Wednesday, August 21, 2013

Oh My PTPTN



As Salam

Baru-baru ini ada cadangan daripada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh
semalam untuk melaksanakan CCRIS ( Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar PTPTN. Banyak pihak yang tidak setuju mengenai cadangan tersebut di mana turut disokong oleh
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, PTPTN menguatkuasakan undang-undang untuk tidak membenarkan peminjam ingkar untuk ke luar negara. Perkara ini telah terjadi kepada penyanyi Faizal Tahir yang tidak dibenarkan meninggalkan ibu negara selagi dia tidak membayar pinjaman PTPTN. Larangan ke luar negara ini dikenakan ke atas peminjam yang tidak pernah membayar pinjaman PTPTN.


Jika diikutkan PTPTN ini tidaklah sekejam mana, ini kerana mereka menuntut hak mereka. Adat meminjam kan, kena lah dipulangkan balik. Ramai yang bising mengenai faedah sebanyak 1 % yang dikenakan. 1 % dikenakan bagi membiayai kos pentadbiran PTPTN. Itu kira upah mereka di dalam menguruskan pinjaman ke atas pelajar.

Kenapa pelajar dan orang ramai begitu "dengki" dengan PTPTN di mana pinjaman yang diberikan mahu dipercumakan. Menggunakan tiket pendidikan percuma, mereka menjadikan PTPTN sebagai mangsa untuk menghalalkan pinjaman yang diberikan. Nama pun pinjaman, maka kenapa begitu liat untuk membayarnya? Jika nama biasiswa, mungkin boleh diberikan pengurangan pembayaran.


Orang juga bising mengenai tiada pilihan selain meminjam. Kalau tidak meminjam, mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran. Kenapa kita meletakkan sesuatu ilmu itu pada tahap terendah? kenapa kita meletakkan kereta dan rumah di tempat yang tinggi? Jika hendak mendapatkan ilmu, seseorang perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Ilmu bukan percuma, tetapi hendaklah dibayar. 

Sebagai contoh, jika hendak belajar membuat kuih. Adakah kita boleh senang lenang untuk mendapatkannya. Kita perlu membayar untuk mengikuti kursus membuat kuih. Semakin tinggi @ semakin profesional tahap ilmu itu, semakin mahal harganya. Adakah gaji seorang profesor tidak dibayar? Dari mana datangnya gaji profesor? Dari yuran - yuran yang dikenakan oleh pihak universiti @ kolej itulah digunakan untuk membayar gaji mereka.


Rakyat kita terlalu manja dengan kemewahan. Semua mahu dipercumakan dan ditanggung oleh Kerajaan. Adakah kita fikir, kalau semua mahu ditanggung, kita akan merasa ilmu itu tidak berharga. Nama pun percuma, kita pastinya tidak menghargai sesuatu ilmu. Ahli politik selalu membawakan manifesto pendidikan percuma, tetapi alangkah baiknya kalau pinjaman bank pun dipercumakan

PTPTN merupakan satu badan yang menguruskan pinjaman pendidikan. Tindakan mereka ini tidaklah sekejam samseng peminjam tidak berlesen. Mana-mana peminjam yang membayar, mereka tidak akan diusik. Mereka cuma menuntut kembali pinjaman yang diberikan. Kalau berkira sangat dengan faedah 1 %, apa kata kita pinjam bank. Faedah bank paling sedikitpun 4 %. 


No comments: