Sunday, July 3, 2011

TEGURLAH DENGAN BAIK


Konbanwa

Hai apa khabar semua? Hari ini yutaka ingin mengambil satu kisah mengenai teguran. Teguran itu dilakukan apabila menyedari apabila terdapat satu tingkah yang bercanggah dengan sebenarnya. Tapi adakah teguran yang dilakukan itu bersesuaian. terlebih lagi apabila teguran dilakukan ke atas orang lama. Memang susah hendak menegur orang lama, kan?

Yutaka ada mendengar mengenai bagaimana teguran yang dilakukan oleh teman yutaka ini sangat tidak bersesuaian. Teguran yang dilakukan adalah dengan cara menghempas surat di depan orang lama. Konon atas alasan orang lama ini tidak mengikut prosedur di dalam melaksanakan kerja. Apabila mendengar akan kisah itu, yutaka jadi sedih akan sikap teman yutaka itu.


Walau apa pun kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, tidak sepatutnya teguran sebegitu dilakukan ke atas orang lama. Bukan setakat orang lama sahaja, sesama insan lain pon sama. Sepatutnya rasa hormat kepada orang yang lebih tua perlu disemai dan diamalkan sejak dari kecil lagi. jadinya apabila berlaku sesuatu percanggahan aturan, teguran yang lebih hikmah boleh digunakan.

Cakap baik-baik pun, pastinya orang boleh terima. Tak perlu marah-marah seperti ibu memarahi anaknya. Yang penting, kita mesti berfikir sebelum bertindak. Jika mahu menegur seseorang terutama sekali orang lama , hendaklah kita menegur dengan baik. Sesiapa pun akan marah sekiranya orang itu berkasar bahasa dengan kita. Jika kita amalkan kata-kata ini, nescaya aman lah dunia :)


  Sebagai orang muda, kita mesti hormati orang tua. Sebagai orang tua, kita hendaklah menyayangi orang muda.



No comments: