Wednesday, April 21, 2010

BOLEHKAH HIDUP DENGAN PUISI


Konbawa

Sebenarnya kisah yang akan diceritakan ini adalah kisah benar di mana ianya benar² berlaku di alam ini. Yutaka pernah cuba dipadankan dengan seorang wanita yang lebih berpangkat daripada yutaka. Well, yutaka tidak kisah sangat pun, tapi adakah sudi wanita berkerjaya ini menerima yutaka ini?

Disebabkan kesungguhan kakak yang cuba memadankan itu, maka yutaka pon cuba la berkawan dengan wanita ini. Nampaknya betul sangkaan yutaka, tidak semua wanita bekerjaya ini dapat menerima seorang lelaki yang lebih rendah tahap kerjayanya sebagai teman mereka. Ditolak tanpa berikan sebarang alasan, namun yutaka cuba menerima kenyataan bahawa kami tidak ditakdirkan untuk rapat. Itulah takdir Illahi yang perlu yutaka terima dengan rela hati.
Sekarang wanita itu sudah berkahwin, dan kawan yutaka pernah berkata "padan muka" kepada wanita tersebut. Menurut kawan yutaka, salah satu faktor yang membuatkan yutaka gagal memikat adalah kerana yutaka suka membuat PUISI. geli geleman la kononnya. Begitukah ceritanya? kebenaran cerita itu tidak dapat dipastikan. Tapi jika benarlah, yutaka terfikir hina sangatkah seorang lelaki yang punya sedikit kurnia mencipta puisi? 


Tambah kawan yutaka lagi, itulah padahnya nak mengelak sangat daripada lelaki yang suka berpuisi, akhirnya dapat suami yang #@x!*^$ (kata-kata hinaan yang tidak perlu yutaka paparkan di sini). Yutaka pun berseloroh.. mungkin dia tidak yakin untuk hidup dengan lelaki yang rendah taraf kerjayanya yang hanya punya sedikit bakat berpuisi. Takut mati kelaparan rasanya..hahaha
Sesungguhnya yutaka yakin akan janji Allah, di mana kita akan dijodohkan dengan mereka yang sesuai dengan kita di mana kita akan saling melengkapi kelemahan pasangan masing-masing. Mungkin di luar sana masih ada lagi wanita yang sudi mendengar bakat puisi ini dan yang paling penting menerima yutaka seadanya secara zahiriah dan batiniah.

Sunday, April 18, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Konbawa

Tidak lama lagi, jabatan yutaka akan mengadakan anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2009. Semua berteka-teki mengenai siapakah yang akan menerimanya untuk tahun 2009. Yutaka sudah menerimanya pada tahun 2008 hasil penilaian Madam Mumu. Tidak sangka pula yutaka diberikan peluang untuk menerima anugerah tertinggi yang diidami oleh setiap pekerja

Maka apabila sudah mendapatkannya pada tahun lepas, yutaka tidaklah berangan-angan untuk mendapat anugerah itu untuk tahun ini. Biarlah orang lain mendapatkannya kerana mereka juga bekerja untuk mencapai matlamat dan visi organisasi. Tetapi dalam soal kriteria yang membolehkan sesiapa dinobatkan sebagai pekerja terbaik masih lagi menjadi perdebatan.


Yutaka pernah terdengar mengenai ciri² dan kriteria yang membolehkan seseorang itu diberikan anugerah perkhidmatan cemerlang pada kaca mata seorang pegawai. Secara ringkasnya, beliau berkata, asalkan kerja yang dihasilkan pekerja itu siap sempurna maka pekerja itu boleh mendapatkan anugerah itu. Tidak perlu hiraukan sekiranya die suka merayap di waktu kerja, dan datang pejabat pukul 10.00 ke atas.

Begitu rupanya mentaliti salah seorang pegawai. Walaupun cara pemikiran ini tidak mewakili seluruh pemikiran pegawai tetapi yutaka begitu hampa sekiranya anugerah itu diberikan berdasarkan kriteria itu. Jikalau begitu, rasanya bolehlah setiap pekerja balik rumah sekiranya kerjanya sudah selesai. Bukankah kita digajikan untuk bekerja untuk sejumlah waktu yang telah ditetapkan?

Walaupun begitu kecewa dengan cara pemikiran itu, yutaka tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk yutaka bermalas-malasan di dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada yutaka. Yutaka percaya jika kita ikhlas di dalam menjalankan amanah yang diberi, keberkatan berkekalan itu yang akan kita perolehi di masa mendatang.


Tuesday, April 13, 2010

RESTU IBU BAPA



Konbawa

Hari ini yutaka banyak belajar sesuatu daripada sebuah pemerhatian. Syukur kepadaNya, kerana memberi yutaka ruang dan peluang untuk belajar melalui nikmat mata ini. Untuk kali ini yutaka nak kongsi kisah mengenai keberkatan hidup datangnya daripada restu ibu bapa. Bosan? Jika boring, sila tekan pangkah di hujung sebelah kanan atas sekarang ini. hehe.

relevankah restu ibu bapa di dalam setiap perkara? Persoalan ini sering menjelma di hati anak² yang mahu hidup bebas tanpa dikongkong oleh ibu bapa. walau sekecil mana pun sesuatu perkara itu, tetapi restu ibu bapa itu adalah umpama tiket untuk kita senang melangkah di dalam menjalani kehidupan seharian ini. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya susah. Jika mereka berleter, maknanya mereka sayang kepada kita. Tidak mahu kita terus hanyut di dalam dunia ciptaan manusia. 


apa faedahnya jika anda direstui oleh ibu bapa? Pertamanya, Allah akan sayangi sesiapa yang menghormati dan menjagai hati ibu bapa. Bila restu sudah dapat, maka sudah tentu rahmat akan turun mencurah² umpama turunnya hujan membasahi bumi. Keduanya adalah dengan restu ibubapa, kita sudah pasti akan dilindungi dengan doa mereka. Bukankah doa ibubapa itu makbul? Ketiga adalah restu ibu bapa itu dapat mendorong kita untuk berjaya di dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seperti belajar atau bekerja. Bila kita melihat betapa restunya ibubapa kita itu, kita akan sentiasa melakukan seperti yang diinginkan mereka.

sekaya mana pun atau sesenang mana pun seseorang itu, pastinya tidak akan tenang sekiranya restu ibu bapa tidak mereka perolehi. Kenapa hidup kita tidak tenang? Sebabnya Allah sangat murka kepada sesiapa yang tidak mengenang akan jasa ibu bapa di dalam melahirkan dan menjaga mereka dari kecil hinggalah dewasa. Tanpa persenyawaan itu berlaku, maka tidak akan adalah manusia bergelar anak. maka dengan itu kita berhutang nyawa dengan mereka buat selama-lamanya.



Sunday, April 11, 2010

SEMANGAT PATRIOTISME


Konbawa

Kali ini yutaka sahaja je tukar format penulisan blog ini. Hendak mencari kelainan walaupun selama ini yutaka mahu pertahankan corak penulisan yang asal. Mesti adik yutaka akan tergelak² mengenai corak penulisan yutaka yang baru ini. Tapi, tidak mengapa lah, bila lagi hendak mencuba kan?

Baru-baru ini yutaka ada menghadiri peperiksaan untuk kenaikan pangkat. Soalan yang diutarakan adalah mengenai semangat patriotisme yang semakin berkurangan di kalangan orang muda. Betul kah begitu? Melihatkan kepada situasi kini, ada benarnya semangat patriotik di kalangan orang muda Malaysia semakin berkurangan. Di sini yutaka mahu bawakan mengenai 3 kisah mengenai hilangnya semangat patriotisme yang sungguh mendukacitakan.

KISAH 1

Ingatkah anda mengenai pemuda dari Kelantan yang membakar bendera Malaysia tidak lama dahulu? perbuatan membakar bendera Malaysia yang amat kita sanjungi ini adalah satu perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai "BIADAP". Yutaka tidak mahu menyentuh mengenai siapa yang men"gula-gula" kan pemuda ini, tapi yutaka mahu persoalkan mengenai jati diri pemuda itu? Adakah pemuda itu tidak cintakan negara Malaysia ini? Jika benar pemuda itu tidak sayangkan negara dia dilahirkan, yutaka rasa lebih baik pemuda itu melucutkan kewarganegaraan dia dan pergi ke negeri yang bergolak di luar sana. 



KISAH 2

HINDRAF atau lebih dikenali sebagai Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu telah menggemparkan dunia mengenai demontrasi jalanan yang telah berlaku pada tahun 2007. Perbuatan demontrasi jalanan ini dilakukan kerana ada ura-ura mengatakan pemerintah kita mengamalkan dasar pemansuhan etnik mereka. Apakah bukti yang boleh ditunjukkan kepada dunia mengenai tuduhan itu? Bila melihat kembali kepada persekitaran, yutaka lihat ada sekolah tamil disediakan, ada kuil, ada gerai-gerai kepunyaan orang India. Adakah ini dinamakan pemansuhan etnik? Kerajaan tidak pernah lupa akan pendidikan orang India, sentiasa mengemalkan sikap terbuka di dalam beragama dan juga sentiasa memberikan peluang samarata di dalam sektor ekonomi. Maka, di manakah buktinya?



KISAH 3

Baru-baru ini yutaka ke Pontian Johor kerana ada urusan perbankan di sana. kebetulan yutaka pergi selepas solat Jumaat, maka berduyun tiba pelanggan ke sana. Rasanya pemilik bank itu berbangsa Cina kerana ramai pekerja bank itu orang Cina. Maka yutaka duduklah memerhatikan gelagat manusia sambil menunggu urusan yutaka selesai. Disebabkan ramai yang berurusan, maka keluarlah seorang pekerja bank berbangsa Cina untuk melayani pelanggan yang semakin ramai ketika itu. Pekerja berbangsa Cina itu sibuk menanyakan pelanggan yang datang, dan kesemua yang ditanya itu adalah bangsanya sendiri. Mulanya tidak sedar.Tetapi bila semua ditanya itu bangsanya sendiri dan yutaka menjadi orang terakhir yang ditanyanya. Yutaka rasa sungguh terhina dengan sikap perkauman yang ditunjukkan oleh pekerja bank ini. Adakah yutaka tidak layak dilayan seperti pelanggan lain? adakah kerana yutaka berbaju melayu, maka yutaka tidak ada hak untuk dihormati sebagai pelanggan?




Adakah ini dinamakan patriotisme? Masih tidak terlambat lagi kita untuk menyayangi Malaysia ini? Biarpun kita berlainan parti politik, berlainan ideologi namun jangan dilupa mengenai peri pentingnya menjaga kedaulatan Malaysia yang kita cintai ini. Jangan biar diri kita dikuda hitamkan oleh insan² yang punya agendanya tersendiri. Adakah kita mahu mewarisi bumi Malaysia yang bergolak ini kepada anak² kita dikemudian hari? Jangan dilakukan sebegitu.