Tuesday, September 29, 2009

HARTA ITU SEGALA²NYA

Konbawa

Harta? rasanya ramai yang
suka akan kelambakan harta
di dalam saku mereka. betul kan?

Yutaka pun suka sekiranya
punya harta yang banyak.
Dengan harta, kita mampu
membeli apa sahaja yang
kita mahu seperti kereta, rumah dll

tetapi adakah harta itu segala²nya?


mungkin harta boleh beli cinta
seseorang yang diminatinya?
tapi adakah cinta yang dihulurkan
datangnya dari hati yang ikhlas?

Harta juga terkadang bule beli kawan
Dengan wang, kawan pun datang
bila wang makin susut, ramai yang
ca alip bot, pergi jauh dari kita.

harta itu bule membahagiakan
dan bule juga menghancurkan
jika anda beraja kan harta
anda tidak akan ke mana
kerana apa? anda mungkin
karam di balik kemegahan harta itu


Monday, September 28, 2009

SALAM TAKZIAH KEPADA NURILLYAISMA

Konbawa

hari ini merupakan hari sedih
kerana apa? kerana ofismate yutaka
baru sahaja kehilangan ibu tercintanya
pada petang hari ini

Sedih + tergamam + terkejut
apabila dikhabarkan mengenai

pemergian Allahyarhamah
mengucap panjang yutaka
apabila mendengarnya

Kepada Nurillyaisma Binti Ismail

yutaka berharap anda tabah dan sabar.
doakan kesejahteraan ibumu di alam sana
yutaka memanjatkan doa kepadaNya
agar ibumu itu ditempatkan
bersama² orang yang bertakwa..




Saturday, September 26, 2009

LIRIK LAGU RAYA

Konbawa

Rasanya kita baru sahaja
beraya kan? xsangka masa
berlalu dengan pantasnya
raya tahun ini yutaka sambut
dengan sederhana sahaja
syukur alhamdulillah

Bercerita bab raya ini yutaka
tertarik dengan keindahan
lagu raya yang berkumandang
di corong² radio dan dilayar TV
syahdu halwa telinga ini menangkap
bait-bait indah liriknya


" Manusia miskin kaya semua bergembira
Aku miskin hina berselubung duka

Manusia miskin kaya semua bergembira

Aku miskin hina berselubung duka
"

lirik di atas adalah lirik lagu raya
yang yutaka tak berapa berkenan
kerana apa? kerana bait-bait
" aku miskin hina berselubung duka "

adakah orang miskin itu hina?
adakah orang kaya itu tinggi darjatnya?
adakah dengan kurang berduit,
kita dilabelkan sebagai hina?
bukankah orang yang tinggi darjatnya
adalah orang yang bertakwa kepada Penciptanya?



berayalah sama-sama..
walau berbeza hierarki kehidupan
kerana apa? kerana kita berhak
meraikan hari kemenangan ini

Wednesday, September 23, 2009

SUPRISE BIRTHDAY CELEBRATION

Konbawa

baru-baru ini yutaka dikejutkan
dengan suprise birthday's celebration
yang dibuat oleh famili yutaka
actually xsangka yang mereka
ini berpakat untuk wat
kejutan itu

terharu + dihargai + diingati
+ disayangi + dikasihi +
lain² bercampur baur apabila
yutaka diperlakukan sebegeni

yutaka terfikir untuk menjadikan
acara suprise birthday celebration
ini sebagai satu budaya apabila
yutaka berkeluarga kelak

Bukan apa, yutaka merasakan
bahawa acara ini merupakan satu
elemen untuk merapatkan
lagi hubungan kekeluargaan yang telah dibina



Syukur kepada Illahi kerana
bisa lagi menyambut birthday
bersama famili tercinta

terima kasih to all my family


Tuesday, September 22, 2009

BESDAYKU DIINGATI




Konbawa

Sebenarnya yutaka sungguh terharu
sekali kerana masih ada teman² yang
sudi wish birthday yutaka hari ini
21 September 2009

Tak tahu lah macam mane
nak ekspresikan terharunya diri ini
tapi dengan rasa rendah hati
yutaka nak ucapkan terima kasih
yutaka di dalam blog ini kepada
mereka yang terlibat

untuk itu yutaka putuskan untuk
menulis nama-nama mereka ini

a) my mum + my dad + my siblings
b) my auntie, Madam Normah Salleh

c) my cousin, G-jie peace

d) my sweetie

e) Syerry Far
f) Sista G-Hanes

g) Sue Hye Da
h) Madam Normah A Samad
i) R - tame & Hye Role


Dengan satu ucapan,
yutaka rasa itu memadai kerana
yutaka diingati oleh mereka


Sunday, September 20, 2009

MY SWEETIE

Konbawa

hari ini adalah hari yang
paling gembira sebab
baru tadi kawan yutaka
di perantauan call yutaka
untuk mengucapkan
selamat hari raya

tak sangka pula yutaka
yang dia call dari sana
terharu sangat² rasa macam
sebak je hati ini


for my sweetie..
yutaka nak dedikasikan
ucapan khas raya ini untuk kamu

SALAM LEBARAN
SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN


pesanan daku untuk kamu

a) jangan sedih² di sana
b) ku kan tunggu kepulangan kamu

c) ku tak sabar mendengar celetoh kamu

d) ku doakan dirimu sihat dan epi sentiasa

e) ku doakan kamu sefamili gembira selalu



Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN

Konbawa..

nampaknya esok adalah hari
yang ditunggu² oleh umat Islam
hari yang meraikan kejayaan
berpuasa sebulan di bulan Ramadhan

sedih juga meninggalkan Ramadhan
yelah bulan ini penuh dengan rahmat
nak jumpa Ramadhan kena tunggu
tahun depan, itu pun jika ada rezeki


Sesungguhnya yutaka ini manusia biasa
terkadang emosi terkadang terasa
terkadang tersentuh dan terkadang terjiwang
adatlah kan, nama pun manusia

Bersempena dengan bulan Syawal ini
yutaka nak minta maaf jika
selama ini penulisan yutaka ada
menyinggung hati mana² pembaca

last word from me

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SUSAHNYA NAK MOHON MAAF

Konbawa

Manusia tidak pernah lekang
dari melakukan kesilapan
dan kadangkala kesalahan itu
kebiasaannya tidak sengaja dilakukan

di dalam setiap kesalahan
yutaka perhatikan orang yang tua
susah betul nak minta maaf

kepada orang muda walaupun
kesalahan itu memang sangat jelas
dilakukan oleh orang tua


" mana bule orang tua minta maaf "
itu adalah persepsi dan pemikiran
kebanyakkan orang tua
tidak kiralah sapa yang buat salah
bagi mereka maruah lagi berharga daripada
mengaku kesalahan dan meminta maaf

tapi yang bagusnya yutaka lihat
orang muda tidak pernah berkira
untuk minta maaf kepada orang tua
walaupun kesalahan itu milik orang tua

kempen ORANG TUA DIHORMATI ORANG MUDA DISANJUNGI
akan lebih berkesan sekiranya
orang muda dan tua meminta maaf
sekiranya ada terbuat kesilapan

orang tua wajar dihormati dan disayangi

HADIAH BIRTHDAY, AWALNYA..

Konbawa

Minggu ini adalah minggu last berpuasa
dan start 20092009 (cantik no tu)
Insya Allah kita akan menyambut Syawal

menjelang nak beraya ini,
yutaka menerima hadiah birthday dari
officemate yutaka, bernama

MRS SHERRY FAR



wah2..awalnya..
actually birthday yutaka
adalah pada 21092009..
terasa diri ini bertambah tua..dush²
pertambahan usia ini mestilah
disusuli dengan kematangan pemikiran

orang kata hadiah itu penting
tapi bagi yutaka ingatan itu lagi penting
terasa diri ini sangat penting
apabila birthday kita diingati..hehe



pepe pun thanks to her


Friday, September 18, 2009

TIADA REZEKI ATAU BALASAN

Konbawa..

post yang lps yutaka ada kisahkan
mengenai ceritera teraniaya nya
rakan yutaka di bulan puasa

secara fitrahnya jika
berlaku sesuatu perkara yang kurang elok
kita sering beranggapan bahawa
kita tidak ada rezeki, tidak bernasib baik
or maybe kurang "ong" (orang cina kata)


tapi pernahkah kita muhasabah kembali
kenapa ya perkara itu berlaku kepada kita?
adakah ini balasan kepada dosa² kita yang lampau?
atau adakah ini doa orang yang pernah kita sakiti dahulu?


dan apabila perkara ini terjadi
kita sering menuding jari untuk dipersalahkan
tapi tidak pernah pada diri sendiri
adakah ini balasan atau tidak ada rezeki?
sama-sama lah kita renungkan

Thursday, September 17, 2009

DUIT..KEJAMNYA

Konbawa

Baru-baru ini ada seorang kawan
yutaka yang mengadu mengenai
kasihannya nasib dianiaya
sedih dan simpati apabila
mendengarnya..erm..

yutaka ringkaskan ceritanya

- kawan yutaka Mrs Sympathy diminta untuk menanggung kerja,
- disebabkan beliau ini kontrak maka opisnya tidak bole bayar
elaun tanggung kerja itu
- maka, beliau meminjam akaun rakan bagi urusan pembayaran elaun tersebut.
- bila time gaji, rakan Mrs Sympathy tidak memberikan sepenuhnya
elaun yang sepatutnya beliau dapat


Jika benarlah kisah Mrs Sympathy ini
ternyata rakan beliau ini sungguh kejam
ambil hak orang, aniaya Mrs Sympathy yang pregnant
di bulan puasa pula tu..

Yutaka selalu pegang pesan ayah yutaka
jika kita ambil duit orang RM 5,
kita mungkin kehilangan RM 5000
atau mungkin kita akan ditimpa
balasan yang amat terperi siksanya

Tuesday, September 15, 2009

MENJELANG SYAWAL

Konbawa..

Lately, yutaka rasa sungguh xbest.
di sebalik kegembiraan menyambut
bulan kemenangan iaitu bulan Syawal
terselit peristiwa yang sungguh
menguji kesabaran iman
dan teguhnya kewarasan fikiran

kadang² apabila diikutkan sang amarah
maunya meletup kata-kata di bibir
tp nasib baik sempat dikawal..
dengan akal yang waras dan
jiwa memujuk untuk bersabar
akhirnya yutaka berjaya hindarinya


apa yang yutaka dapat pelajari di sini
sebenarnya sang amarah ini perlu
dikawal dan perlu ditawan
bukan senang nak kawal diri
masa kita dirasuk oleh sang amarah

nama pun manusia kan,
ada perasaan dan hati.
kita tak terlepas dari merasainya
dan kesabaran itu adalah pelampung kita
tp perlu diingat, jangan asyik bersabar sahaja
kerana kita perlu pertahankan hak
dan maruah kita sebagai seorang manusia

MARAHLA ANAK DENGAN ..

Konbawa..

sebenarnya yutaka tertarik
dengan situasi di mana
ibu bapa memarahi anaknya
dengan muka merah menyala,
nada suara yang tinggi
dan bercekak pinggang

memarahi anak itu perlu
perlu untuk memperbaiki
sikap, perilaku, persepsi
anak-anak mereka.

tp yang tak sedap adalah
memarahi anak dengan bahasa kesat
seperti BODOH, BAHALUL, LEMBIQS
BINAWE, STUPID DAM², CELAKA
BE-GO, SENGAL
n lain²


sebenarnya ungkapan yang lahir
dari bibir seorang ibu dan bapa itu
merupakan satu doa
kalau BODOH dihamburkan
maka bodohlah anak itu.

alangkah bagus sekiranya
diungkapkan kata² yang baik
seperti BERTUAH PUNYA BUDAK,
PANDAI BETUL ANAK KU SEORANG INI
KENAPALAH BIJAK SANGAT ANAK KU INI

cuba praktikkan dan lihat kesannya





Sunday, September 13, 2009

JUJURKAH HANDPHONE ANDA?

Konbawa..

Pekaba semua? Sebenarnya yutaka
saje nak post mengenai satu situasi
yang mungkin anda pernah lalui
iaitu penemuan barang yang
bukan milik anda..


Sekiranya anda ada menemui
handphone or satu mekanisma
yang berharga di suatu tempat,
apa yang anda akan lakukan?

Ada yang berfikir, dah rezeki
so amiklah. sape suruh cuai?
or kalau xde sesapa yang punya,
maka siapa cepat dia yang punya..

Guru yutaka pernah berpesan
kalau jumpa barang, maka kita
hendaklah menghebahkannya,
kena cari siapa yang punya.

Tapi jujurkah kita?
Jika kita pulangkan barang
yang kita jumpai,
Insya Allah, perkara yang sama
akan terjadi kepada kita.


Kagum dengan Sis Eirda
pulangkan handphone yang dijumpai
kepada empunya handphone

Friday, September 11, 2009

SERI WANITA TUNANGAN ORANG

Konbawa..

Kali ini yutaka nak bercerita
mengenai kisah kawen²
wah..tersenyum nampak..hehe
tapi untuk post ini yutaka
nk bawa kisah tunang
iaitu kisah sebelum menuju
ke alam perkahwinan

orang kata alam pertunangan
ini merupakan satu alam yang
penuh dugaan dan cabaran..
silap2 impian yang diimpikan
retak relai di tengah jalan
jika tiada kekuatan setia di hati.


yutaka ada terperasan mengenai
salah satu cabaran bila bertunang ini
cabaran itu adalah wajah tunangan
orang
ini boleh tahan serinya..

di saat ini ramai yang mula tertarik
dan ada juga cuba untuk memikat.

oo bahaya juga eh penangan
seri muka tunangan orang ini..
tp semua itu terpulang kepada
mereka yang bertunang

kalau teguh istana cinta di hati,
rasanya tiada apa yang berlaku
datanglah berjuta "kumbang"
yang ingin menghampiri,
tidak mungkin dapat meruntuhkan
niat suci untuk membina masjid




DIKUTUK TEGAK-TEGAK

Konbawa..

Semalam yutaka dikutuk oleh
seorang oficemate yutaka,
seorang wanita, berpangkat kakak
iaitu Sis Hunt East

Kutukan diberikan berteraskan kelemahan
yutaka sebagai manusia biasa

Yutaka dikutuk secara tegak-tegak
di depan beberapa orang officemate
habis telinga ini merah kerana
menahan malu dan geram

Hendak membalas balik, erm..
rasanya kena relaks dulu
walaupun hati ini bengkak je
di "smash" tegak-tegak.


walaupun hati ini "membara"
tapi yutaka kena ambilnya sebagai positif
kerana yutaka kena perbaiki
kelemahan yutaka sebagai hambaNya
yang sangat kerdil di muka bumi.

cuma yutaka tertanya²,
perlukah kita tegur kelemahan orang secara terang-terang tanpa memikirkan perasaan orang itu?

kepada Sis Hunt East
yutaka ucapkan terima kasih kerana
memberi pahala bersabar
dan dari hati yang ikhlas
yutaka memaafkan Sis Hunt East
dunia dan akhirat


Wednesday, September 9, 2009

MALU LAH JIKA TIDAK BERPUASA

Konbawa..

bagaimana puasa anda semua?
ada tak yang mengamalkan
istilah puasa "yang yok"?
Jika anda penat + lapar + "tidak nakal",
itu baru dinamakan puasa

tetapi jika anda lapar,
ingatlah bahawa "mereka"
di bawah ini turut lapar juga
sama seperti anda..





IBU TERTUTUP ANAK TERBUKA

Konbawa..

pekaba semua? mesti kalian
tidak berapa faham dengan
tajuk kali ini, kan?
kalian cuma perlu terus
membaca, memahami
dan kalau boleh
mengambil sedikit iktibar

Pernahkah kalian melihat
satu situasi di mana
sang ibu berpakaian sopan
manakala anaknya sebaliknya
sewaktu keluar bersama?

Yutaka terkadang tertanya juga
Kenapa si ibu dengan sopan bertudung
membiarkan anaknya memakai
pakaian yang menjolok iman?
Tidakkah timbul secebis rasa
malu di kotak hati si ibu?


Adakah si ibu terlalu open minded
terhadap soal-soal agama?
Adakah si ibu sewaktu mudanya
berpakaian seperti anaknya?
Adakah si ibu tidak kisah sekiranya
di akhirat kelak dibelasah
oleh sang malaikat?

bertindak tegaslah terhadap
soal-soal aurat kerana
hukum Allah tidak boleh
sesekali kita perlekehkan




Tuesday, September 8, 2009

APABILA SANG BAPA DEMAM


Konbawa..

Baru-baru ini yutaka didatangi
dengan satu perkhabaran sedih
iaitu mengenai ayah yutaka
yang sedang demam..

Kami sekeluarga sungguh
sedih dan risau akan
kesihatan beliau itu
bertalu² mesej dari
adik beradik diperantauan
menanyakan situasi beliau

terfikir juga yutaka
adakah bertanyakan khabar
mengenai ibubapa
masih lagi wujud di hati
seorang insan bernama anak?

Jika kita masih punya ibubapa
dan duduk jauh di perantauan
telefon atau ziarahlah mereka
kerana dengan perlakuan
mengambil berat itu kita boleh
merawat sakit pening mereka.







Sunday, September 6, 2009

BLONDE as known as KARAT

Konbawa

Ramai di antara rakyat Malaysia
tertarik untuk berambut
blonde a.k.a rambut berkarat
seperti orang putih

Percaya atau tidak
orang di barat sana
mengklasifikasikan orang
berambut blonde itu
sebagai tidak berapa bijak
manakala orang yang berambut
hitam itu dikatakan lebih bijak

untuk pengetahuan anda
orang di barat yang berambut blonde
ini beria-ia mahu mewarnakan
rambutnya menjadi hitam
kerana apa? kerana mereka
tidak mahu diberikan title
insan kurang bijak

jadi adakah kita mahu diklasifikasikan
sebagai
insan yang tidak berapa bijak?



Saturday, September 5, 2009

BIASAKAN DIA DENGAN...

Konbawa..

Sebagai seorang ibu bapa,
kerap kali kita secara tak
sengaja memanjakan anak-anak
dengan hiburan yang
tidak meransang otak
untuk berfikir

Kita menyusuri cara didikan
kaum Cina. Anak² mereka
dibiasakan dengan dunia
matematik atau ilmu hisab.
semenjak kecil lagi


Yutaka masih ingat
anak buah yutaka yang pernah
menyatakan niatnya
untuk bergelar artis realiti
tapi parents dia menyatakan
alangkah sejuknya perut
sekiranya anaknya menjadi
peserta tilawah Al-Quran

Di sini peranan ibu bapa
sangat penting di dalam
mencorakkan masa hadapan
anak mereka
jika mahukan anak mereka
berjaya di dunia dan akhirat,
biasakan anak² dengan
cara hidup Islam.



NAMA ITU SATU DOA

Konbawa..

Nama? Apa ada pada nama?
Nama itu penting kerana
ia merupakan pengenalan
diri kita sendiri
Nama juga merupakan satu doa

di zaman serba moden ini
ramai ibu bapa yang suka
meletakkan nama anak mereka
yang pelik². pelik bermakna
nama itu tidak punya makna jika diterjemahkan


penggunaan nama² nabi
atau rasul atau sahabat nabi
dianggap "kekampungan" dan tidak ada kelas

Apakah glamor itu yang dicari?
yelah, apabila di panggil
bunyi macam ada kelas sahaja
walhal tidak punya sebarang makna




Thursday, September 3, 2009

BOS WANITA KE-4


Konbawa..

Tidak lama lagi yutaka akan
menerima bos baru iaitu MISS AIN
yang akan menggantikan
MR NOR ZAIDY KAMARUZAMAN

Ini bermakna yutaka
berkesempatan sekali lagi
menerima dan bekerja
dengan seorang bos wanita


wah..teruja sungguh
bekerja dengan cik bos seorang ini
single pringle, wajah ayu,
seorang silent person dan pemalu


nak describe lebih-lebih tidak boleh,
kena tunggu dan lihat dulu
tp yutaka berharap dia ok,
berfikiran terbuka, dan sentiasa ayu

BOS WANITA? ALAMAKS

Konbawa..

bos adalah seorang ketua..
agaknya bagaimana kalau
seorang wanita mengetuai
sesuatu jabatan atau departmen?

yutaka pernah bekerja
di bawah kelolaan bos wanita
rasanya 3 kali yutaka berkesempatan


bos pertama ini sangat suka dibodek
siapa yang bodek dia, memang beruntung
sebab dapat anugerah khidmat cemerlang
siapa yang tak banyak mulut, tak dilayannya

bos kedua pula adalah bos baru
cepat termakan hasutan pekerja senior
yang sering ben sesiapa yang
tidak sebulu dengannya

bos ketiga pula adalah yang terbaik
dengar keluh kesah pekerja
berfikiran terbuka di dalam terima pandangan
dia adalah Madam Mumu


tp dalam tiga² wanita ini
rasanya seorang je yang yutaka kagum
iaitu Madam Mumu

yutaka bukan nak nafikan kredibiliti
wanita untuk menjadi ketua
tapi yutaka paling tidak suka dengan
sikap bos seperti bos pertama
dan bos kedua


SENYAP ATAU TARIK MUKA


Konbawa

Senyap atau tarik muka?
manakah boleh diklasifikasikan sebagai sombong?

Cuba kita nilai 2 situasi ini

a) apabila kita berjumpa dengan seseorang, orang itu tidak langsung memandang muka kita atau tengok kita tanpa apa-apa perasaan

b) apabila kita berjumpa dengan seseorang yang sangat silent person di mana hendak sukar untuk mendengar suara dia


Pandangan pertama kita akan mengatakan
mereka ini sangatlah sombong..
itu memang lumrah hidup manusia..
tak boleh nak tuding jari kepada sesiapa

tetapi, apa kata kita cuba buat sesuatu yang baru iaitu
kita kurangkan sedikit ego kita
dengan senyum atau menegur dahulu.
Kita lihat bagaimana reaksi mereka

kadangkala kita terlalu cepat
menilai seseorang berdasarkan
kepada satu situasi..
adilkah kita berbuat demikian?