Wednesday, August 14, 2013

Fesyen Moden vs Fesyen Muslimah


As Salam

Menjelang hari raya yang lepas, yutaka ada menemani isteri tercinta untuk membeli baju raya. Banyak fesyen terbaru yang ada di dalam pasaraya tersebut. Tetapi fesyen baju untuk kaum Adam sangatlah terhad. Tidak banyak bezanya. Sudah tentunya yutaka membeli baju siap berteluk belanga. Untuk pertama kalinya, yutaka membeli baju siap kerana sebelum ini yutaka menempah baju sebulan awal.

Untuk post kali ini, yutaka bukanlah mahu menceritakan mengenai hari raya tetapi lebih kepada cabaran wanita Islam zaman sekarang. Yutaka perhatikan fesyen merupakan cabaran utama bagi kaum hawa ketika ini. Ini kerana fesyen dan wanita ini tidak dapat dipisahkan. Umpama kuku dan kulit. Fesyen yang sering hangat di pasaran adalah fesyen yang seksi dan tidak menepati kriteria berpakaian bagi seorang muslimah.

[ TUDUNG ]

Dahulunya ada tudung jenis X. Tudung jenis senang dipakai ini menjadi tudung yang paling dicari kerana ianya jenis yang senang dan mudah dipakai. Tetapi entah di mana silapnya, pemakaian tudung pendek yang menjadi pilihan. Adakah memang pembelinya suka membeli saiz SS atau mungkin jenis tudung yang tidak mempunyai saiz yang lebih besar terjual.


Zaman berubah, kini ada tudung lain pula. Tudung jenis Y. Tudung ini merupakan tudung yang menjadi kegilaan ramai. Mungkin kerana warna yang ceria menjadikan tudung ini menjadi perhatian. Tudung ini yutaka rasa memang banyak jenis yang pendek. Harga boleh tahan mahal. Kalau yang original harganya sampai RM 150 ++ untuk satu tudung sahaja.


Ada juga yang jenis half moon. Jenis ini ada yang menutup aurat kerana lebar dan ada juga yang pendek. Jika pandai digayakan secara muslimah, mungkin tudung ini menjadi pilihan bagi penggemar muslimah yang mencari tudung yang menutup aurat.


[ BAJU ]

Sekarang memang banyak jenis peplum. Baju yang mengikut tubuh badan umpama sarung nangka jika dilihatnya. Baju ini memang menarik dipandang oleh wanita. Berlumba-lumba wanita ingin mendapatkannya. Harganya boleh tahan dalam RM100 hingga RM250 bergantung kepada jenis kain dan manik-manik. Pemilihan warna yang cerah dan menarik dan ukuran baju yang ketat merupakan design baju ini.


Yutaka bukan mahu menutup rezeki bagi pengusaha atau penjual pakaian, tetapi yutaka ingin berceloteh mengenai kerisauan yutaka terhadap fesyen yang berada di pasaran sekarang ini. Bukan tidak ada fesyen muslimah yang menepati etika berpakaian seorang muslimah sejati, tetapi jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Yutaka gembira bila ada fesyen muslimah yang cuba diketengahkan oleh sesetengah wanita tetapi ianya masih belum menepati ciri muslimah sejati. Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah ianya menutup aurat. Patuhilah ciri berpakaian muslimah di bawah. Sayangilah aurat kita seumpama kita sayangi agama Islam itu sendiri


Menutup aurat itu wajib bagi setiap manusia. Jika umat Islam tidak menutup aurat, siapa lagi hendak menjalankan kewajipan ini? Kepada kaum lelaki, berjaga-jagalah terhadap pemakaian kaum hawa kerana kamu akan ditanya di alam akhirat sana mengenai aurat tanggungan kamu di dunia.


No comments: