Friday, March 23, 2012

SLAM - KURNIA



KURNIA 

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi

Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga



Saturday, March 17, 2012

AYAH .. SEMOGA KITA BOLEH BERSUA



Konbanwa

Malam yang hening ni tiba-tiba membuatkan yutaka terkenang arwah ayah yutaka. Sangat rindu kepada arwah. Seakan semalam baru terpisah. Kenangan manis sentiasa terpahat di hati yutaka ini. Terkadang yutaka berasa cemburu dengan keadaan insan di sekeliling kerana punya ayah untuk bermanja. Sedangkan yutaka bisa melihat kemesraan itu dari jauh.

Yutaka sentiasa mendoakan arwah di sana. Setiap selesainya bersolat 5 waktu, doa yutaka untuk arwah tak pernah lepas. Yutaka sangat merindukan waktu bersama yang dirasakan begitu sekejap. Bila yutaka rindu, yutaka akan melihat gambar arwah. Dan serentak dengan itu, air mata ini berlinangan. Rindu yutaka sejak akhir-akhir ini begitu memuncak sekali.

Yutaka pernah berkata kepada adik yutaka. Sekiranya di suatu hari yutaka berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah di Mekah, yutaka ingin bertemu dengan arwah ayah. Doa yutaka agar yutaka bisa bertentang mata dengan arwah dengan lama sambil mengatakan " ABAH ..  KU RINDU KAMU " Jika doa itu dimakbulkan Allah, yutaka sangat-sangat bersyukur.



BAGAIMANA HENDAK MENUNJUKKAN CINTA


Konbanwa

Hari ini yutaka segaja hendak membawa satu tajuk untuk dikongsi bersama. Tajuk seperti di atas menjadi persoalan di benak yutaka. Jika cinta, maka tunjukkan melalui tutur kata. atau jika cinta, tunjukkan melalui perbuatan? pening kan memikirkan penyelesaian itu. Hendak cakap atau hendak tunjuk melalui perbuatan? hurm..

Ada pendapat mengatakan, tunjukkan cinta kamu melalui perbuatan iaitu melalui perhatian kasih sayang. Dengan cara mengambil berat mengenai kesihatan diri sehingga lah mengenai segala permasalahan yang melanda hidup dirinya. Tipulah sekiranya si dia tidak tersentuh hati dengan perhatian yang diberikan. Tetapi persoalan yang mungkin timbul " kenapakah dia mengambil berat? Adakah kerana sayang sebagai kawan atau sayang sebagai kekasih ? "


Pendapat lain ada mengatakan berterus teranglah mengenai perasaan itu kepada orang tersayang. biar dia tahu, kamu cintakan dia. jika kamu berterus terang, 50 % peluang kamu sudah termiliki berbanding dengan melihat jauh. risiko ini ada 2 kesudahan nya iaitu  BERJAYA atau GAGAL. tetapi itu lebih baik diketahui awal berbanding keadaan ketidakpastian.

Jadi bagaimana hendak menunjukkan cinta kita untuk yang tersayang? Kalau yutaka, yutaka lebih suka buat dua-dua. tunjukkan kasih sayang dan katakan cinta kepada yang tersayang. Buktikan kepada si dia yang kita ikhlas mencintai dirinya. Selepas itu, katakan kepada dirinya " KU CINTA PADAMU " Tetapi semua itu bergantung kepada izin Allah. Jika memang diizinkan si dia untuk kamu, maka dia lah jodoh kamu selamanya.


Thursday, March 15, 2012

KU TAKKAN LEPASKAN ...


Konbanwa

Hari ini yutaka akan membawakan satu kisah mengenai lepas melepas. bukan bab kentut-kentut tapi bab meninggalkan insan tersayang. Ada orang bertanya kepada yutaka, adakah yutaka akan meninggalkan orang yang tersayang sekiranya yutaka berjumpa dengan wanita yang lebih sempurna dari aspek segala-galanya? Sukar juga hendak menjawab persoalan itu. Terkelu seketika bibir ini lantaran minda yang tiba-tiba terhenti fungsinya.

Siapa yang tidak mahu teman hidup yang sempurna. Cantik, kaya, dan berpendidikan. Bagi yutaka semua itu adalah satu aspek material luaran yang sangat diidamkan manusia. Tetapi bagi yutaka, yutaka mahukan seorang teman hidup yang bisa menyempurnakan hidup yutaka dan yutaka bisa menyempurnakan hidup teman hidup yutaka itu. jika terlalu sempurna, maka teramatlah bosan kehidupan rumahtangga itu.



 Tidak perlu terlalu cantik wajah kerana itu hanyalah bersifat sementara. sampai masa cantik wajah akan dimamah usia.Tetapi cantik hati dan pekerti itu lebih bernilai daripada cantiknya wajah. Yutaka lebih suka wanita yang cantik pekertinya daripada wanita yang cantik wajah sahaja. Dengan cantiknya pekerti, yutaka yakin wanita itu mampu memberikan sejuta kebahagiaan terhadap rumahtangga.


Berpendidikan tinggi? Adakah ianya penting di dalam sesuatu hubungan? Yutaka lebih suka wanita yang bijak. Bijak tidak semestinya belajar sampai DEGREE atau MASTER. Bijak itu lebih kepada bijaknya di dalam menguruskan emosi, dan bijak menjaga maruah diri. Yutaka rasa "mahal" nya wanita itu bukan terletak kepada sijil akademik semata-mata, tetapi lebih kepada bijaknya menjaga maruah diri, dan menjaga keselamtan diri dan setia pada cinta.




Kekayaan? Adakah ianya penentu kebahagiaan sesuatu hubungan? Adakah kekayaan boleh membeli kebahagiaan? Kayanya manusia terletak pada hati. Jika hatinya kaya dengan sikap merendah diri, yutaka pasti kebahagiaan hakiki dapat diperolehi. Jika suatu hari yutaka menjadi insan banyak harta, yutaka tidak mahu melepaskan isteri yang bersusah senang dengan yutaka. Biarlah kekayaan yang diperolehi dikongsi dengan masyarakat. itu lebih berkat.

Friday, March 9, 2012

NAIK GAJI TIDAK BANYAK MANA PON


Konbanwa

Hari ini yutaka terpanggil untuk membawakan perihal penjawat awam naik gaji lagi. Ramai pekerja swasta atau bekerja sendiri yang cemburu akan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam ini. Bermacam status yang ditulis oleh kakitangan swasta mengenai perihal naik gaji ini. 

Ada seorang teman yutaka pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai gaji penjawat awam naik lagi. Itu belum lagi bonus separuh gaji yang diberikan kepada penjawat awam di akhir tahun. Dirinya merasakan seakan penjawat swasta sepertinya tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada kerajaan. Di sini yutaka ingin perbetulkan mengenai tanggapan negatif itu. 

Jika dibuat perbandingan dari segi gaji, gaji pekerja swasta jauh lebih besar daripada gaji penjawat awam. Kita ambil contoh pekerja yang kelayakkannya SPM. Permulaan bagi penjawat awam jauh lebih sedikit berbanding dengan pekerja swasta. Kenaikan tahunan gaji bagi sektor swasta jauh lebih besar daripada kenaikan gaji penjawat awam. Jadi kenapa pula pekerja swasta begitu berkira-kira dengan gaji penjawat awam?


Dari segi bonus tahunan. Kerajaan ada juga memberi bonus tahunan kepada kakitangan nya, tetapi paling banyak yang pernah diberikan adalah sebulan gaji. Itu pun bukan setiap tahun diberikan. Berbanding dengan pekerja swasta, ada yang bonus sampai 2 3 bulan setiap tahun. Bila kerajaan umumkan bonus kepada kakitangannya, pasti pihak swasta pun "bertempik" tidak puas hati.

Dari segi rumah pula, kebanyakkan pekerja swasta mempunyai rumah yang harganya beratus ribu sedangkan penjawat awam pula hanya mampu mendiami rumah yang murah. Penjawat awam hanya mampu melihat situasi ini dengan sayu sahaja. Hendak membeli, tidak mampu kerana gaji tidak sebesar gaji swasta. Tetapi adakah penjawat awam bertempik tempik tidak berpuas hati? pasti jawapan nya TIDAK

Bagilah peluang kepada kakitangan kerajaan untuk hidup selesa sedikit. Tidak perlu lah kakitangan sektor swasta jaki sangat akan kenaikan gaji dan pemberian bonus yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Seperti orang kata " kenaikan gaji ni celah gigi aje.. tidak banyak mana pun " Tetapi penjawat awam tetap bersyukur dengan pemberian itu dan berterima kasih kepada pemerintahan kerajaan sekarang ini.