Friday, February 11, 2011

"KUN FA YA KUN"


Konbanwa 

Untuk post kali ini, yutaka mahu menceritakan mengenai kebesaran Pencipta yutaka. Jika anda pernah membaca surah Yassin, anda pasti akan menjumpai ayat "kun fa ya kun" di dalam nya. Ertinya " apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman Jadilah, maka terjadilah ia ".

Yutaka bukan mahu membincangkan mengenai ayat ini secara mendalam, tetapi yutaka ingin mengupas mengenai beberapa situasi sekarang ini. Sesungguhnya kita sebagai manusia, tidak boleh melangkaui kuasa Allah. Jika Allah mahukan ianya terjadi, maka jadilah ia. Kita tidak bisa menolak, menghentikan atau menundanya. Yutaka akan ambil 3 situasi yang bisa kita renungkan bersama dan mengetahui betapa besarnya kuasa Allah berbanding dengan kuasa yang lain.

[ SITUASI PUTUS CINTA ]

Setiap orang pastinya pernah bercinta dan menyintai. Cinta manusia ini bukanlah cinta yang hakiki. Hakiki bermakna bukanlah cinta yang dijamin kekal utuh selamanya. Sekiranya ditakdirkan cinta itu tidak kesampaian atau putus di tengah jalan, adakah kita bisa menghindarinya? Adakah kita bisa menghalang sekiranya hati pasangan kekasih kita beralih arah? Tentu sekali tidak. Itulah kuasa Allah yang mana kita tidak bisa menebak apakah hikmah di sebalik kisah itu.


[ SITUASI KANTOI SUDAH ]

Yutaka teringat akan kisah rakan yutaka yang baru berjinak² dengan perbuatan tidak bermoral. Sebagai rakan, yutaka tidak sangka la yang rakan yutaka boleh terjebak. Baru pertama kali melakukan hal sebegitu, tetapi sudah ditangkap..  Terkantoi sudah .. Selepas itu, memang jadi pengajaran la buat rakan yutaka itu. Cuba kita perhatikan ye.. kenapa rakan yutaka terkantoi apabila baru sahaja berjinak² untuk buat nakal? Mengikut rakan yutaka, planning die memang hebat. siap ada modus operandi lagi. tapi kenapa boleh terkantoi? itulah yang dinamakan kuasa Allah. Sehebat mana pun rancangan yang diilhamkan, jika Allah tidak izinkan, maka tidaklah ianya menjadi.


[ SITUASI YEH YEH .. KAHWIN ]

Orang berkata jika sudah jodoh tidak ke mana. Bermakna jika Allah menginginkan kita berjodoh dengan seseorang, maka berakhirlah dengan akad nikah. Walaupun begitu besar rintangan yang melanda, jika Allah menginginkan, maka terjadilah ia. Banyak kisah perkahwinan yang yutaka dengar mengenai ketidak sangkaan mengenai hal jodoh ini. Ada yang mula-mula benci, kemudian jadi sayang. ada yang bersengkang air mata kerana bersedih mengenai kerisauan jodohnya tidak kesampaian, tetapi akhirnya sampai jodohnya.


Kesimpulan : 

Daripada ketiga-tiga kisah itu, banyak yutaka dapat pelajari. Dan sedikit demi sedikit yutaka semakin hampir dengan Pencipta yutaka. Apa-apa pun yutaka semakin pasti setiap apa yang kita perlakukan, jika didasari dengan niat kerana Allah, Insya Allah pasti dipermudahkan.

Sunday, February 6, 2011

NERD itu JAHAT


Konbanwa

Hai kembali lagi menulis. Berbalik kepada cerita NERD sebelum ini, yutaka ada menceritakan mengenai markah penampilan yang telah diberikan oleh PUTERI VIRGO 0209. Untuk post kali ini, yutaka hendak menceritakan mengenai transformasi yutaka yang dulunya dilabel sebagai NERD kepada TRENDY. bukan terlalu TRENDY, tetapi boleh la diklasifikasikan sebagai tidak NERD

Setelah mengambil iktibar daripada markah yang diberikan sebelum ini, yutaka bangun dan kembali mengatur langkah atas bantuan adik yutaka. habis semua ditukarnya.  cuma bab cermin mata memang tidak boleh digantikan dengan kanta lekap. Ini kerana dengan bentuk wajah yang berpetak, agak kurang sesuai jika tidak memakai cermin mata. lagipula penggunaan kanta lekap membuatkan yutaka berasa tidak selesa. 

Disusuli dengan photoshoot yang menampilkan gaya² model terlalu amatur, merupakan titik permulaan kepada transformasi penampilan yutaka. Sekarang yutaka semakin berani di dalam membuktikan kepada dunia bahawa yutaka bukanlah seorang NERD !!! . setelah mengalami transformasi sedikit demi sedikit, rakan² yang selama ini memandang yutaka sebelah mata mula membuka mata dengan luasnya.

Terfikir juga, adakah NERD itu jahat? kenapa manusia selalunya akan memilih untuk berkawan dengan manusia yang berpenampilan TRENDY berbanding NERD? adakah NERD selalu dianak tirikan? Ya.. itulah realiti dunia. bila da berubah, baru terbuka mata dan mula mahu berdampingan. Itulah hakikat dunia yang yutaka perlu fahami dan akuinya.    


p/s : kredit kepada adik sy kerana telah membantu saya.

aku NERD?


Konbanwa

Salam sejahtera kepada rakan pembaca sekalian. Harapnya kalian sihat belaka ya. Hari ini yutaka rasa sangat blurr.. Blurr means kosong.. tiada satu item yang bermain di minda. Bila yutaka buka facebook, melihat gambar yutaka, mengingatkan yutaka kepada satu kejadian yang berlaku 5 tahun lepas.

Tahun 2005, yutaka berkawan dengan seorang wanita bernama PUTERI VIRGO 0209. orangnya kecil², berkaca mata dan agak comel pada pandangan mata yutaka. Sepanjang tempoh berkawan itu, ada suka dan duka yang yutaka rasakan. Tapi ada satu peristiwa yang yutaka takkan lupa adalah peristiwa di mana yutaka dihina kerana baginya yutaka berpenampilan agak NERD.

" Jikalau boleh diberi markah kepada penampilan kau, aku boleh bagi 50% sahaja. Eh bukan 50 % tetapi 40% markah penampilan kau "


begitulah pandangan PUTERI VIRGO mengenai penampilan yutaka pada ketika itu. rendahnya markah 40%. Kalau  tolak 1% dah jadi gred E. bermakna gagal aka TERSANGAT NERD. bila fikir kembali, NERD kah yutaka? pergi kerja dengan berlengan panjang dan bertali leher. tidak seperti rakan sekerja yang lain. yang berpakaian agak kurang kemas berbanding yutaka. atau mungkin kerana berpakaian sebegitu menampakkan yutaka agak NERD. atau mungkin dengan gaya fesyen rambut berbelah tengah dengan berkaca mata membuatkan yutaka layak menerima markah 40% daripada juri tak bertauliah itu.

walaupun begitu, yutaka kini da berubah. walaupun agak sedih dengan kritikan itu, namun yutaka bangkit semula. Ini disebabkan oleh kata-kata adik yutaka sendiri yang memberikan peransang dan menjadi perunding imej kepada yutaka. Teringat kata-kata adik yutaka

" SIAPA DIA UNTUK MEMBERI MARKAH KEPADA PENAMPILAN KITA "



MERUNGUT, MERUNGUT DAN MERUNGUT


Konbanwa

Hari ini yutaka baru sahaja habis menjalani kursus MOTIVASI di pejabat baru yutaka. Motivasi ker? haha.. Sebenarnya yutaka suka pergi kursus. Di ofis yang lama, yutaka memang antara pekerja yang suka pergi kursus. Tapi itu tidak bermakna, yutaka hendak mengelak daripada membuat kerja ofis. Kerja tetap kerja. Komitmen perlu diselesaikan dengan sempurna.

Bercerita mengenai merungut ini, yutaka teringat akan satu kisah mengenai seseorang (Mr. Rungut) yang suka sangat berbuat demikian. Merungut yang yutaka fahami adalah satu sikap meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan minda. Rungutan ini biasanya tidak dilakukan secara berdepan. Mr. Rungut ini memang selalu merungut. Baginya semua salah, kerana merasakan dirinya adalah betul dan bertingkahlaku sewajarnya.

Bila asyik merungut sahaja, terasa seakan muak la pula. sebab kadang kala perkara remeh pon hendak diperbesarkan. Jika tidak ditunjangi dengan akal sewajarnya, pastinya yutaka akan percaya dengan bulatnya akan kata-katanya. Lama-lama yutaka malas hendak melayan orang yang kaki rungut nih. bukan apa, yutaka tidak mahu masuk campur akan segala urusan yang dirungutkan nya.

Lagipula, yutaka merasakan dengan asyik merungut sahaja menjadikan kita seorang manusia yang tidak pernah bersyukur akan segala nikmat yang diberikanNya kepada kita. Walau sekecil zarah sekalipun rezeki itu, kita tidak boleh merungut akan sedikitnya rezeki itu. Jika tidak bersyukur dengan rezeki yang sedikit, bagaimana Allah mahu memperbanyakkan rezeki tuk kita. betul tak?