Konbanwa
Apa khabar semua? Sudah lama tidak mencoretkan sebarang penulisan di blog ini. Sampai ditegur oleh adik angkat yutaka iaitu adik 2189 yang katanya begitu mengikuti perkembangan blog yutaka ini. Untuk post kali ini yutaka ingin berkongsi pandangan yutaka mengenai ibu mertua dan menantu wanitanya.
Sebenarnya yutaka tidak ada pengalaman bersama dengan ibu mertua ini, sebab yutaka masih lagi kacak bergaya dan muda lagi untuk berkahwin. hehe. Tetapi yutaka banyak mendengar cerita mengenai ibu mertua dan menantu wanitanya. Kakak angkat yutaka selalu berpesan di mana sekiranya suatu hari yutaka akan berkahwin, maka elakkan daripada duduk dengan ibu yutaka. Yutaka bertanya kenapa?
Kakak angkat yutaka berkata akan ada masalah apabila menantu wanita duduk dengan ibu mertua. Orang kata panas punggung. Masing-masing punya emosi sendiri. Kalau kena dengan menantu yang selalu beralah, aman sedikit. Tetapi kena dengan menantu yang angin beliung dan api membara, alamatnya bercakaran la ibu mertua dengan menantu wanitanya
Boleh kah duduk serumah antara ibu mertua dan menantu wanitanya? hurm.. bagi yutaka boleh aja. tapi rasanya cam susah je. Susah disebabkan oleh mulut² longkang ahli mesyuarat tingkap. Ada je yang kaki hasut memburuk-burukan menantunya. Itu satu, yang keduanya adalah kadang² menantu wanita ini cam ada angin malas nk berkemas.. so angin amarah si ibu mertua pon datang tiba².. Si suami bukan malas dalam membantu mengemas, tetapi kadang² tidak tersempat hendak mengemas (ni bukan alasan untuk selamatkan diri yek)
Kesimpulannya, baik mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, eloklah kiranya berdikari sendiri. Susah senang hidup berdua dirasai bersama. Baru la dikatakan sehati sejiwa kan.. Kalau hendak duduk juga, pastikan ibu dan bapa mertua duduk bersama dengan menantu lelaki. kurang risiko gaduh2 manja ni.. hehe.. pepe pon.. selamat menjalani kehidupan rumah tangga kepada yang sudah berkahwin.

No comments:
Post a Comment