Friday, February 11, 2011

"KUN FA YA KUN"


Konbanwa 

Untuk post kali ini, yutaka mahu menceritakan mengenai kebesaran Pencipta yutaka. Jika anda pernah membaca surah Yassin, anda pasti akan menjumpai ayat "kun fa ya kun" di dalam nya. Ertinya " apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman Jadilah, maka terjadilah ia ".

Yutaka bukan mahu membincangkan mengenai ayat ini secara mendalam, tetapi yutaka ingin mengupas mengenai beberapa situasi sekarang ini. Sesungguhnya kita sebagai manusia, tidak boleh melangkaui kuasa Allah. Jika Allah mahukan ianya terjadi, maka jadilah ia. Kita tidak bisa menolak, menghentikan atau menundanya. Yutaka akan ambil 3 situasi yang bisa kita renungkan bersama dan mengetahui betapa besarnya kuasa Allah berbanding dengan kuasa yang lain.

[ SITUASI PUTUS CINTA ]

Setiap orang pastinya pernah bercinta dan menyintai. Cinta manusia ini bukanlah cinta yang hakiki. Hakiki bermakna bukanlah cinta yang dijamin kekal utuh selamanya. Sekiranya ditakdirkan cinta itu tidak kesampaian atau putus di tengah jalan, adakah kita bisa menghindarinya? Adakah kita bisa menghalang sekiranya hati pasangan kekasih kita beralih arah? Tentu sekali tidak. Itulah kuasa Allah yang mana kita tidak bisa menebak apakah hikmah di sebalik kisah itu.


[ SITUASI KANTOI SUDAH ]

Yutaka teringat akan kisah rakan yutaka yang baru berjinak² dengan perbuatan tidak bermoral. Sebagai rakan, yutaka tidak sangka la yang rakan yutaka boleh terjebak. Baru pertama kali melakukan hal sebegitu, tetapi sudah ditangkap..  Terkantoi sudah .. Selepas itu, memang jadi pengajaran la buat rakan yutaka itu. Cuba kita perhatikan ye.. kenapa rakan yutaka terkantoi apabila baru sahaja berjinak² untuk buat nakal? Mengikut rakan yutaka, planning die memang hebat. siap ada modus operandi lagi. tapi kenapa boleh terkantoi? itulah yang dinamakan kuasa Allah. Sehebat mana pun rancangan yang diilhamkan, jika Allah tidak izinkan, maka tidaklah ianya menjadi.


[ SITUASI YEH YEH .. KAHWIN ]

Orang berkata jika sudah jodoh tidak ke mana. Bermakna jika Allah menginginkan kita berjodoh dengan seseorang, maka berakhirlah dengan akad nikah. Walaupun begitu besar rintangan yang melanda, jika Allah menginginkan, maka terjadilah ia. Banyak kisah perkahwinan yang yutaka dengar mengenai ketidak sangkaan mengenai hal jodoh ini. Ada yang mula-mula benci, kemudian jadi sayang. ada yang bersengkang air mata kerana bersedih mengenai kerisauan jodohnya tidak kesampaian, tetapi akhirnya sampai jodohnya.


Kesimpulan : 

Daripada ketiga-tiga kisah itu, banyak yutaka dapat pelajari. Dan sedikit demi sedikit yutaka semakin hampir dengan Pencipta yutaka. Apa-apa pun yutaka semakin pasti setiap apa yang kita perlakukan, jika didasari dengan niat kerana Allah, Insya Allah pasti dipermudahkan.

No comments: