Konbawa
Hari ini yutaka banyak belajar sesuatu daripada sebuah pemerhatian. Syukur kepadaNya, kerana memberi yutaka ruang dan peluang untuk belajar melalui nikmat mata ini. Untuk kali ini yutaka nak kongsi kisah mengenai keberkatan hidup datangnya daripada restu ibu bapa. Bosan? Jika boring, sila tekan pangkah di hujung sebelah kanan atas sekarang ini. hehe.
relevankah restu ibu bapa di dalam setiap perkara? Persoalan ini sering menjelma di hati anak² yang mahu hidup bebas tanpa dikongkong oleh ibu bapa. walau sekecil mana pun sesuatu perkara itu, tetapi restu ibu bapa itu adalah umpama tiket untuk kita senang melangkah di dalam menjalani kehidupan seharian ini. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya susah. Jika mereka berleter, maknanya mereka sayang kepada kita. Tidak mahu kita terus hanyut di dalam dunia ciptaan manusia.
apa faedahnya jika anda direstui oleh ibu bapa? Pertamanya, Allah akan sayangi sesiapa yang menghormati dan menjagai hati ibu bapa. Bila restu sudah dapat, maka sudah tentu rahmat akan turun mencurah² umpama turunnya hujan membasahi bumi. Keduanya adalah dengan restu ibubapa, kita sudah pasti akan dilindungi dengan doa mereka. Bukankah doa ibubapa itu makbul? Ketiga adalah restu ibu bapa itu dapat mendorong kita untuk berjaya di dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seperti belajar atau bekerja. Bila kita melihat betapa restunya ibubapa kita itu, kita akan sentiasa melakukan seperti yang diinginkan mereka.
sekaya mana pun atau sesenang mana pun seseorang itu, pastinya tidak akan tenang sekiranya restu ibu bapa tidak mereka perolehi. Kenapa hidup kita tidak tenang? Sebabnya Allah sangat murka kepada sesiapa yang tidak mengenang akan jasa ibu bapa di dalam melahirkan dan menjaga mereka dari kecil hinggalah dewasa. Tanpa persenyawaan itu berlaku, maka tidak akan adalah manusia bergelar anak. maka dengan itu kita berhutang nyawa dengan mereka buat selama-lamanya.
2 comments:
Salam Ziarah ..
salam ziarah. terima kasih kerana membaca blog xsberapa saya ini. wink wink
Post a Comment