Wednesday, July 28, 2010

PUASA BUKAN ALASANNYA



Konbanwa
Apa khabar semua? Harapnya sihat la hendaknya. Jika sakit fizikal silalah jumpa doktor yang bertauliah. Tetapi jika berkaitan dengan emosi, kembalilah kepadaNya. Mengadu dan bermohon kepadaNya. Di sana ada jawapan bagi segala kekusutan. Yutaka sihat, syukur kepadaNya kerana memberikan kesihatan yang baik dari segi fizikal, minda dan emosi.

Sejak 2 menjak ini, yutaka selalu berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa sunat. Dengan niat ingin mendekatkan diri kepadaNya, membuatkan yutaka seronok menjalani ibadah puasa sunat ini. Di samping sering menginsafi akan kelemahan sebagai hambaNya, yutaka berpeluang untuk menjaga amanah Allah iaitu perut. Perut merupakan pinjaman Allah kepada kita, maka dengan berpuasa sunat kita boleh memberi rehat kepada perut. Kasihan perut kerana selalu bekerja untuk kita selama 11 bulan tanpa henti.

Semenjak berpeluang berpuasa ini, stigma yutaka telah berubah iaitu mengenai puasa. Selama ini yutaka beranggapan dengan berpuasa kita tidak boleh aktif di dalam menjalani kehidupan seharian. Mungkin didasari dengan alasan penat membuatkan kita semakin pasif. Sebenarnya semua itu bergantung juga kepada mainan minda kita juga. Jika kita negatif, jadilah negatif. Begitu juga sebaliknya.

Mungkin kebetulan, di saat yutaka berpuasa banyak aktiviti makan berlangsung. Aduhai.. walaupun sudah biasa makan makanan yang terhidang, tetapi dek kerana puasa semuanya nampak sedap. Bisikan syaitan selalu bertiup di halwa telinga dan ditambah dengan gurauan kawan-kawan yang menyuruh yutaka berbuka sahaja. Untuk menghilangkan rasa geram kerana tidak dapat makan, makanya yutaka pon melihat lauk pauk yang terhidang. Dapat tengok pon jadilah. Haha

Selain itu juga, banyak aktiviti fizikal yang yutaka sertai. Mula-mula diri dilanda kesangsian mengenai kesempurnaan tugas. Syukur kepadaNya, kesangsian ini berjaya diatasi dan stigma awal mengenai puasa terhapus sedikit demi sedikit. Jika selama ini tidak boleh dilakukan kerana puasa, sekarang insya Allah boleh dilakukan dengan jayanya. Apa yang penting adalah permainan minda kita. Kerana itu merupakan kriteria penting di dalam menjayakan sesuatu perkara.





RISAU AKAN UMUR BERKAHWIN



Konbanwa

Baru-baru ini yutaka ada berborak kosong dengan rakan yutaka berjantina wanita mengenai perkahwinan lewat. Walaupun hanya berborak kosong namun yutaka dapat mempelajari sesuatu ilmu hasil interprestasi borak-borak kosong itu. Wanita itu sangat risau akan jodohnya yang masih belum nampak bayangnya. Wanita tersebut selalu merungut akan “kelembapan” teman lelakinya yang tidak lagi muncul untuk melamar.

Kaum lelaki ni bukan sengaja pasif dalam hal merisik, meminang dan berumahtangga. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum betul-betul bersedia di dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.Mental dan material semua kena disiap siaga kan. Pihak wanita pula asyik mendesak supaya dirinya dilamar dengan kadar segera. Bukan sengaja dilambatkan, tapi itu adalah persiapan untuk keselesaan hidup berumahtangga nanti.

Alasan yang selalu diungkitkan sang wanita adalah berkenaan dengan usia yang semakin meningkat. Jangka hayat “kejantanan” lelaki panjang berbanding dengan jangka hayat “feminine” wanita. Ini berkaitan dengan kerisauan mengenai kehamilan yang lewat.  Makin berusia, makin banyak komplikasi kehamilan yang akan berlaku seperti :

•    Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia
•    Bayi yang di kandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
•    Risiko down syndrome
•    Masalah jantung
•    Bayi mati dalam kandungan
•    Keguguran
•    Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak di kawal
•    Berat bayi kurang
•    Uri di bawah
•    Kelahiran kembar

Mungkin pihak lelaki perlu memikirkan mengenai komplikasi yang boleh berlaku sekiranya berlakunya kehamilan yang lewat. Jangan asyik mahu mengejar kesempurnaan sebelum perkahwinan kerana kesempurnaan di dalam hidup berumahtangga akan lebih mudah dicapai dengan penyatuan peranan suami dan isteri itu nanti. Kena juga beringat, jangan lambat-lambat nanti kena kebas dengan orang lain. Takut melopong tak sudah di kemudian hari.


Saturday, July 24, 2010

BUAT KEPUTUSAN ITU MILIK SIAPA?


Konbanwa

Rindu rasanya yutaka nk mencoretkan sesuatu di dalam laman sendiri. Biasalah alasan sibuk dengan aktiviti harian merupakan satu alasan yang masih releven untuk tidak mencoretkan sesuatu. Oklah kali ni yutaka nk bawakan kisah membuat keputusan. Di dalam sesuatu perhubungan perlu ada satu komunikasi sehala di mana daripada apabila berlaku sesuatu masalah, pasangan boleh berkongsi pendapat dan mencapai satu keputusan yang lebih konkrit. Tetapi persoalannya siapakah yang boleh memberikan kata putus atau membuat keputusan? Adakah pihak lelaki atau pihak wanita?

Ada orang kata lelaki dan ada kata wanita. Lelaki dikatakan perlu mempunyai kuasa veto terhadap sesuatu keputusan di mana jika dapat membuat keputusan, maka terserlah kepimpinan beliau.Terkadang wanita yang ego juga hendak juga membuat keputusan sendiri. Keegoan ini disandarkan kepada taraf pemikiran yang lebih tinggi daripada si lelaki atau mungkin kerana taraf sosio ekonomi yang lebih hebat daripada si lelaki.
Wanita yang mempunyai sedikit kelebihan dari segi tahap pemikiran dan ekonomi merasakan pendapat si lelaki ni tidak bernas dan tidak boleh dipakai. 


Ini adalah satu situasi yang perlu ditanggung si lelaki apabila mencari pasangan yang tidak sekufu dengannya di mana wanita mempunyai sedikit kelebihan berbandingnya. Mungkin wanita mahukan sedikit kuasa untuk mengawal langkah lelaki itu. Maka dengan sedikit kuasa itu, wanita men gula-gula kan lelaki seolah-olah mahu mengambil tampuk kepemimpinan lelaki. Disebabkan lelaki sudah "kalah" dari segi itu, makanya segala keputusan diberikan kepada wanita untuk menentukannya.

Jadi milik siapakah keputusan itu? Yutaka merasakan adalah lebih baiknya lelaki. Ini kerana dengan mendapat kuasa dalam membuat keputusan, maruah sebagai seorang pemimpin itu tak tercela. haha. Bukan untuk menidakkan kepemimpinan wanita, tetapi dari segi kerasionalan dalam membuat keputusan, yutaka merasakan minda lelaki jauh lebih ke depan walaupun berbeza taraf pendidikan nya. Mungkin wanita boleh memberi idea, tetapi biarlah lelaki yang membuat keputusan.



Sunday, July 4, 2010

HIPOKRIT DALAM HARAPAN PALSU

Konbanwa

Tajuk di atas adalah satu tajuk yang yutaka tak pasti betul ke tidak dengan post yang akan ditulis.. tetapi bila bibir ini berulangkali menyebut dan memahaminya, rasanya bolehlah digunapakai.. haha.. Di dalam menjalinkan sesuatu hubungan yang ikhlas, kita tidak perlu mengambil risiko untuk menerima suatu pembalasan. Pembalasan itu adalah lebih kedapatan kita dengan sesuatu hubungan yang lebih jauh. Tidak faham? hehe.. biar yutaka perjelaskan lagi di bawah ini.


Apabila sesuatu hubungan ikhlas terjadi di antara lelaki dan wanita, pastinya akan timbul satu perasaan sayang. Samada di pihak lelaki atau di pihak wanita. Itu lumrah kehidupan apabila kita sebagai manusia yang punya nafsu akan tertarik kepada pasangan berlawanan jenisnya. Bila lafaz cinta dibicarakan, pastinya akan mengundang 1001 perasaan. Jika lafaz cinta diterima, bermakna suatu hubungan itu mungkin akan berakhir dengan suatu ikatan yang suci dan halal di sisi agama. Bagaimana pula, jika sebaliknya?




Bila suatu pasangan hanya menganggap kawannya itu hanya sebagai kawan sahaja, tidak lebih dari itu. Apakah perasaan kawan yang menyimpan perasaan cinta di jiwa? Lebih menyedihkan apabila kawan yang menyimpan cinta itu diberikan harapan palsu dengan kata²

" Jika tertulis kita bersama, jangan risau akan hakikat itu.  
Tetapi kita masih lagi kawan kan? "


Ada jua yang lebih kejam dengan mempergunakan kawan itu untuk kepentingan nya sendiri. Kerana dia tahu kawannya itu cinta kepadanya, maka disuruhnya dia untuk membuat itu ini sesuka hati. Kawan yang menyimpan cinta tu pon buat kerana cinta. Tidak kah ini di namakan hipokrit dalam memberikan harapan palsu. Jika tidak mahu menerimanya, tolaklah secara baik². Tak perlu mempergunakan dia untuk kepentingan sendiri. Bagi kata muktamad, jangan permainkan perasaan cinta itu. 


Itulah manusia kan? Suka memberikan harapan sedangkan hati tidak mahu memberikan satu ruang untuk si dia menunjukkan keikhlasan. Sekarang mungkin kita boleh berbangga kerana ada orang menyinta, tetapi jangan esok lusa kita merana kerana mendapat pembalasan dari Pencipta. hehe.. terlalu emosi pula. Hendak buat macam mana kan, semua ini adalah secebis pengalaman yang hendak yutaka kongsikan bersama untuk dijadikan suatu iktibar.