenaan.
Jadi yutaka harap yutaka dapat menyiapkan secepat mungkin manuskrip novel tersebut. Sesungguhnya banyak cabaran di dalam menyiapkan karya yutaka itu. Tetapi itu bukan alasan, kerana alasan seringkali menghancurkan impian dan harapan. Cayok cayok .. bersemangat lah wahai bakal penulis novel tersohor .. (amin ya rabbal alamin) Mudah mudahan ye. Doakan yutaka ye.
No comments:
Post a Comment