Konbanwa
Hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai alasan untuk seseorang bercakap lepas atau LASER. orang akan berkata biar cakap depan-depan daripada cakap belakang-belakang. tetapi adakah itu alasan konkrit untuk kita berterus terang sehingga menyakiti orang yang mendengar kata-kata berbisa kita?
Bukan tidak boleh berterus terang tetapi biarlah kata-kata kita itu tidak menyakiti hati yang mendengarnya. Bermakna kita boleh menggunakan kata-kata yang lebih baik daripada berkata lepas sehingga membuatkan maruah seseorang itu jatuh. Jika benar ingin menegur, tegurlah secara baik. Bukan dengan mengeluarkan kata-kata pedas yang boleh menyinggung hati sesama manusia.
Mengata belakang orang itu berdosa, tetapi bagaimana pula menyakiti hati orang lain? Bolehkah orang yang mendengar kata-kata pedas kita itu memaafkan kita? Jika boleh sekalipun, adakah orang itu dapat melupakan kata-kata pedas kita itu? Rasanya tidak, kerana manusia mempunyai hati yang perlu dijaga dihormati oleh orang lain.
Kita perlulah memikirkan perasaan orang lain jika ingin menegur sesuatu kebatilan. Perlulah contohi teknik Nabi Muhammad di dalam menyampaikan ajaran Islam. Tidak menyakiti hati tetapi menyampaikan dengan begitu berhikmah. Jangan fikir kita hebat sangat, takut nanti orang yang tersakit hati itu menadahkan doa untuk mendoakan kita hancur.
2 comments:
berterus terang dalam cara yang
paling halus, itu yang trbaik :)
terus terang itu penting walaupun pahit dilafazkan
Post a Comment