Sunday, March 27, 2011

BILA SAYA MENJADI BOS..


Konbanwa

Hai semua.. Sudah lama rasanya tidak ber blog nih.. rindu nya.. Kali ini yutaka hendak membawakan satu penceritaan mengenai masa depan.. 

JIKALAU YUTAKA MENJADI BOS, APAKAH YANG AKAN TERJADI?

Setiap orang mengimpikan untuk menjadi seorang bos di dalam kerjayanya.. begitu juga yutaka.. Terkadang terfikir untuk menjadi bos. Tapi bila fikir kembali, bagaimana tingkahnya yutaka apabila menjadi seorang bos di dalam sebuah organisasi? Persoalan yang bermain di kotak minda, jika yutaka menjadi bos

a) adakah yutaka akan menjadi seorang bos yang sombong ?
b) adakah yutaka akan menjadi bos yang serius tanpa humor?
c) adakah yutaka akan lupa kawan lain yang dulunya sangat akrab? 
d) adakah yutaka akan menjadi bos yang sangat tegas dalam kerjanya?
e) adakah yutaka tidak akan menegur rakan-rakan lama apabila bersua?


Ramai rakan yutaka selalu berpesan, jika suatu hari yutaka menjadi bos, jadilah bos yang tidak sombong. Jadilah bos yang tidak lupa asal usul di mana berjalan biarlah berpijak di bumi nyata. Jika berjumpa, bertegur sapa, jangan buat-buat tak kenal jika sudah berada di atas nanti. yang selalu berpesan kepada yutaka adalah Encik Jelani aka abang jai Terima kasih kepada beliau.

Rakan sepejabat yutaka juga pernah berkata, beliau agak kesal dengan sikap kacang lupakan kulit seorang bos muda. Bos muda ini dahulunya pernah bersama-sama bekerja dengan beliau ketika jawatannya bukan bos. Cukup akrab, bersukan bersama, gelak tawa bersama. Jadi yutaka pun mengambil iktibar dengan kisah itu. Walau setinggi mana pun jawatan kita, jangan "dihina" jawatan bawahan.

Ada juga rakan sepejabat merungut mengenai tegasnya bosnya tidak bertempat. itu tidak boleh,. ini tidak boleh. Tiada tolak ansur, dan kadangkala orang naik takut dengan bosnya itu. Kadangkala perlu juga bertolak ansur, sebab mana tau esok lusa bahagian kita pula. Bukannya apa, takut nanti orang bawahan akan mendoakan kesengsaraan kepada bosnya.. nanti sapa susah, bosnya dan familinya juga yang susah.

Menjadi bos bukannya senang. Tapi yutaka begitu kagum dengan mantan bos yutaka HAJI OBET BIN TAWIL yang membawakan ciri kepemimpinan yang positif. Jikalau satu hari yutaka berpeluang menjadi bos, yutaka akan mengambil ciri-ciri kepemimpinan beliau sebagai teladan.


Gambar di atas adalah gambar mantan bos yutaka
Haji Obet Bin Tawil

Wednesday, March 23, 2011

ADA APA PADA SPM YUTAKA?


Konbanwa

Hari ini 23hb Mac 2011, hari keluarnya keputusan SPM bagi seluruh pelajar di Malaysia. Ini mengingatkan kembali saat yutaka mengambilnya di sekolah dahulu. itulah saat paling manis dalam hidup yutaka. Kenapa yutaka kata saat manis? Semestinya yutaka berbangga dengan keputusan yutaka itu yang selari dengan usaha dan kekuatan minda yutaka yang maksima.

Yutaka ketika itu mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik di salah sebuah sekolah teknik. Keluarnya keputusan SPM yutaka adalah bukan pada hari hujung minggu. Dengan perasaan berdebar, yutaka dan keluarga mengambil keputusan itu pada hari Sabtu. Ding dong seram gile. Rakan-rakan lain semua sudah bertanya, apakah keputusan SPM yutaka. Tetapi yutaka hanya mengatakan yutaka akan mengambilnya selepas 3 hari kerana kekangan bekerja oleh kedua orang tua yutaka.




Jarak kediaman dengan sekolah teknik itu agak jauh. adalah lebih satu jam perjalanannya. dalam hati memang xmenentu kerana memikirkan apakah keputusan SPM yutaka. Bonda tercinta meminta ku mengagak berapakah A yang boleh yutaka perolehi dalam SPM. lagi lah yutaka gabra tahap gaban. Bertolak selepas subuh, dengan tidak bersarapan. Kereta yang dipandu berdesup membelah jalan.


Sampai di sekolah teknik, diri ini semakin tak keruan. yutaka dengan lajunya memasuki pejabat pentadbiran untuk mengambil keputusan. Sebelah yutaka ditemani sang ibu. Tidak sabar bondaku untuk melihatnya. Kerani sekolah memberi slip keputusan kepadaku. Dup dup dap dap.. laju jantung berlari. Bila membukanya, yutaka mengira berapa A yang yutaka perolehi. syukur kepadaNya, yutaka bangga dengan keputusan itu. Segala perit jerih yutaka berada diperantauan berbaloi.


Guru pembimbing tiba-tiba berada di situ dan melihat keputusan yutaka. Senyum lebar dia sambil mengatakan yutaka berpeluang cerah untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam. yutaka hanya tersenyum puas sambil diberikan tahniah oleh kedua orang tua dan ahli keluarga yutaka. manisnya saat itu. Sesungguhnya itulah saat indah yang akan yutaka simpan sampai bila-bila.. 





Monday, March 7, 2011

DIA SANGAT BERKIRA


Konbanwa

Yutaka sebenarnya baru bertuka pejabat. Hendak kata baru sangat, tidak la. tetapi sudah masuk 4 bulan yutaka di pejabat yang baru.  Seronok juga bertuka suasana pejabat. Semua staf agak mesra alam dan kelihatan sebuah keluarga yang bahagia. Syukur kepadaNya

Di sebalik kegembiraan itu, bohonglah jika yutaka katakan sentiasa gembira dan tiada masalah. Bila yutaka ceritakan mengenai masalah pejabat kepada cik El-yan, pastinya dia akan berkata " kau ni sentiasa ada masalah di pejabat kan? " (tak membantu langsung..huh) Kali ini yutaka bukan hendak mempertikaikan mengenai sikap berkiranya rakan sekerja yutaka tetapi lebih kepada memikirkan kenapa rakan sekerja yutaka sangat berkira dengan yutaka.


Di dalam pejabat yutaka ada seorang lelaki yang berjawatan Pembantu Am. Salah satu tugasnya adalah urusan  menghantar surat. Yutaka kadangkala  ada juga meminta bantuannya untuk mengepos surat secara rasmi. Tapi apabila hendak meminta tolong, banyak sahaja alasannya. tapi Pembantu Am ini tidak pernah berkira dengan wanita. Laju je bila wanita yang meminta bantuan.

Pernah bos yutaka berkata " Kenapa awak yang pos surat? Kita kan ada Pembantu Am " 
Apalagi, yutaka selamba la cakap " Pembantu Am tu berkira dengan saya "
Bos pun berkata lagi " Dia ingat dia tu sapa. Dia ingat dia staf lama, senang-senang je boleh buli awak "
Yutaka pun berkata " Saya nak wat camne, malas hendak panjang cerita "

Hati memang panas membara dengan perlakuan Pembantu Am yang sungguh berkira. Tapi sebagai orang yang baru masuk pejabat, yutaka kena lah sabar sedikit. Mengalah tidak semestinya kalah. Yutaka yakin akan putaran dunia. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika kita sombong di atas, jangan harapkan orang akan bantu bila kita di bawah nanti.

Sampai sekarang yutaka sentiasa mencari jawapan mengapa Pembantu Am itu sungguh berkira. Pelbagai andaian yang bermain di fikiran. Kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana gunung berapi akan meletup bila sampai waktunya.


KEGEMBIRAANKU TERLETAK


Konbanwa

Selamat bertemu kembali di dalam coretan blog ini. Hari ini yutaka sangat beremosi bila mencoretkan mengenai ibu. Untuk pengetahuan semua, yutaka memang seorang yang rapat dengan keluarga.  Ke mana sahaja pasti bersama. Yutaka rapat dengan ibu yutaka sehinggakan yutaka digelar sebagai ANAK EMAK. Persetan dengan gelaran itu. Yutaka tidak kisah sebab bukan mereka yang menjaga ibu yutaka..

Yutaka sentiasa gembira apabila melihat ibu yutaka tersenyum. Bila ibu yutaka sedih, yutaka akan turut bersedih. Kerana apa? Kerana yutaka hanya ada ibu yutaka sebagai harta yang paling yutaka sayang. Yutaka sentiasa mengingati janji yutaka kepada arwah bapa yutaka untuk sentiasa menjaga ibu yutaka sebaiknya. Makanya, berbakti kepada ibu yutaka merupakan satu kepuasan dalaman yang begitu membahagiakan.


Jikalau suatu hari yutaka akan berhijrah ke tempat lain, yutaka akan bawa bersama ibu yutaka. Kerana apa, kerana ibu yutaka adalah segalanya bagi yutaka. Sumber kekuatan dan sumber keberkatan hidup. Jikalau ada rezeki lebih, yutaka akan menemani ibu yutaka untuk menunaikan fardu Haji bersama. Biarlah yutaka menjadi perisai untuk ibu yutaka melontar jamrah, walaupun yutaka tidak punya badan yang sasa.

Yutaka selalu berdoa supaya yutaka punya kesempatan untuk menabur bakti sepuas-puasnya dan mengembirakan ibu sentiasa. Ini kerana kegembiraan ku terletak di hati ibu yang gembira. Jika anda semua punya lagi orang tua, berbaktilah kepada mereka. Kerana takut kita tidak sempat untuk berbuat bakti.