Wednesday, July 28, 2010

RISAU AKAN UMUR BERKAHWIN



Konbanwa

Baru-baru ini yutaka ada berborak kosong dengan rakan yutaka berjantina wanita mengenai perkahwinan lewat. Walaupun hanya berborak kosong namun yutaka dapat mempelajari sesuatu ilmu hasil interprestasi borak-borak kosong itu. Wanita itu sangat risau akan jodohnya yang masih belum nampak bayangnya. Wanita tersebut selalu merungut akan “kelembapan” teman lelakinya yang tidak lagi muncul untuk melamar.

Kaum lelaki ni bukan sengaja pasif dalam hal merisik, meminang dan berumahtangga. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum betul-betul bersedia di dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.Mental dan material semua kena disiap siaga kan. Pihak wanita pula asyik mendesak supaya dirinya dilamar dengan kadar segera. Bukan sengaja dilambatkan, tapi itu adalah persiapan untuk keselesaan hidup berumahtangga nanti.

Alasan yang selalu diungkitkan sang wanita adalah berkenaan dengan usia yang semakin meningkat. Jangka hayat “kejantanan” lelaki panjang berbanding dengan jangka hayat “feminine” wanita. Ini berkaitan dengan kerisauan mengenai kehamilan yang lewat.  Makin berusia, makin banyak komplikasi kehamilan yang akan berlaku seperti :

•    Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia
•    Bayi yang di kandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
•    Risiko down syndrome
•    Masalah jantung
•    Bayi mati dalam kandungan
•    Keguguran
•    Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak di kawal
•    Berat bayi kurang
•    Uri di bawah
•    Kelahiran kembar

Mungkin pihak lelaki perlu memikirkan mengenai komplikasi yang boleh berlaku sekiranya berlakunya kehamilan yang lewat. Jangan asyik mahu mengejar kesempurnaan sebelum perkahwinan kerana kesempurnaan di dalam hidup berumahtangga akan lebih mudah dicapai dengan penyatuan peranan suami dan isteri itu nanti. Kena juga beringat, jangan lambat-lambat nanti kena kebas dengan orang lain. Takut melopong tak sudah di kemudian hari.


No comments: