Tuesday, July 23, 2013

Apabila Artis Menjadi "Ustaz"




As Salam

1. Hari ini yutaka ingin membawakan isu gelaran atas sebab keagamaan. Gelaran ustaz @ ustazah @ Imam @ Pak Sheikh @ Haji @ Hajjah merupakan gelaran yang diberikan atas sebab keagamaan. Kebiasaannya gelaran ini diberikan kepada insan yang mempunyai ilmu agama Islam yang melebihi daripada ilmu orang biasa. Tetapi adakah gelaran itu satu bebanan kepada mereka?

2. Jika diikutkan gelaran yang mulia ini merupakan satu tanggungjawab sosial dan tanggungjawab kerohanian. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab untuk memberikan contoh teladan yang baik kepada masyarakat sekeliling. Yutaka tidak mempunyai masalah dengan mereka yang berilmu tinggi di dalam bidang keagamaan ini kerana yutaka sangat bergantung harap kepada mereka untuk mendapatkan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

3. Apabila ada sesetengah artis berhijrah ke arah keagamaan, gelaran keagamaan ini turut diberikan kepada mereka tanpa diminta. Apabila diberikan gelaran ustaz ustazah haji hajjah, sudah semestinya pengikut dan peminatnya mengharapkan contoh teladan yang baik. Tetapi malangnya artis yang memperolehi gelaran ustaz ustazah haji hajjah ini tidak memberikan apa yang peminat mahukan.



4. Artis ustaz ustazah haji hajjah ini sering diuji dengan melakukan banyak perkara yang lagho (sia-sia). Ada artis yang berhijrah hanya sekejap di mana mereka kembali kepada dunia artis yang penuh glamor (atas alasan takut kehilangan punca rezeki). Bukankah rezeki Allah itu luas, dan hanya Allah sahaja yang memberikan rezeki?

5. Bagaimana pula nasib artis yang sudah berhijrah benar-benar sedia untuk berhijrah? Atau adakah mereka hanya ikut ikutan. Apabila kembali ke fitrah keislaman, mereka diuji dengan peluang seni yang terhad dan masalah rumahtangga. Bila diuji, hilanglah keazaman mereka untuk berhijrah. Itulah ujian Allah untuk mengenalpasti tahap keimanan mereka kepada Allah.

6. Pendapat peribadi yutaka, yutaka setuju dengan Wardina di mana artis tidak layak dijadikan role model. Ini kerana dunia artis dunia glamor. Dunia Islam adalah dunia kesederhanaan di dalam segala segi. Tidak perlu glamor, tidak perlu bermegah-megah. Walaupun ada artis seperti Tiz Zaqiah mengatakan beliau bukanlah artis yang perlu dicontohi, namun peminatnya tetap mahu mencontohinya kerana minat akan bakat lakonan nya. 


No comments: