Sunday, January 23, 2011

KERJA LEMBAB TAPI DAPAT ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG


Konbanwa

Hai-hai. Title arini sangat kontroversi ya. Sebenarnya isu Anugerah Pekerja Cemerlang ini kalau didebatkan memang tidak akan habis. Ada sahaja pertikaian apabila membentangkan senarai nama yang mendapat anugerah pekerja cemerlang (APC). Yutaka pun tidak tahu apakah kriteria cemerlang itu sebenarnya. Yutaka cuma tahu salah satu ciri pekerja cemerlang itu adalah bekerja dengan pantas dan berkualiti. Tapi bagaimana dengan pekerja yang kerjanya lambat? Tidak layakkah dia mendapat APC?

Tidak semestinya yang layak mendapat APC adalah orang yang kerjanya pantas. Yang kerja agak kurang pantas pon boleh memasuki senarai penama penerima APC. Asalkan beliau mempunyai inisiatif untuk menyempurnakan tugasnya dengan sebaiknya. tapi semua itu bergantung kepada bos yang menilai. Kalau bos tak suka, jangan berangan la yek. Simpanlah angan-angan itu dalam kotak mimpi sahaja.


yutaka pernah berhadapan dengan staf yang kerjanya agak kurang pantas. yutaka pon tak tahu bagaimana dia mengawal aliran kerjanya itu. tengok macam banyak, tapi kalau bab lunch mesti lama giler. kadang-kadang lunch dari kol 1 sampai kol 4. oppss.. tertulis waktu plak.. bila bos takde, lagi cpt menghilangnya.. hendak buat macam mana, bos tu best friend dia. 

Yutaka tidak kisah pon dengan sikap staf sebegitu. dia hendak tunggang terbalik pon, yutaka malas hendak ambil pot. lantak pi la. Nanti bila busy body, kena pulau pulak. So better do ur work. lagipun kubur masing-masing. Tapi yutaka pernah berurusan dengan staf ni. Aduhai, lambatnya memang boleh bikin hati panas. Tapi mengenangkan diri yang meminta pertolongan. Kena sabar la walaupun dia kerja agak LEMBAB. tapi da tau agak kurang pantas, janganlah asyik dok menghilang je. Macam mana kerja hendak siap.

Pelik juga ya. kerja agak kurang pantas, tiada inisiatif dan suka menghilang tetapi dapat APC. Bagaimana itu yek? Apakah kriteria yang dipandang oleh bos-bos? Mungkin kriteria kuat kipas itu yang melayakkan beliau mendapat APC. maklumlah baik dengan bos. baik punya kipas. Moga Allah memberikan hidayah kepada beliau.  Amin3x


3 comments:

yana said...

kalau pandai bodek dapat lahh APC. :p

Unknown said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Dr Mohd Effendi said...

Setuju sangat2. Setuju (sejuta kali).