Tuesday, September 8, 2009

APABILA SANG BAPA DEMAM


Konbawa..

Baru-baru ini yutaka didatangi
dengan satu perkhabaran sedih
iaitu mengenai ayah yutaka
yang sedang demam..

Kami sekeluarga sungguh
sedih dan risau akan
kesihatan beliau itu
bertalu² mesej dari
adik beradik diperantauan
menanyakan situasi beliau

terfikir juga yutaka
adakah bertanyakan khabar
mengenai ibubapa
masih lagi wujud di hati
seorang insan bernama anak?

Jika kita masih punya ibubapa
dan duduk jauh di perantauan
telefon atau ziarahlah mereka
kerana dengan perlakuan
mengambil berat itu kita boleh
merawat sakit pening mereka.







1 comment:

ifin said...

semoga sang bapa sentiasa sehat hendaknya. amin.