Wednesday, June 15, 2011

KU TAK BISA DAPATKAN KAMU


Konbanwa

Salam sejahtera. Sebenarnya yutaka dalam mood sedih kerana wanita Miss Beauty yang yutaka sangat suka sudah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Sudah lama yutaka cuba memikat dirinya, namun tak pernah dibalas. Bermacam sudah taktik yang dijalankan untuk memikat dirinya seperti sms (tidak berbalas), telefon (tidak pernah berangkat), menulis novel untuk dirinya (tidak bisa menyentuh hatinya), mengunjungi dirinya di pejabat (tak juga dihiraukan), dan add as friend di facebook (tak pernah di approve)

Segala bentuk perhubungan tidak dilayan seolah tidak mahu memberikan sebarang ruang dan peluang untuk yutaka merapati beliau. Yutaka pernah satu kumpulan dengan Miss Beauty di dalam kursus yang sama, namun tetap tidak bisa untuk mendekati dirinya kerana dirinya sentiasa menghindar. Apa salahnya yutaka sehingga diri ini tak bisa untuk mendekati? Mungkin kerana yutaka tidak kacak seperti hero korea atau mungkin kerana yutaka tidak pandai melawak seperti Jim Carey? Atau mungkin kerana langkah jalan yutaka tidak seperti model antarabangsa?


Yutaka tertanya mengapa dan kenapa? Rakan rapatnya amat mengkagumi dengan susun atur ayat yutaka yang begitu indah (menurut sumber suami rakan rapatnya) Namun cinta tidak bisa dibeli dengan apa jua sekalipun sekiranya tidak diizinkan olehNya. Yutaka terfikir mengapakah keikhlasan yutaka ini tak pernah dirasai oleh Miss Beauty? Sering yutaka memikirkan hikmah di sebalik kisah sedih ini. Akhirnya yutaka diberikan juga pengetahuan dariNya mengapa yutaka tidak bisa mendapatkan Miss Beauty walaupun hati ini benar-benar ikhlas menyinta.


Walaupun yutaka tidak bisa memiliki Miss Beauty itu, namun yutaka tetap mendoakan kebahagiaan dirinya itu. Cinta tidak semestinya memiliki dan cinta memerlukan pengorbanan hakiki. Bagi yutaka, cukuplah sekadar dia mengetahui yang yutaka ikhlas terhadapnya. Dan kini, yutaka terpaksa "membunuh" rasa cinta ini untuk dirinya. Kerana apa? kerana yutaka tidak dijadikan untuk dirinya.

No comments: