Tuesday, June 29, 2010

WANITA BEKERJAYA SUKAR DAPAT JODOH?


Konbanwa

Wanita bekerjaya tinggi sukar mendapat jodoh? Adakah mungkin benar? Senario wanita bekerjaya yang lewat mendapat jodoh memang berlaku di negara ini.  Dengan populasi wanita yang lebih ramai daripada lelaki membuatkan setiap wanita begitu risau akan jodohnya. Tetapi sukar sangatkah wanita bekerjaya mendapat jodohnya sekarang ini?

Yutaka bukannya pakar dalam bidang sosial ini tetapi yutaka hendak berkongsi pandangan yutaka mengenai "budaya" lewat kahwin di kalangan wanita bekerjaya. Setiap wanita mahukan seorang lelaki yang kaya, pandai, kacak dan bergaya. Lagi² apabila wanita itu mempunyai kerjaya yang baik dan pemikiran yang bijak. Semestinya mereka mahukan bakal suaminya sepertinya. Tetapi masih ada lagikah lelaki idamannya itu yang kacak, bergaya, bijak dan pandai?


Semestinya lelaki seumpama ini sudah awal² lagi di sambar oleh wanita lain di luar sana. Mungkin ada. Tetapi jika ada pun kemungkinan besar lelaki seumpama itu umpama gula yang dikelilingi oleh si semut. Maka tinggallah yang kurang pakejnya. Adakah wanita bekerjaya ini sudi memandang lelaki yang kurang pakejnya? Kebarangkaliannya adalah tidak sudi. Maka dengan itu, wanita bekerjaya lebih senang hidup membujang tanpa memikirkan perlunya memanjangkan keturunannya.

Sampai bila agaknya mereka hendak hidup membujang? Ya, memang sekarang mereka ada segalanya. Ada wang ringgit, kerjaya yang bagus, rumah dan  kereta yang besar. Tetapi percayalah, di suatu saat kita akan merasa sangat kesunyian tanpa ada teman di sisi. Tiada teman untuk berkongsi masalah, mengadu sakit pening, menjaga kita di kala sakit, dan merawat luka di hati. Maka dengan itu, fikir² lah ya..


Thursday, June 24, 2010

BERAT SUNGGUH TUGAS ISTERI

Konbawa

Suami merupakan nakhoda di sebalik sesebuah rumahtangga. Nakhoda kapal ini akan dibantu oleh si isteri yang merupakan pembantu nakhoda yang akan memastikan perjalanan kapal rumahtangga selamat. Di dalam melayari perjalanan itu, pastinya ada halangan ombak yang akan menganggu gugat keselamatan perjalanan itu.

Tugas seorang suami adalah menyara isteri dan anak² nya. Tetapi di dalam rumahtangga selalunya si isteri akan membantu sang suami di dalam memastikan kesempurnaan di dalam hidup berumahtangga. Jika masing² menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, maka pastinya rumahtangga akan bahagia walau besar mana pon cabaran dan dugaan yang datang.


Ada satu senario yang yutaka baca di dalam sebuah majalah mengenai sang suami yang kurang kesedaran mengenai tanggungjawabnya sendiri. dengan tidak bekerja, bercita-cita besar hendak menjadi tauke besar tetapi malas berusaha. Isteri asyik bersabar dengan karenah sang suami sehingga tertekan dengan sikap sang suami. Sampai satu tahap tekanan itu membuatkan sang isteri menjadi murung dan pendiam. Ini kerana semua perbelanjaan seisi rumah dipikul seorang diri.

Di dalam kes rumahtangga ini, yutaka berpendapat sang suami ini hanya tau menjadi mat jenin sahaja. Angan-angan tu memang penting di dalam memacu ke arah sebuah realiti. Tetapi jika tidak diiringi dengan usaha, alamatnya jadilah mat jenin yang suka berangan. Kasihan sang isteri yang memerah keringat di dalam membantu suami, sedangkan si suami hanya tau tidur dan goyang kaki sahaja. Di manakah janji manis sang suami sewaktu mula melafazkan akad nikah?

Sunday, June 20, 2010

BERTEMU + BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH

Konbawa

Di dalam hidup ini penuh dengan bermacam dugaan dan rintangan. Kadangkala rintangan itu seakan membuatkan kita sangat menderita dan terkecewa. Itu baru ayat pendahuluan .. hehe .. Apa yang yutaka nak sampaikan di sini adalah berkenaan dengan bertemu dan bercinta dengan orang yang salah. Sebelum kita betul² menemui jodoh yang sesuai, pastinya kita akan menemui beribu-ribu calon jodoh. Ada yang jumpa seimbas lalu dan ada yang pernah mengikat tali cinta dengan kita.


Yutaka pernah menasihati seorang teman yutaka yang begitu kecewa dan sedih kerana percintaan yang dibina tidak sampai ke jinjang pelamin. Menangis seharian suntuk yang mana di kala itu dunianya gelap gelita seolah mahu kiamat. Yang paling menyedihkan adalah teman yutaka sanggup bunuh diri kerana ikatan cinta yang terputus. Mengucap panjang yutaka apabila teman yutaka menyuarakan hasrat sedemikian. Yutaka cuba mententeramkan teman yutaka sambil mengatakan mungkin belum sampai jodohnya.

Ada juga yang bercinta bagai nak rak. Ini berlaku kepada teman yutaka juga. Bercinta dengan seorang lelaki sepenuh hati tapi disebabkan kegoyahan hati lelaki itu, makanya cinta lelaki itu beralih arah. Sungguh merana dan kecewa teman yutaka itu. Sebagai gantinya, kini teman yutaka berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada yang terdahulu. Ini menunjukkan bahawa teman yutaka diuji dengan salah menemui cinta sebelum Allah memberikan cinta yang lebih sejati. 


Itu baru sebahagian kisah teman-teman yutaka. Yutaka pun tak terlepas daripada menghadapi ujian sebegitu. Tersilap jatuh cinta, tersuka tanpa dipaksa, terkasih tanpa diminta. tapi yutaka pasti ada hikmah di sebalik kesilapan di dalam menemui dan menyintai seseorang. Yang penting yutaka tak pernah kesal menemui insan yang pernah melukai dan memandang sepi kasih yang cuba yutaka semai. 

Teringat kata-kata seorang teman

" Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang lebih tepat. Di kala itu, kita mestilah berterima kasih dan menghargai sekiranya menemui jodoh yang tepat " 











Friday, June 18, 2010

MAAFKAN AKU KERANA MEMANDANG SEPI


Konbawa

Setiap manusia punya hak untuk dihargai dan diingati. Jika itu dilakukan, maka hubungan yang terjalin akan terus kekal sampai bila². Bagaimana sekiranya insan yang kita jalinkan sesuatu hubungan itu kita abaikan atau  tidak pedulikan ? Kadangkala kita merasa bahawa insan yang bernama teman itu tidak punya hak untuk berada di satu sudut di ruang hati kita.Tanpa memikirkan bagaimana rasanya ditinggalkan dan dipandang sepi, membuatkan kita semakin alpa dengan dunia kita. Dahulunya dunia kita berseri dengan kehadiran insan yang kita tinggalkan itu. Kini, kita merasai sangat sepi, sunyi dan rindu walaupun kita dikelilingi dengan insan baru.

Kesepian itu mungkin terjadi kerana kita merasai rindunya dengan suasana dahulu. Kita dihargai, diberi perhatian, disayangi dan dihormati. Ketika itu jangan dilagukan baris rangkap lagu DAFI - bila terasa rindu 

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa terdaya ..


Mungkin sesetengah orang berfikiran " takde hal la hilang seorang teman.. bersepah lagi di luar sana ". Memang tak salah sekiranya kita berfikiran sebegitu. Sebab dunia belum kiamat lagi di mana kita boleh mencari sejuta teman walaupun kehilangan seorang teman. Apa la sangat kan, hilang seorang teman. Seperti kata-kata primadona cerita Allahyarham P Ramlee 
" Sekali petik sepuluh datang tau "

Kita mungkin boleh ego dengan kata-kata "Sekali petik, sepuluh datang tau". Tapi adakah sepuluh yang kita petik itu sama dengan keperihatinan teman yang kita buang ke lautan sepi itu? Yutaka pasti, sukar mahu mencari jenis insan yang pernah kita buang itu. Kerana apa? kerana kejujuran dan keikhlasan nya. Tapi persoalan yang akan timbul. Adakah kita bisa mencari teman yang pernah kita pandang sepi itu? 


Teman.. maafkan aku kerana buat kau sepi ..

Saturday, June 12, 2010

TIDAK PERLU BERMEGAH

Konbanwa

Kali ini yutaka saja nak bawakan satu kisah yang boleh direnungkan bersama. Yutaka hendak bawakan mengenai soal REZEKI. Setiap orang berbeza rezekinya, ada yang terlebih², sederhana dan ada yang terkurang. Untuk post kali ini, yutaka hendak bawakan mengenai perihal mengenai sikap manusia yang terlalu taksub dengan rezeki Allah yang melimpah ruah ini.

Rezeki ini boleh dikategorikan kepada material dan bukan material. Material ini lebih kepada wang ringgit dan bukan ringgit ini lebih kepada kuasa dan kedudukan. Banyak manusia yang terperangkap dengan hasutan syaitan durjana di mana mereka bermegah dengan kurniaan Illahi yang sedikit itu. Mula bermegah², berjalan seperti sang merak, dan memandang insan lain dengan jijiknya.




Mari kita lihat bagaimana egonya manusia apabila dikurniakan rezeki berbentuk material. Ada seorang hamba Allah yang tiba² ditakdirkan menjadi kaya raya. Dahulunya dia seperti biasa. Hidup penuh kesederhaan, tetapi bila Allah berikan rezeki yang lebih, dia mula ego. Bila berbicara, memang tak mahu kalah. Bicara itu dilontarkan bagi menunjukkan dia banyak wang. Dahulunya boleh sekarang tidak boleh. Dahulunya boleh berjalan kaki ke suatu tempat yang dekat, kini tidak. Mahu menaiki kereta, takut kulit disiat² matahari.


Sama juga situasi dengan mereka yang tiba² mendapat kedudukan dan kuasa. Dahulunya bicara dengan sopan sekali, tetapi kini bicara dengan penuh sombong. Habis semua diarah, di marahi, diherdik sesuka hati. Perlu kah, kita menunjukkan kuasa tak bertempat? Tetiba sahaja semua tidak boleh. Apabila selisih dengan rakan sekerja, masamnya muka dilemparkan. Konon² orang lain tidak standard seperti dia. 


Kita kadangkala meluat melihat gelagat manusia yang ego dengan kurniaan Illahi yang sedikit itu. Bila mereka ni mula bermegah², yutaka malas nk masuk campur. Sebab tidak ke mana pon berlagak dia tu. Jika Allah nak tarik balik rezeki itu sekelip mata, dengan sekelip mata juga lah kehidupan manusia itu berubah. Lagipun buat apa hendak sombong dengan kurniaan pinjaman Illahi itu. Bukankah bagus, jika kita mensyukuri dengan berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. Berkat sedikit rezeki itu. 


BELAJAR BAHASA ASING


Konbanwa

Salam dimulakan sebagai pemula bicara. Di kala ini jari pantas menari menulis yang ilhamnya datang dari akal kurniaan Illahi. Yutaka baru sahaja balik daripada menghadiri kursus Bahasa Jepun selama 5 hari. Teruja sekali apabila bisa mempelajari sedikit ilmu bahasa Jepun ini. Terasa macam mahu menetap sahaja di Jepun bagi mendalami bahasa matahari terbit itu..hehe..


Banyak reaksi yang diterima apabila yutaka mengatakan mengenai hasrat yutaka hendak menghadiri kursus bahasa Jepun ini. Kebanyakkannya adalah reaksi negatif. Di antara persepsi dan reaksi yang diterima adalah berbentuk sindiran ayat dan wajah seperti berikut :

a) " Belajar bahasa Jepun? Bahasa Inggeris pon terkial-kial, ni kan pula hendak belajar bahasa Jepun "
b) " Belajar bahasa Jepun? buat apa la kau belajar bahasa tu.." kata-kata dilontarkan sambil memaparkan wajah sindiran dan sinis.. 
c) " Bahasa Jepun? Lebih baik belajar bahasa Mandarin @ Kantonis "
d) " apa kena mengena tugas dengan kursus itu? " 

Mengapa yutaka memilih untuk belaja bahasa asing walaupun bahasa Inggeris tidak selancar mana?  Kerana minat dengan bahasa Jepun, maka yutaka belaja. Yutaka juga menyahut saranan Perdana Menteri kita yang mahukan rakyat mempelbagaikan pengetahuan bahasa sedia ada. Yutaka juga mahu menjadi insan seperti Mahathir Lokman yang menguasai pelbagai bahasa. 

Semua reaksi negatif yang diterima, yutaka abaikan sahaja. Biasalah tu, tidak berubah-ubah stigma negatif bila sesuatu yang baru berlaku di dalam kehidupan mereka. hehe.. Walaupun begitu, ada juga yang menyokong yutaka. Kepada yang memberikan sokongan, yutaka ucapkan terima kasih..