Saturday, July 16, 2011

TAHNIAH ADIK KU ..


Konbanwa

Hari ini adalah hari di mana mood yutaka amat baik sekali. Yutaka gembira kerana adik yutaka yang paling bongsu dan paling manja berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. Mengikut katanya, universiti yang beliau ditawarkan tidak seperti yang diidamkan selama ini. Tapi, tidak mengapalah, yang penting dapat melanjutkan pelajaran.

Jikalau dihitung jumlah yang memohon, adik yutaka kira beruntung kerana berjaya menempatkan diri di dalam universiti tempatan dan terkemuka itu. Memang universiti itu merupakan universiti pilihan yutaka selepas yutaka habis Sijil Pelajaran Malaysia dahulu. Tapi nampaknya, adik yutaka yang bisa menjejakkan kaki di sana. Alhamdulillah. Yutaka tumpang gembira.


Tiba-tiba yutaka teringin untuk kembali menuntut ilmu pula. Mesti seronok kan dapat menuntut ilmu secara formal. Tetapi bukan sekarang masanya. Biarlah adik-adik lepas dahulu. kemudian barulah yutaka memikirkan untuk menyambung kembali pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.  Sekurang-kurangnya yutaka dapat menunjukkan teladan yang baik tuk adik-adik tuk teruskan belajar walaupun usia telah meningkat. 

Lagipun itu merupakan cita-cita yutaka yang pernah yutaka suarakan kepada arwah ayah yutaka. Insya Allah, jika ada kelapangan dari segi masa dan wang ringgit, yutaka pasti akan melanjutkan pelajaran. Biar kita kurang berharta, tapi kita kaya dengan ilmu dan pegagan agama. Kita jangan dihina kerana kurang nya ilmu. Itulah yang yutaka pelajari daripada Cik El Yan, pemegang master oversea.

  Kepada adik yutaka, yutaka ingin berkata

" TAHNIAH DAN SYABAS. YUTAKA BERBANGGA DENGAN KAMU "



Friday, July 8, 2011

KERANA CINTA SANGGUPKAH ANDA


Konbanwa

Hari ini yutaka ingin membawakan satu tajuk mengenai CINTA @ LOVE. Cinta itu indah dan buta. Buta? Bukan salah cinta jika anda menjadi buta tetapi salahkan diri anda yang begitu taksub dengan cinta. Orang kata kerana cinta sanggup kita lakukan apa sahaja. benarkah begitu? Mari kita lihat betapa besarnya kuasa cinta yang berlaku di sekeliling kita

Kerana cinta, kita sanggup berbuat apa sahaja. Contohnya kerana cinta, seseorang sanggup bersengkang mata untuk menangis kerinduan. Ini ditujukan kepada kaum hawa. jangan marah ye. Tapi itulah penangan cinta. Situasi yang selalu terjadi adalah apabila berlakunya pergaduhan kecil atau pun besar, di mana si lelaki akan terus menghentikan setiap bentuk perhubungan dengan kekasihnya itu

Kerana cinta, seseorang itu sanggup memperjuangkan sampai hujung nafasnya. Situasi ini terjadi apabila kekasihnya itu sangat menawan di mana pastinya akan dikelilingi dengan jantina berlawanan. lagi payah apabila yang cuba mendekati itu mempunyai pakej wajah comel. tetapi jangan risau, selagi cinta anda ikhlas selagi itu Allah mendengar doa anda itu.


Ada juga kerana cinta, sanggup mengongkong pasangan nya. Semua tidak boleh dilakukan terutama sekali terlibat dalam laman sosial seperti FACEBOOK, TWITTER, BLOGGER, dan lelain. Jika ada sekalipun, pasword dikongsi bersama di mana untuk mencegah sebarang bentuk "penguratan" terjadi. dan pasangan yang sedang " dirantai " itu pun tidak kisah akan tindakan itu. Kerana apa? Kerana cinta juga.

Cinta juga boleh membuatkan kita merana di mana ada yang sanggup menunggu kita walaupun memang sudah tertulis tiada jodoh. tetapi kasihan kan, bila orang yang sanggup menunggu itu tidak memberikan sebarang ruang tuk dirinya berbahagia dengan orang lain. Bercerita mengenai menunggu ni, ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas kembali cintanya. Jika sudah sampai tahap camtu, bermakna memang perlu berhati-hati la ye.


Pokoknya adalah hati. Jika kerana cinta, ianya memudaratkan diri maka perlulah kita berfikir banyak kali untuk berbuat sesuatu tindakan itu. Tetapi jika memang tertulis die memang jodoh kita, jangan takut kerana Allah akan lindungi jodoh kita daripada serangan cinta yang lain. ok?


Sunday, July 3, 2011

TEGURLAH DENGAN BAIK


Konbanwa

Hai apa khabar semua? Hari ini yutaka ingin mengambil satu kisah mengenai teguran. Teguran itu dilakukan apabila menyedari apabila terdapat satu tingkah yang bercanggah dengan sebenarnya. Tapi adakah teguran yang dilakukan itu bersesuaian. terlebih lagi apabila teguran dilakukan ke atas orang lama. Memang susah hendak menegur orang lama, kan?

Yutaka ada mendengar mengenai bagaimana teguran yang dilakukan oleh teman yutaka ini sangat tidak bersesuaian. Teguran yang dilakukan adalah dengan cara menghempas surat di depan orang lama. Konon atas alasan orang lama ini tidak mengikut prosedur di dalam melaksanakan kerja. Apabila mendengar akan kisah itu, yutaka jadi sedih akan sikap teman yutaka itu.


Walau apa pun kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, tidak sepatutnya teguran sebegitu dilakukan ke atas orang lama. Bukan setakat orang lama sahaja, sesama insan lain pon sama. Sepatutnya rasa hormat kepada orang yang lebih tua perlu disemai dan diamalkan sejak dari kecil lagi. jadinya apabila berlaku sesuatu percanggahan aturan, teguran yang lebih hikmah boleh digunakan.

Cakap baik-baik pun, pastinya orang boleh terima. Tak perlu marah-marah seperti ibu memarahi anaknya. Yang penting, kita mesti berfikir sebelum bertindak. Jika mahu menegur seseorang terutama sekali orang lama , hendaklah kita menegur dengan baik. Sesiapa pun akan marah sekiranya orang itu berkasar bahasa dengan kita. Jika kita amalkan kata-kata ini, nescaya aman lah dunia :)


  Sebagai orang muda, kita mesti hormati orang tua. Sebagai orang tua, kita hendaklah menyayangi orang muda.