Friday, July 26, 2013

Mercun Meletop Di Tangan Sendiri




As Salam

1. Apabila bercakap mengenai mercun, kita akan dihidangkan dengan berita kemalangan mercun buatan sendiri oleh pelajar-pelajar kita. Lagi-lagi kemalangan itu berlaku di bulan Ramadhan dan Syawal. Sungguh hairan yutaka mengenai situasi berkenaan. Adakah pelajar sekarang sudah semakin genius dan berfikiran inovatif yang tidak bertempat?

2. Pelajar sememangnya mempunyai semangat ingin tahu yang kuat. Itu tidak dapat dinafikan kerana pada tahap sebegitu mereka ingin merasai pengalaman dan mengetahui semua perkara. Tetapi adakah kemalangan mercun ini ingin juga mereka rasai? Terbakar terlecur sana sini bukanlah satu kebanggaan tetapi satu penderitaan. Penderitaan ini mungkin terjadi apabila anggota badan terbakar dan terlecur.


3. Kenapa pelajar kita menggunakan idea inovasi dengan cara memudaratkan? Kenapa tidak mereka memasuki pertandingan reka cipta @ pertandingan sains dan inovasi? Sekurang-kurangnya idea bernas mereka dapat membuahkan hasil yang bagus iaiut pemikiran kritis semakin berkembang dan dapat duit kemenangan jika menang.

4. Sekarang ini kita perlu ajarkan kanak-kanak untuk tidak bermain mercun. Mungkin nikmat perayaan boleh digantikan dengan aktiviti lain selain daripada aktiviti bermain mercun. Mungkin kita perlu memikirkan jalan mana atau idea mana untuk menggantikan aktiviti bermain mercun ini. Penggantian aktiviti bermain mercun ini perlu dihapuskan kerana ianya sangat memudaratkan selain membazirkan wang. Pembelian mercun ini umpama pembakaran wang secara mudah.




Thursday, July 25, 2013

Kesunyian Anak Yatim



As Salam

1. Semalam yutaka berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Kesempatan ini terhidang apabila yutaka menemani isteri yutaka ke sana kerana isteri yutaka merupakan antara urus setia majlis berkenaan. Terima Kasih Ya Allah atas rezeki itu. Sepanjang berada di sana, yutaka banyak belajar perkara-perkara baru di mana memang menjadi kelaziman yutaka suka belajar melalui pemerhatian.

2. Bercerita mengenai anak yatim, memang sinonim dengan derma dan sedekah. Sebenarnya kita digalakkan untuk membantu anak yatim daripada segala hal bergantung kepada kemampuan. Mana yang berkemampuan untuk membantu dari segi material, bolehlah bersedekah dan menderma mengikut kemampuan. Mana yang berkemampuan untuk membantu dari segi non material, bolehlah melakukan kebajikan lain contohnya seperti tenanga, pemikiran idea dan lain-lain



3. Bercerita mengenai anak yatim, yutaka sebenarnya merasai apa yang mereka rasai di mana yutaka sudah kehilangan kasih sayang seorang bapa. Memang kehilangan kasih sayang yang berkekalan ini menyebabkan separuh nyawa yutaka pergi. Sesungguhnya apabila melihat anak-anak lain bermesra dengan bapa mereka, hati yutaka tersentuh, kerana yutaka sangat merindui belaian kasih sayang seorang bapa. Sedih sekejap.

4. Walaupun anak yatim ini kehilangan kasih sayang orang yang mereka sayang, mereka tetap seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Berjuang untuk meneruskan hidup mereka. Soal sunyi kerana kehilangan itu memang tidak dapat dinafikan. Terlihat di mata mereka, akan kesedihan apabila menjelangnya hari raya. Tetapi mereka tetap dipelihara Allah untuk meneruskan kehidupan dengan adanya pihak yang prihatin untuk meraikan dan bersama mereka sepanjang bulan Ramadhan ini.

5. Pertubuhan anak yatim ini memang tidak akan kurang dana nya kerana banyak orang Melayu yang mempunyai rezeki yang lebih rajin bersedekah. Tetapi yutaka merasakan perlunya aktiviti lain yang boleh mendorong mereka untuk menjadi yang lebih berjaya. Sebagai contoh kursus motivasi atau pertandingan berpidato Mereka perlu diberikan banyak peluang untuk menyertai aktiviti berkenaan. Bukan hanya pelajaran sahaja yang diberi penekanan, tetapi pembangunan keyakinan diri perlu juga dipertimbangkan untuk dilaksanakan.


Wednesday, July 24, 2013

Apa Boleh Beli Dengan RM 10?




As Salam

1. Bercerita mengenai amaun untuk berbuka puasa, rasanya pasti ramai yang tersenyum. Ini kerana amaun yang digunakan untuk berbuka puasa adalah melebihi apa yang sepatutnya. Jika diikutkan kepada nafsu lapar, rasanya satu bazar mahu dibelinya. Semua kelihatan sedap apabila perut sangat lapar. Tetapi perut kita bukanlah luas seperti luasnya angkasa lepas. Hanya boleh makan sedikit sahaja dan selepas itu perut akan kenyang.

2. Jika ditanya adakah RM10 cukup untuk membeli di bazar Ramadhan? Ada yang jawab ya dan ada yang jawab tidak. Bagi yang pemakan, mereka akan kata tidak cukup. Juadah nasi @ mee, kuih muih, murtabak @ kebab, air-air dan makanan pemanis mulut kesemuanya berharga berbelas ringgit bagi seorang. Peniaga bazar ramadhan pastinya untung berniaga di bazar Ramadhan.

3. Bagi yutaka, yutaka lebih suka mengamalkan kesederhanaan. Apa yang penting bagi yutaka adalah nasi. Yang biasa yutaka akan cari adalah nasi ayam @ nasi lemak @ nasi ambang. Soal air katira @ air tembikai @ air sirap selasih yutaka tidak fikir sangat. Kalau teringin, baru beli. Kalau tidak, yutaka boleh buat sendiri di rumah. Bancuh sahaja ibu air di rumah. Bukan susah mana pun.



4. Kuih muih tu yutaka lebih suka ambil karipap @ cream puff. Beli sahaja seringgit. So cukuplah untuk yutaka seorang. Jadi soal RM10 cukup @ tidak, bagi yutaka ia terlebih cukup. Silap-silap amaun itu boleh cover 2 Hari lagi. Hehe. Tapi itu tidak bermakna yutaka ini sangat kedekut kerana yutaka lebih senang untuk tidak membazir. Cukuplah makan ikut keperluan perut sahaja.

5. Sesungguhnya Malaysia merupakan syurga makanan, dan tidak terkejut apabila indeks obesiti rakyat Malaysia semakin meningkat. Bila bilangan rakyat obesiti meningkat, maka penyakit pun datanglah tanpa diminta. Jadi bagaimana konsep puasa hendak dihayati sekiranya kita makan sangat banyak. Kita kena juga kasihan pada perut kita, kerana sudah 11 bulan perut bekerja. Ikutilah amalan pemakanan junjungan Nabi kita Nabi Muhammad yang berhenti makan sebelum kenyang. Insya Allah, penyakit tiada.



Tuesday, July 23, 2013

Apabila Artis Menjadi "Ustaz"




As Salam

1. Hari ini yutaka ingin membawakan isu gelaran atas sebab keagamaan. Gelaran ustaz @ ustazah @ Imam @ Pak Sheikh @ Haji @ Hajjah merupakan gelaran yang diberikan atas sebab keagamaan. Kebiasaannya gelaran ini diberikan kepada insan yang mempunyai ilmu agama Islam yang melebihi daripada ilmu orang biasa. Tetapi adakah gelaran itu satu bebanan kepada mereka?

2. Jika diikutkan gelaran yang mulia ini merupakan satu tanggungjawab sosial dan tanggungjawab kerohanian. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab untuk memberikan contoh teladan yang baik kepada masyarakat sekeliling. Yutaka tidak mempunyai masalah dengan mereka yang berilmu tinggi di dalam bidang keagamaan ini kerana yutaka sangat bergantung harap kepada mereka untuk mendapatkan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

3. Apabila ada sesetengah artis berhijrah ke arah keagamaan, gelaran keagamaan ini turut diberikan kepada mereka tanpa diminta. Apabila diberikan gelaran ustaz ustazah haji hajjah, sudah semestinya pengikut dan peminatnya mengharapkan contoh teladan yang baik. Tetapi malangnya artis yang memperolehi gelaran ustaz ustazah haji hajjah ini tidak memberikan apa yang peminat mahukan.



4. Artis ustaz ustazah haji hajjah ini sering diuji dengan melakukan banyak perkara yang lagho (sia-sia). Ada artis yang berhijrah hanya sekejap di mana mereka kembali kepada dunia artis yang penuh glamor (atas alasan takut kehilangan punca rezeki). Bukankah rezeki Allah itu luas, dan hanya Allah sahaja yang memberikan rezeki?

5. Bagaimana pula nasib artis yang sudah berhijrah benar-benar sedia untuk berhijrah? Atau adakah mereka hanya ikut ikutan. Apabila kembali ke fitrah keislaman, mereka diuji dengan peluang seni yang terhad dan masalah rumahtangga. Bila diuji, hilanglah keazaman mereka untuk berhijrah. Itulah ujian Allah untuk mengenalpasti tahap keimanan mereka kepada Allah.

6. Pendapat peribadi yutaka, yutaka setuju dengan Wardina di mana artis tidak layak dijadikan role model. Ini kerana dunia artis dunia glamor. Dunia Islam adalah dunia kesederhanaan di dalam segala segi. Tidak perlu glamor, tidak perlu bermegah-megah. Walaupun ada artis seperti Tiz Zaqiah mengatakan beliau bukanlah artis yang perlu dicontohi, namun peminatnya tetap mahu mencontohinya kerana minat akan bakat lakonan nya. 


Berpuasa Sebagai Encik Suami


As Salam

1. Hari ini merupakan hari keempat belas berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Tahun ini yutaka buat pertama kalinya berpuasa bersama insan bernama puan isteri. Begitu teruja sekali menyambut bulan Ramadhan bersama isteri. Semua perancangan berbuka dan persiapan berhari raya, yutaka kena berbincang bersama isteri. Untuk keputusan, yutaka kena fikirkan sendiri.

2. Sebelum berumahtangga, segala juadah bersahur dan berbuka telah ditentukan oleh ibu yutaka. Untuk berbuka dan bersahur, yutaka sebenarnya tidak memilih sangat makanan. Apa yang penting adalah nasi. Yutaka adalah pemakan nasi. Kalau mee tu umpama makan keropok je. hehe .. Perut tidak akan kenyang dengan memakan mee. Lauk-lauk yutaka tidak kisah. Senang kan menjaga yutaka. Hehe

3. Untuk puasa kali ini, yutaka telah meminta jasa baik puan isteri untuk memasak nasi untuk sahur. Nasib baik isteri memahami.Dimasakkannya nasi untuk suami tercinta ini. LOVE YOU baby.Untuk juadah berbuka pula, yutaka lebih suka jika puan isteri yang masak. Bukan apa, kebanyakkan makanan yang dijual adalah sama seperti nasi ayam, nasi lemak, dan nasi dagang.


4. Berpuasa di perantauan tanpa famili di sisi bukanlah perkara baru untuk yutaka dan isteri. Ini kerana kami memang pernah belajar dan bekerja di perantauan. Jadi soal kekok itu tidak timbul. Ada rakan yutaka yang tidak pernah berjauhan dengan famili, sangat huru hara apabila berpuasa di perantauan. Yelah, dulunya segala urusan disediakan oleh kaum keluarga. Tinggal puasa dan berbuka sahaja.

5. Itu sahaja untuk kali ini. Sesungguhnya berpuasa sebagai suami orang ini sangat mengujakan dan mencabar. Kepada pembaca yang belum berkahwin, cepatlah berkahwin kerana ada kenikmatan berpuasa dengan pasangan yang sah.  

Thursday, July 4, 2013

Berharta Tetapi Hidup Membujang


As Salam


1. Hari ini yutaka ingin mencoretkan mengenai kaya tetapi masih membujang. Sebenarnya hidup ini sangat pendek jangka hayatnya. Jadi sementara punya masa, nikmatilah hidup berlandaskan syariat Islam. Salah satu nikmat hidup adalah hidup berumahtangga. Memang tidak semua insan dapat mendirikan rumahtangga dalam usia yang muda. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

2. Apa yang merungsingkan pemikiran kaum hawa adalah mengenai soal jodoh. Bila lambat akan diperli, disindir dan dilemparkan pelbagai fitnah. Tetapi masyarakat kita memang sebegitu, memang suka bertanya tanda prihatin. Bila lambat kahwin, ditanya. Bila sudah kahwin, ditanya anak. Bila sudah ada anak, ditanya lagi. Memang begitulah kelaziman masyarakat kita ini.

3. Berbalik kepada soal jodoh, yutaka dahulunya risau kerana belum bertemu jodoh. Tetapi sekarang syukur kerana yutaka telah dikurniakan isteri yang terbaik, comel dan bertimbang rasa. Jadi apabila ada rakan-rakan lain yang belum mendirikan rumahtangga, yutaka nampak ada satu perasaan SUNYI di dalam hidup mereka. Mereka yang bujang ini selalu menyembunyikan perasaan sunyi itu dengan ayat " HIDUP MEMBUJANG LAGI BAIK, SENANG KE SANA KE SINI "



4. Memang tidak dinafikan akan soal itu. Hidup membujang hanya menguruskan diri sendiri. Tidak perlu sibuk menguruskan hal orang lain. Tetapi itu tidak kekal lama. Mereka yang masih membujang ini masih diselubungi kesepian tahap melampau di mana tiada teman di sisi. Tiada orang yang boleh menjaga makan minum pakai. Dan paling penting tiada tempat untuk berkasih mesra. Ini kerana manusia mempunyai keinginan untuk disayangi dan menyayangi. Itu fakta.

5. Situasi paling terasa adalah apabila menjelang hari raya. Yang si abang @ kakak @ adik begitu gembira dengan pasangan dan anak mereka. Ada yang memakai baju raya sedondon mengikut tema warna pilihan. Keletah anak-anak buah begitu menghiburkan walaupun mereka kadangkala nakal tidak bertempat. Tetapi itulah kemeriahan sambutan hari raya bersama keluarga. Bila saudara mara datang, pasti soalan " BILA HENDAK KAHWIN ? " akan membosankan apabila ditanya kepada si bujang.

6. Walau duit segunung emas sekalipun, ianya tidak akan mampu menyelimuti kesepian hidup membujang. Rugi jika tidak berkahwin, tetapi berkahwinlah dengan orang yang boleh membawa ke jannah. Insya Allah rumahtangga yang dibina berkekalan. Bagi mereka yang sudah bosan @ tidak percaya kepada cinta, buanglah perasaan itu kerana anda tidak berlaku adil kepada hati anda. Hati anda berhak disayangi dan menyayangi.