Thursday, June 9, 2011

MELANCONG ATAU MELENCONG?


Konbanwa

Apa khabar semua? hari ini yutaka mencuri masa untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog kesayangan yutaka ini. sebenarnya yutaka baru sahaja balik dari Cameron Highland, trip ofis yutaka sempena hari keluarga jabatan. Sebelum ke Cameron Highland itu, yutaka disogokkan dengan cerita kebosanan apabila berada di dunia Cameron itu. Makanya, minda ini telah terset separuh dengan cerita itu. 

Tidak lah teruk sangat untuk bercuti di sana, malah yutaka rasa ianya trip yang boleh menenangkan segala kekusutan di jiwa. Tapi yutaka tahu mengapa orang berkata trip ke sana membosankan? Ianya adalah kerana mereka tidak pergi melawat tempat² menarik di sana. Kebetulan ketika di sana yutaka berkesempatan melawat ke tempa-tempat selain daripada pasar karat di sana.


Memang seronok la melawat tempat orang. Banyak perkara yang yutaka belajar sepanjang berada di sana. Belajar mengenai sosio budaya masyarakat di Cameron Highland. Sepanjang yutaka berada di sana, yutaka dapat melihat keselamatan terjamin di mana pelancong tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka. Yutaka tidak nampak seorang polis pon berjalan mengawasi kawasan di sana. Bukan bermaksud polis tidak menjalankan tugas, tetapi situasi ini menunjukkan tahap keselamatan di sana amatla terjamin.

Di sana, udaranya sangat sejuk. Pijak lantai pon terasa sejuknya. Masyarakat di sana tidak memerlukan kipas dan penghawa dingin kerana udara di sana cukup memadai untuk menyejukkan persekitaran di sana. Baru yutaka teringat, yutaka tidak nampak seekor lalat berterbangan di sana. Mungkin lalat tidak larat untuk memanjat Cameron Highland kot. Kurang sedikit peratusan penyakit yang dibawa oleh lalat.hehe.

Di sebabkan kesuntukan masa di sana, yutaka hanya bisa melawat Ladang Teh Boh dan Taman Kaktus sahaja. Itu pon sekejap sahaja. Tidak mengapalah kan, lain tahun boleh pergi lagi. Pastinya yutaka akan merindukan situasi di sana dan yang paling penting yutaka akan rindukan Puteri Insyirah Cameron Highland.





No comments: