Konbanwa
Hari ini yutaka segaja hendak membawa satu tajuk untuk dikongsi bersama. Tajuk seperti di atas menjadi persoalan di benak yutaka. Jika cinta, maka tunjukkan melalui tutur kata. atau jika cinta, tunjukkan melalui perbuatan? pening kan memikirkan penyelesaian itu. Hendak cakap atau hendak tunjuk melalui perbuatan? hurm..
Ada pendapat mengatakan, tunjukkan cinta kamu melalui perbuatan iaitu melalui perhatian kasih sayang. Dengan cara mengambil berat mengenai kesihatan diri sehingga lah mengenai segala permasalahan yang melanda hidup dirinya. Tipulah sekiranya si dia tidak tersentuh hati dengan perhatian yang diberikan. Tetapi persoalan yang mungkin timbul " kenapakah dia mengambil berat? Adakah kerana sayang sebagai kawan atau sayang sebagai kekasih ? "
Pendapat lain ada mengatakan berterus teranglah mengenai perasaan itu kepada orang tersayang. biar dia tahu, kamu cintakan dia. jika kamu berterus terang, 50 % peluang kamu sudah termiliki berbanding dengan melihat jauh. risiko ini ada 2 kesudahan nya iaitu BERJAYA atau GAGAL. tetapi itu lebih baik diketahui awal berbanding keadaan ketidakpastian.
Jadi bagaimana hendak menunjukkan cinta kita untuk yang tersayang? Kalau yutaka, yutaka lebih suka buat dua-dua. tunjukkan kasih sayang dan katakan cinta kepada yang tersayang. Buktikan kepada si dia yang kita ikhlas mencintai dirinya. Selepas itu, katakan kepada dirinya " KU CINTA PADAMU " Tetapi semua itu bergantung kepada izin Allah. Jika memang diizinkan si dia untuk kamu, maka dia lah jodoh kamu selamanya.
No comments:
Post a Comment