Konbanwa
hai semua.. hari ini yutaka ingin menceritakan mengenai keperluan menjaga ibu bapa berbanding dengan orang lain. Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada anak-anaknya. Tidak ada seorang pon di kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya menderita. Tetapi bagaimana pula peranan yang perlu dimainkan oleh sang anak, sedangkan ibu bapa mereka sudah menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya.
Anak-anak dimestikan untuk menjaga ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka tidak sempurna. Ya.. mungkin ada ibu bapa yang tidak mampu menyempurnakan kehendak anak-anaknya kerana kekangan wang, masa dan ilmu. Tapi, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga ibu bapa. Sejahat atau sebaik manapun ibu bapa, mereka tetap perlu dijaga dan dihormati
Menjaga ibu bapa yang yutaka maksudkan adalah menjaga perasaan mereka, menjaga sakit pening mereka, dan menjaga maruah mereka. Anak-anak kadangkala suka memberontak apabila kehendak mereka dirantai oleh ibu bapanya. Ada yang sanggup melawan dengan kata-kata dan perilaku apabila kehendak mereka tidak dituruti. Tetapi tidak kah anak-anak terfikir, mengapa ibu bapa mereka melarang anaknya menyempurnakan kehendak mereka? Tentunya kerana sayang. Sayang sekiranya anak-anaknya dimudaratkan oleh kehendak anaknya itu.
Menjaga sakit pening ibu bapa merupakan satu perkara yang sukar dilakukan oleh sang anak. Jika yang di perantauan, mereka tidak terlepas untuk menjalankan peranan ini. Jika tidak dapat menjaga dengan mata kepala, eloklah dijaga dengan bertanya khabar dan melawat sekiranya ada kelapangan. Anak-anak yang dekat pula, adalah tidak patut sekiranya mereka tidak mempedulikan sakit pening orang tua nya. Ibu bapa bukan hendak duit berjuta, cukuplah sekadar menjaga sakit pening mereka di hari tua.
Menjaga maruah ibu bapa juga adalah perkara terutama sekali untuk dilaksanakan. Cubalah menjadi anak yang pandai menjaga air muka ibu bapa nya dengan tidak melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, agama dan tatasusila manusia. Biarlah tidak bijak dari segi pelajaran asalkan bijak di dalam menjaga maruah ibu bapa mereka. tetapi sekiranya anak-anak bijak di dalam pelajaran dan ditambah dengan perilaku yang terpuji, sudah tentu ibu bapa mereka tersenyum bangga.
Satu hal yang mungkin sering anak-anak lupa iaitu lalai di dalam menjaga ibu bapa mereka. Mereka sibuk untuk mencari keseronokan dunia tanpa menghiraukan penjagaan ibu bapa nya di rumah. Selagi ibu bapa anda semua ada, jagailah mereka sebaik mungkin. Jangan sesekali melukakan hati ibu bapa kita, kerana takut tidak sempat untuk mengucup tangan dan melafazkan maaf kepada mereka.
No comments:
Post a Comment