Friday, August 23, 2013

Jiwa Menulis Dan Jiwa Melukis



As Salam

Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai hobi yutaka iaitu menulis dan melukis. Hobi menulis dan melukis ter"ada" ketika zaman kanak-kanak lagi. Seawal umur 11 tahun, yutaka sudah mula menconteng-conteng di mana yutaka ada menyertai pertandingan melukis rumah. Namun tidak menang atas alasan yutaka menggunakan pembaris untuk melukis rumah. Kalau tidak pakai pembaris, rasanya rumah yang dilukis itu tumbang ditiup angin. Itu pendapat yutaka ketika itu lah.

Jiwa menulis pula tiba tiba ter " ada " ketika umur 16 tahun. Ketika itu duduk asrama di mana ketika itu zaman jiwa berpuitis berputik. Ketika itu memang rancak menulis puisi dan cerpen. Konon-kononnya jiwang la ketika itu. Itu belum campur lagi, lagu-lagu cintan yang dihafal. ( sepatutnya hafal surah surah Al Quran, kan? ) Tapi itulah situasi yutaka ketika zaman meningkat dewasa.

Jiwa melukis ini rasanya semakin terpadam kerana yutaka sangat sedih kerana yutaka tidak berjaya melukis di dalam subjek LUKISAN KEJURUTERAAN. Yutaka semakin jarang melukis kerana sering mendapat markah yang rendah di dalam subjek berkenaan. Apa kaitan nya ? Kaitannya adalah melukis. Rupanya baru yutaka tahu, melukis biasa tidak memerlukan imaginasi yang terlalu tinggi berbanding dengan melukis ilmiah ini. Tapi yang ajaibnya, siapa yang pandai melukis ilmiah tidak pandai melukis biasa.


 Jiwa menulis cerpen bercambah dengan menulis novel. Sehingga saat ini, yutaka sudah berjaya menulis sebuah novel. Novel itu berkisar cinta budak sekolah kerana novel itu dihasilkan ketika usia 16 17 tahun. Selepas itu banyak penulisan novel dihasilkan tetapi sekerat jalan sahaja. Ini kerana yutaka sibuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dan sibuk bekerja pada masa yang sama.

Kini jiwa menulis yutaka lebih kepada penulisan novel dan blog. Blog itu selalu update kerana penulisan blog tidak berjela-jela panjangnya. Cukuplah satu tajuk dan isi isinya. Kalau ada idea, yutaka selalu menulis sesuatu isu secara berhikmah dan bermanfaat. Jika diikutkan impian untuk menulis secara serius ini, yutaka berhajat untuk menulis di rumah di mana jika ada kelapangan bolehlah yutaka menulis satu bab untuk setiap kali menulis.

Segala suka duka hidup di dunia ini ditambah dengan pengalaman orang lain menjadi perisa di dalam penulisan novel yutaka ketika ini. Yutaka berharap satu hari nanti yutaka boleh mewarnai persada novel kerana penulis novel lelaki sangat kurang di persada penulisan novel. Jika tidak ada aral, yutaka ingin kembali melukis dan ingin meneruskan hasrat untuk menjadi penulis novel terkemuka. Doakan yutaka ye.



No comments: