Friday, September 11, 2009

DIKUTUK TEGAK-TEGAK

Konbawa..

Semalam yutaka dikutuk oleh
seorang oficemate yutaka,
seorang wanita, berpangkat kakak
iaitu Sis Hunt East

Kutukan diberikan berteraskan kelemahan
yutaka sebagai manusia biasa

Yutaka dikutuk secara tegak-tegak
di depan beberapa orang officemate
habis telinga ini merah kerana
menahan malu dan geram

Hendak membalas balik, erm..
rasanya kena relaks dulu
walaupun hati ini bengkak je
di "smash" tegak-tegak.


walaupun hati ini "membara"
tapi yutaka kena ambilnya sebagai positif
kerana yutaka kena perbaiki
kelemahan yutaka sebagai hambaNya
yang sangat kerdil di muka bumi.

cuma yutaka tertanya²,
perlukah kita tegur kelemahan orang secara terang-terang tanpa memikirkan perasaan orang itu?

kepada Sis Hunt East
yutaka ucapkan terima kasih kerana
memberi pahala bersabar
dan dari hati yang ikhlas
yutaka memaafkan Sis Hunt East
dunia dan akhirat


No comments: