Sunday, June 20, 2010

BERTEMU + BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH

Konbawa

Di dalam hidup ini penuh dengan bermacam dugaan dan rintangan. Kadangkala rintangan itu seakan membuatkan kita sangat menderita dan terkecewa. Itu baru ayat pendahuluan .. hehe .. Apa yang yutaka nak sampaikan di sini adalah berkenaan dengan bertemu dan bercinta dengan orang yang salah. Sebelum kita betul² menemui jodoh yang sesuai, pastinya kita akan menemui beribu-ribu calon jodoh. Ada yang jumpa seimbas lalu dan ada yang pernah mengikat tali cinta dengan kita.


Yutaka pernah menasihati seorang teman yutaka yang begitu kecewa dan sedih kerana percintaan yang dibina tidak sampai ke jinjang pelamin. Menangis seharian suntuk yang mana di kala itu dunianya gelap gelita seolah mahu kiamat. Yang paling menyedihkan adalah teman yutaka sanggup bunuh diri kerana ikatan cinta yang terputus. Mengucap panjang yutaka apabila teman yutaka menyuarakan hasrat sedemikian. Yutaka cuba mententeramkan teman yutaka sambil mengatakan mungkin belum sampai jodohnya.

Ada juga yang bercinta bagai nak rak. Ini berlaku kepada teman yutaka juga. Bercinta dengan seorang lelaki sepenuh hati tapi disebabkan kegoyahan hati lelaki itu, makanya cinta lelaki itu beralih arah. Sungguh merana dan kecewa teman yutaka itu. Sebagai gantinya, kini teman yutaka berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada yang terdahulu. Ini menunjukkan bahawa teman yutaka diuji dengan salah menemui cinta sebelum Allah memberikan cinta yang lebih sejati. 


Itu baru sebahagian kisah teman-teman yutaka. Yutaka pun tak terlepas daripada menghadapi ujian sebegitu. Tersilap jatuh cinta, tersuka tanpa dipaksa, terkasih tanpa diminta. tapi yutaka pasti ada hikmah di sebalik kesilapan di dalam menemui dan menyintai seseorang. Yang penting yutaka tak pernah kesal menemui insan yang pernah melukai dan memandang sepi kasih yang cuba yutaka semai. 

Teringat kata-kata seorang teman

" Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang lebih tepat. Di kala itu, kita mestilah berterima kasih dan menghargai sekiranya menemui jodoh yang tepat " 











No comments: