1. Bercerita mengenai amaun untuk berbuka puasa, rasanya pasti ramai yang tersenyum. Ini kerana amaun yang digunakan untuk berbuka puasa adalah melebihi apa yang sepatutnya. Jika diikutkan kepada nafsu lapar, rasanya satu bazar mahu dibelinya. Semua kelihatan sedap apabila perut sangat lapar. Tetapi perut kita bukanlah luas seperti luasnya angkasa lepas. Hanya boleh makan sedikit sahaja dan selepas itu perut akan kenyang.
2. Jika ditanya adakah RM10 cukup untuk membeli di bazar Ramadhan? Ada yang jawab ya dan ada yang jawab tidak. Bagi yang pemakan, mereka akan kata tidak cukup. Juadah nasi @ mee, kuih muih, murtabak @ kebab, air-air dan makanan pemanis mulut kesemuanya berharga berbelas ringgit bagi seorang. Peniaga bazar ramadhan pastinya untung berniaga di bazar Ramadhan.
3. Bagi yutaka, yutaka lebih suka mengamalkan kesederhanaan. Apa yang penting bagi yutaka adalah nasi. Yang biasa yutaka akan cari adalah nasi ayam @ nasi lemak @ nasi ambang. Soal air katira @ air tembikai @ air sirap selasih yutaka tidak fikir sangat. Kalau teringin, baru beli. Kalau tidak, yutaka boleh buat sendiri di rumah. Bancuh sahaja ibu air di rumah. Bukan susah mana pun.
5. Sesungguhnya Malaysia merupakan syurga makanan, dan tidak terkejut apabila indeks obesiti rakyat Malaysia semakin meningkat. Bila bilangan rakyat obesiti meningkat, maka penyakit pun datanglah tanpa diminta. Jadi bagaimana konsep puasa hendak dihayati sekiranya kita makan sangat banyak. Kita kena juga kasihan pada perut kita, kerana sudah 11 bulan perut bekerja. Ikutilah amalan pemakanan junjungan Nabi kita Nabi Muhammad yang berhenti makan sebelum kenyang. Insya Allah, penyakit tiada.
No comments:
Post a Comment