Tuesday, September 15, 2009

MENJELANG SYAWAL

Konbawa..

Lately, yutaka rasa sungguh xbest.
di sebalik kegembiraan menyambut
bulan kemenangan iaitu bulan Syawal
terselit peristiwa yang sungguh
menguji kesabaran iman
dan teguhnya kewarasan fikiran

kadang² apabila diikutkan sang amarah
maunya meletup kata-kata di bibir
tp nasib baik sempat dikawal..
dengan akal yang waras dan
jiwa memujuk untuk bersabar
akhirnya yutaka berjaya hindarinya


apa yang yutaka dapat pelajari di sini
sebenarnya sang amarah ini perlu
dikawal dan perlu ditawan
bukan senang nak kawal diri
masa kita dirasuk oleh sang amarah

nama pun manusia kan,
ada perasaan dan hati.
kita tak terlepas dari merasainya
dan kesabaran itu adalah pelampung kita
tp perlu diingat, jangan asyik bersabar sahaja
kerana kita perlu pertahankan hak
dan maruah kita sebagai seorang manusia

No comments: