Saturday, December 11, 2010

MAHU MELIHAT KEPERIBADIAN?


Konbanwa

Ok murid-murid sekalian, hari ini Yutaka sensei ingin menceritakan mengenai keperibadian. Keperibadian merupakan sesuatu nilai dalaman yang sukar dillihat secara langsung. Jika tidak diamati dengan sesungguhnya, sukarlah bagi kita untuk "membaca" nya dengan tepat. Tetapi bolehkah kita melihat keperibadian seseorang? 

Yutaka ada membahaskan isu ini dengan rakan-rakan. Statement yutaka berbunyi 

Keperibadian seseorang itu boleh dilihat melalui butir bicaranya dan penzahiran katanya di dalam laman sosial seperti Facebook, Myspace dan lain-lain. 


Pelbagai reaksi berbeza telah diterima. Tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan penyataan yutaka itu. Ada yang berkata : Kita tidak boleh menilai seseorang itu melalui penulisannya. Mungkin apa yang ditulis berbeza dengan keperibadiannya itu. Ada juga yang berkata : jika hendak mengenali keperibadian seseorang itu, maka hendaklah kita mengenali hati budinya terlebih dahulu. Dan ada juga yang berkata : mungkin seseorang itu di kala itu sedang menghadapi masalah di mana di kala itu ketegangan itu menyebabkan terzahirnya kata-kata yang kurang enak di dengar.

Maklumbalas yang diterima memang tidak yutaka nafikan ada kebenarannya. Tetapi setelah diteliti pro dan kontra, yutaka masih percaya dengan statement yutaka itu. Tidak semua tapi secara keseluruhannya adalah sebegitu. Penggunaan kata-kata yang tidak elok didengar merupakan cerminan diri secara tidak langsung. 

Mungkin orang berkata, mulut lain hati lain. Adakah orang yang berhati mulia akan menjatuhkan maruah dirinya dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar? Yutaka rasa tidak mungkin hal ini akan terjadi. Adakah kita hendak dilabelkan negatif dengan sewenang-wenangnya oleh orang lain. Maka di sini, faktor hati dan niat memainkan peranan. Dari niat maka terzahirnya kata-kata bicara.


Berkenaan dengan penggunaan kata-kata yang tidak elok di kala stress, yutaka rasa manusia tidak terlepas dari berbuat demikian. Ketegangan akan membuatkan hormon-hormon di dalam badan kita menjadi tidak stabil. Ini akan menyebabkan kita secara tidak sedar berkelakuan tidak sewajarnya. Persoalan yang timbul di sini, adakah perlu selalu mengeluarkan kata-kata nista setiap kali kita stress? Tidak perlu mengeluarkan kata-kata nista yang tidak sedap didengar. cukuplah menggunakan ayat-ayat yang berlapik tetapi mendalam maknanya.

Akhir sekali, jangan lah kita menggunakan bahasa yang tidak sopan didengar. Ini kerana BAHASA JIWA BANGSA. rosak jiwa akan merosakkan bahasa. Gunakanlah bahasa Melayu dengan sebaiknya kerana bahasa Melayu itu indah.



No comments: