Thursday, September 3, 2009

SENYAP ATAU TARIK MUKA


Konbawa

Senyap atau tarik muka?
manakah boleh diklasifikasikan sebagai sombong?

Cuba kita nilai 2 situasi ini

a) apabila kita berjumpa dengan seseorang, orang itu tidak langsung memandang muka kita atau tengok kita tanpa apa-apa perasaan

b) apabila kita berjumpa dengan seseorang yang sangat silent person di mana hendak sukar untuk mendengar suara dia


Pandangan pertama kita akan mengatakan
mereka ini sangatlah sombong..
itu memang lumrah hidup manusia..
tak boleh nak tuding jari kepada sesiapa

tetapi, apa kata kita cuba buat sesuatu yang baru iaitu
kita kurangkan sedikit ego kita
dengan senyum atau menegur dahulu.
Kita lihat bagaimana reaksi mereka

kadangkala kita terlalu cepat
menilai seseorang berdasarkan
kepada satu situasi..
adilkah kita berbuat demikian?

No comments: