Sunday, April 11, 2010

SEMANGAT PATRIOTISME


Konbawa

Kali ini yutaka sahaja je tukar format penulisan blog ini. Hendak mencari kelainan walaupun selama ini yutaka mahu pertahankan corak penulisan yang asal. Mesti adik yutaka akan tergelak² mengenai corak penulisan yutaka yang baru ini. Tapi, tidak mengapa lah, bila lagi hendak mencuba kan?

Baru-baru ini yutaka ada menghadiri peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Soalan yang diutarakan adalah mengenai semangat patriotisme yang semakin berkurangan di kalangan orang muda. Betul kah begitu? Melihatkan kepada situasi kini, ada benarnya semangat patriotik di kalangan orang muda Malaysia semakin berkurangan. Di sini yutaka mahu bawakan mengenai 3 kisah mengenai hilangnya semangat patriotisme yang sungguh mendukacitakan.

KISAH 1

Ingatkah anda mengenai pemuda dari Kelantan yang membakar bendera Malaysia tidak lama dahulu? perbuatan membakar bendera Malaysia yang amat kita sanjungi ini adalah satu perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai "BIADAP". Yutaka tidak mahu menyentuh mengenai siapa yang men"gula-gula" kan pemuda ini, tapi yutaka mahu persoalkan mengenai jati diri pemuda itu? Adakah pemuda itu tidak cintakan negara Malaysia ini? Jika benar pemuda itu tidak sayangkan negara dia dilahirkan, yutaka rasa lebih baik pemuda itu melucutkan kewarganegaraan dia dan pergi ke negeri yang bergolak di luar sana. 



KISAH 2

HINDRAF atau lebih dikenali sebagai Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu telah menggemparkan dunia mengenai demontrasi jalanan yang telah berlaku pada tahun 2007. Perbuatan demontrasi jalanan ini dilakukan kerana ada ura-ura mengatakan pemerintah kita mengamalkan dasar pemansuhan etnik mereka. Apakah bukti yang boleh ditunjukkan kepada dunia mengenai tuduhan itu? Bila melihat kembali kepada persekitaran, yutaka lihat ada sekolah tamil disediakan, ada kuil, ada gerai-gerai kepunyaan orang India. Adakah ini dinamakan pemansuhan etnik? Kerajaan tidak pernah lupa akan pendidikan orang India, sentiasa mengemalkan sikap terbuka di dalam beragama dan juga sentiasa memberikan peluang samarata di dalam sektor ekonomi. Maka, di manakah buktinya?



KISAH 3

Baru-baru ini yutaka ke Pontian Johor kerana ada urusan perbankan di sana. kebetulan yutaka pergi selepas solat Jumaat, maka berduyun tiba pelanggan ke sana. Rasanya pemilik bank itu berbangsa Cina kerana ramai pekerja bank itu orang Cina. Maka yutaka duduklah memerhatikan gelagat manusia sambil menunggu urusan yutaka selesai. Disebabkan ramai yang berurusan, maka keluarlah seorang pekerja bank berbangsa Cina untuk melayani pelanggan yang semakin ramai ketika itu. Pekerja berbangsa Cina itu sibuk menanyakan pelanggan yang datang, dan kesemua yang ditanya itu adalah bangsanya sendiri. Mulanya tidak sedar.Tetapi bila semua ditanya itu bangsanya sendiri dan yutaka menjadi orang terakhir yang ditanyanya. Yutaka rasa sungguh terhina dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh pekerja bank ini. Adakah yutaka tidak layak dilayan seperti pelanggan lain? adakah kerana yutaka berbaju melayu, maka yutaka tidak ada hak untuk dihormati sebagai pelanggan?




Adakah ini dinamakan patriotisme? Masih tidak terlambat lagi kita untuk menyayangi Malaysia ini? Biarpun kita berlainan parti politik, berlainan ideologi namun jangan dilupa mengenai peri pentingnya menjaga kedaulatan Malaysia yang kita cintai ini. Jangan biar diri kita dikuda hitamkan oleh insan² yang punya agendanya tersendiri. Adakah kita mahu mewarisi bumi Malaysia yang bergolak ini kepada anak² kita dikemudian hari? Jangan dilakukan sebegitu.

No comments: